Online users

Follower

Sunday, February 17, 2013

What a surprise

Last week was our third year together. Disebabkan ada sedikit masalah, tak dapat nak celebrate on the date itself. Terpaksa tangguh ke hari lain. I was not expecting any gift from him as what I wanted to do was to spend the whole day with him. Do things that we used to do. Movie, karok, makan, window shopping. Itu je. 

So, yesterday we went out as usual. Pelik sikit la behaviour dia semalam. Tersengih sengih sensorang. Aku cakap kat dia yang aku ada few things nak setel untuk interview nanti. Nak cuci gambar, fotostat suma. So that kalau dia nak buat surprise ke apa ke, hope dapat adjust timing la. He nodded. "Hari ni you kena ikut plan I" Dalam hati dah tahu dah ni mesti nak buat surprise ni. Ok je la. Dia ajak pergi PC Depot kat Persiaran Sultan Abdul Hamid. We went there once to buy printer. Kali ni dia cakap nak jumpa member dia kejap. We ended up having lunch kat kedai mamak sebelah PC Depot tu. Dia makan slooooow gila. Aku pulak tengah lapar.Laju je makan. Rasa segan pulak pinggan aku kosong dulu dari dia T__________T So, dia cakap nak tunggu member dia sampai. 

Tiba tiba dia ajak blah dari situ. Aik. Mana pi member yang ditunggu tu? Aku tak syak apa pun time ni sebab dia cakap member dia tiba tiba tak jadi mai pulak. Berangin la jugak tapi sabar je lah tak nak spoil mood. Start kereta pergi few blocks dari kedai mamak tu kemudian dia cakap nak singgah stationery shop pulak. Aku pun orait je la. Alang alang aku pun nak fotostat benda. Aku dah syak something time tu sebab kantoi dia suruh aku turun dulu dari kereta. Hahaha. Dia tak bagi aku tengok kat tingkap. I did as he told. Tak mau spoil surprise katenyer.

Elok aku nak masuk kedai stationery, dia panggil pi opposite direction. We walked across few shops and suddenly he stopped right in front of this one shop. Kedai tu tutup dengan blind so I was not sure what kind of shop is it. Yang aku nampak hanyalah perkataan "Slimming" Oh nooooo..Takkan la mat arep nak suruh aku buat slimming session? Sentap hati mak noks. Muka dah habis gelabah dah. 

"You,ni benda apa ni?"
"Masuk la dulu."
"Ishk.Benda apa ni? You nak suruh I buat slimming session ke?"

He handed over the paper to the lady inside the shop. I've been once to hair removal session so I was quite familiar with place like this. Cuma tak pasti treatment apakah yang mat arep buat untuk aku kali ni. Hati duk kuat kata dia atur slimming session. Memang terkedu tak tau nak buat apa. Tak tahu nak rasa apa. I have no idea at all. 

Suddenly I remembered something I have told him few weeks ago. Asyik ulang cakap kat dia "Bestnya kalau dapat buat massage treatment. Ada orang urut badan.Mesti best kan" I kept repeating the same thing over and over. Aha! Dah dapat guess dah. Konfirm bukan slimming session!

"You beli massage treatment untuk I eh?" 
"Ya la.Tak larat dengaq you duk cakap teringin nak buat massage.Asyik ulang yang tu ja"
"Hehehe. Thank you!"
"You dapat expect dak surprise I ni?"
"Dak langsung! Pandai you buat surprise. Thank yoouuuuu" =)

Rupanya dia komplot dengan Wan. Aku pelik jugak macam mana dia boleh beli voucher spa treatment ni tanpa pertolongan sesiapa. Lelaki ni bukan tahu sangat benda spa ni. Bukan dapat massage je, dapat foot spa, full body scrub dan steam bath sekali. Sayangnya, aku baru je abc.So, tak dapat nak buat full body scrub dan steam bath.Kena tangguh hari lain. Just boleh buat massage je dulu.

Massage pun lama weh.Almost sejam.Kebetulan pulak memang aku sejak kebelakangan ni asyik sakit belakang. Tambah tambah bila bangun tidur. Selalu sengal sengal badan. So, bila dapat buat massage ni, rasa syok sangat. Macam pucuk dicita, ulam mendatang gitu. Dapat pulak tukang urut yang sangat friendly.Dia urut memang terbaik. Memang umph! Dia tekan situ, sini, sinun. "Badan you panjang sangat, I tak sampai oooo.Tangan I pendek."  Zzzz. Sebab tu kot dia terpaksa ragaih naik atas badan aku. Dia baru jumpa aku. Tak jumpa Elin lagi. Minah tu lagi panjang.Hahaha.

Dalam duk syok syok massage tu, teringat pulak kat cik abang kat luar tu. Kesian dia. Kena tunggu lama.Huhuhu.After habis massage, cari dia kat luar. Hilang. Call dia.Rupanya dia pergi pusing mana entah.Sempat tidur seround sementara tunggu aku habis berurut. Huhuhu. Kesiannya! =(

One thing that I love about him is, he is so good in making surprises. Kejutan yang tak terjangka.Ke aku yang senang sangat untuk dikejutkan dan di prank kan? Hahaha.Mana mana la. Anyway, thank you mat arep for this lovely treat. Nanti mai teman I buat body scrub dan steam bath pulak noh. =P
I love you lebih la!

Gambar langsung tak ada pasal kamera bateri habis. Sobs.Sedih.

p/s: Nanti aku cover story pasal massage treatment tu in detail ye. Kat mana, macam mana layanan dorang etc.

7 comments:

oshinz said...

wah.. bleh kawan dengan awal ashaari la ni. hehehe. nanti jangan die propose ko sampai masuk tv macam scha tu sudah la. hehe.

aReLaN said...

amboi...ada surprise tu.untung la dapat massage free.hehehe

[z@ck] said...

oshinz..
apa kau ingat aku ni retis? diva?nk masuk tv bagai.hahaha

aReLaN..
hang buat la kat bini hang weh.confirm dia happy punya! hehehe

Hanida Moss said...

kemain seprais body massage gitu hehe. tapi abc tu ape z?

shaty said...

nak gi buat juga .. berapa sen arrr ?

Irfa said...

oh bestnya di urut
baguslah kalau kamu dan dia saling memahami..moga jodoh kamu dgn dia ;)

eDdY said...

cepat skit kawen z@ck..hehe..weyh..aku kurang minat urut2 ni..haha..tpi mmg best ke org tu urut?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger