Online users

Follower

Sunday, May 19, 2013

Hari Guru


Agak terlewat sikit nak cerita pasal Hari Guru.Better late than never. Tak gitu? So, this is my first time celebrating Hari Guru sebagai seorang guru. Sebelum ni sebagai anak murid saja. Sambutan sangat meriah. Dari awal pagi, ada perhimpunan khas. Dengar perutusan daripada pengarah KPM, nyanyi lagu Guru Malaysia dan sebagainya. Lepas tu pengawas mai naik pentas bagi hadiah kat setiap cikgu.Terharu sebab aku pun dapat. Huhuhu. Al maklumlah cikgu sementara saja kat situ. If tak dapat pun tak apa.Faham sendiri la.Lepas habis perhimpunan, cikgu balik ke bilik guru dan bermulalah sesi memberi hadiah. Bila ditanya kat cikgu situ, memang dah menjadi tradisi setiap tahun budak akan serbu bilik guru ramai ramai untuk kasi hadiah. Bebas la budak budak tu hari tu. Boleh masuk bilik guru. Pada time ni lah handbag kena jaga betul betul.Sebab dah pernah ada kes cikgu hilang handphone. Budak sekolah curi. Laptop pun pernah hilang.Huhuhu.


Kelakar tengok gelagat budak budak tahap 1 kasi hadiah. Diusungnya karung plastik besar macam Pak Santa Claus tu dan edar kat cikgu yang mengajar dia. Hehehe. So cute. To my surprise, budak yang aku tak ajar pun kasi hadiah. I was touched by this one boy. Aku tak mengajar dia pun.Tapi senyap senyap dia datang dengan muka innocent hulur sebatang pen merah. Bila aku tanya ni untuk sapa? Dia cakap untuk aku.  Sedih tengok muka dia. Tak tahu la pasai pa dia bagi jugak kat aku padahal aku tak pernah masuk kelas dia. Huhuhu. Anyway, thank you!


Lepas tu ada senamrobik pulak. Tukar baju pulak. Bayangkan pukul 9 pagi aerobik tengah hangat. Aku tak aerobik pun. Tengok dari tepi je. Itu pun berpeluh kaki serupa mandi sauna.Sungguh la panas. Tapi aku tabik la kat instructor tu pasal dia boleh tahan mengadap matahari sambil aerobik. Dia umur dah nak masuk 50 tapi badan perghhh..solid gila. Tabik spring untukmu! Lepas tu ada lawan netball dengan budak. Aku dah lama tinggal netball ni.Last main zaman kat maktab dulu.Kali ni main tak ada nak warm up dulu ke apa.Hentam main ja.Baru 5 minit main aku dah semput serupa apa lagi. Buat malu ja kat cikgu yang lebih tua. Lagi cergas dari aku.Huhuhu. Lepas tu ada sukaneka pulak. Best ooo.Rasa macam masuk tadika balik. Cikgu cikgu lain pun sporting jugak. Time ni la baru kita nampak real character seseorang tu macam mana.

With another substitute teacher. The only two single teachers in the school. Hohoho. Duk rapat dengan dia la pasal sebaya.Hehehe. 

Lepas rehat, ada persembahan murid dan cikgu pulak. Basically, karaoke session. Budak sekolah ni style sporting.Depa tak malu nak pi nyanyi atas pentas.Kalau aku la, tobat tak keluaq suara bila duk atas stage.Huhuhu. I really had a good time with them. Terasa sayu pulak mengenangkan nasib posting yang tak tahu ke mana akan pergi.I guess diri dah serasi dengan sekolah ni. Anyway, Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia! Keep being an inspiring teacher to your students. Most importantly, jadilah cikgu yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.Ecewah. =P Bukan senang tapi tak mustahil kan?

p/s: Nak tengok lakonan mantap aku? Sila klik "Watch again" di iklan Acer di bawah entry ni. Boleh ganti Lisa Surihani tak? Kahkahkah =P

3 comments:

sarah said...

untung yer..dapat hadiah dari anak murid..best best

eDdY said...

selamat hari guru z@ck..semoga menjadi guru yg terbaek utk murid2 k :)

athirahsafarudin said...

wah bestnye..dapat bnyak hadiah weee :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger