Ya Allah. Semalam mimpi kena patuk ular hitam tompok merah. Huhuhu. Dia patuk kat kaki. Menangis macam nak gila bila bangun tidur.Takut. Bila check kat internet, ramai yang cakap, tu petanda nak kena sihir.Nauzubillah. Minta dijauhkan la dari segala hasad dengki umat manusia ni. Di kesempatan ni, aku nak minta maaf la kepada semua jika aku ada buat salah dengan korang. If ada tak puas hati ke apa, bagi tau la kat aku ye. Kita setel terus.Risau jugak takut ada yang berdendam dalam senyap. Manusia ni tak lari daripada melakukan kesilapan. Kadang kadang kita tak sedar pun kita ada buat salah.Kadang kadang terlepas cakap. Mana nak tau kan? So, sila betulkan saya kalau saya ada buat salah dengan anda anda dan anda. Huhuhu.
Petua ni aku dapat dari satu blog ni. Dia cakap if mimpi ngeri macam ni, bila terbangun dari tidur, isyaratkan ludah (buat buat ludah, jangan ludah betul betul pulak) ke kiri 3 kali dan baca auzubillah. Kemudian tukar posisi tidur. Wallahualam. Kita ni cuma mampu berusaha dan Tuhan yang menetapkan segala-NYA.
p/s: La ni duk kalut buat senarai semak untuk interview SPP. Tak berapa hari lagi dah nak interview.Huhuhu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yup pernah dengar petua tu...wallahualam..
dulu pernah gak mimpi dikejar ular..tp ular tu ular kartun..kiki
harap2 tu sumer just mainan tido je la..risau jugak kan kot ader yg dengki dgn kite tpi kite xtau..huhu
Post a Comment