Online users

Follower

Wednesday, February 13, 2013

Status halal Seoul Garden Queensbay Mall.

Malia teringin nak makan kat Seoul Garden. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ada outlet baru buka kat Queensbay. Tak sampai sebulan lagi beroperasi. Sebelum ni, aku selalu pergi kat Gurney. Ini dah ada kat Queensbay, dekat sikit la. Dengar cerita dorang tengah buat promotion 15% off untuk adult costumer sampai 31 March ni just for this new outlet. So, tergerak hati nak buka website dorang dan tengok kat QB, tak halal certified lagi. So, saja nak double check dengan dorang sebab outlet baru kan. Kot dorang tengah tunggu approval dari JAKIM. I sent them an email seeking for clarification about halal cert ni. And this is their answer. 


Untuk yang tak nampak aku copy balik ayat dia.

"Currently this outlet had just opened less than a month. Usual the Halal application will take up more than 3 to 6 months to receive the approval. What we ENSURE all the customers all the marinate sauces was been catered from Singapore Company are Halal cetfi and all the supplier goods for the outlet are also Halal Cetfi."

Sedap sikit dengar penjelasan macam ni dari dorang =) At least kita tahu jugak bahan yang digunakan tu adalah halal walaupun sijil Halal tu tak keluar lagi. If korang still was was, better jangan makan ye.Ye lah. Takut nanti melarat jadi benda lain pulak. Lain orang, lain pe'el nya. 

Dah terbiasa request pasal halal tak halal ni since study kat NZ dulu. Bila musykil, kena tanya. Jangan asyik buat assumption sendiri.Takut salah assumption tu.

Sekadar berkongsi informasi. 

8 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Oh.
Bagusnya kamu siap email.
Yang kat Jusco Melaka ada, tapi sebab aku tengok takde halal cert, pastu dekat laman sesawang JAKIM takde - aku tak berani masuk.

Nanti nak email la :D

Anonymous said...

bagus kalau ada usaha nak check status HALAL sesuatu tempat atau kedai makan. Biasa tempat makan glamer macam tu; kalau di tanya sure jawab HALAL nya. Yer lahh ..sekali dia kata TAK PASTI kerr .. or TAK TAU kerr ... sure HILANG 50% pelanggan. Orang Melayu memang mudah percaya. Kat oversea, memang boleh cayer cakap pengilang atau pengeluar sesuatu produk tu. Depa profesional. Lebih profesional dari kita yang MUSLIM ni. Kalau A dia kata A .. kalau B dia kata B .. tak ada jawapan NOT SURE ... atau jawapan yang meragukan. Seperkara lagi, berhati-hati dengan statement WE DO NOT SERVE PORK HERE .. atau PORK FREE. Itu bukan bermakna premis tersebut menjual makanan atau produk HALAL. Kena ada rasa was-was juga .. tak rugi pun kita berwaspada. Dia tak serve PORK .. tapi daging yang dia serve tu .. dari haiwaan yang HALAL ke sembelihannya ??? Bahan masakan yang di guna HALAL ke ??? Plzzzzzzzz .. berhati-hati dengan apa yang anda makan. Ia jadi darah daging. Sekadar perkongsian pendapat dan ilmu.

badtooth said...

Salam dik. dah check and after get the reply, hang pi makan tak? how confident are you? hehehe aku nk pi gak. tak larat la nk pi sampai gurney. jem plak tu.

shila said...

try google psl SG bru buka, terjumpa blog ni..tgh plan nk p ni..ktna erk? x pnh tgk lg...

[z@ck] said...

badtooth..
pergi makan..berlungguk orang melayu makan kat situ.so, tak rasa ragu ragu =)

shila..
kat 3rd floor =)

eDdY said...

bagus betol siap email..bile dpt reply camtu rase yakin skit kan..hehe

-cinta soFiaSafiya- said...

bc entry ni dan-dan risau.....
sbb malam ni nak g makan di sini..member-member lama ajak lepak makan sini..

ok x makanan dia ?

Husna Za said...

skang dah bulan November, agak2 diorang dapat tak lagi halal cert tu ye? sebab kawan saya pernah pergi ctu, usha2 tak Nampak plak halal cert tampal kat ctu.so just nak tnya la skang cmna kan.huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger