Online users

Follower

Tuesday, May 7, 2013

Muak!

Sesungguhnya aku dah muak dengan cerita politik kat Malaysia ni. Pernah jugak aku try dalami isu ni and it turned out that I am getting confused day by day with their political stands. Sekejap macam ni, sekejap macam lain pulak. Dan semakin hari, aku semakin muak dengan paper Utusan Malaysia yang terang terangan one sided. Menggunakan provokasi melampau sejak kebelakangan ni membuatkan satu Malaysia rasa panas hati. Aku berani bet bukan aku sorang ja yang rasa macam ni. Hati terus rasa sedih. Kenapa perlu tiupkan isu perkauman di saat saat ini? Sebelum ni tak ada masalah pun. Tup tup headline besaq gedabak "Apa lagi yang Cina mahu?" Sangat racist kan? Kot ye pun emo dengan kaum cina, I don't think they have the rights to publish such a headline. Boleh trigger rusuhan. Boleh trigger masalah yang lebih besar selepas ni. Haish. Tak syok sungguh la feeling macam ni. Aku ada kawan cina dan kami boleh duduk makan sembang semeja tanpa masalah. Dan kami sedikit pun tak ada perasaan nak membezakan,  "Aku melayu, hang cina so kita tak boleh bercampur." Ada yang cakap Cina tak kenang budi. Dah bagi macam macam still tak puas lagi (quote from Utusan Malaysia) Again, media can be manipulative sometimes. Ibarat bagi betis, nak paha.Mungkin betul mungkin tak. Entahlah. Aku pun tak kaji betul betul isu ni.So, tak berani nak komen lebih lebih. Ini apa yang aku nampak dari dasarnya sahaja ye.

Kata 1 Malaysia. Pung pang pung pang promote 1 Malaysia.Tak berhenti henti lagu terima kasih ku ucapkan padamu bla bla bla main kat tv. Sekarang apa sudah jadi???? We live in a multiracial country. So, be it. Tak perlu nak create tsunami cina la apa la. Daripada mencari masalah, apa kata kita fikir solusi untuk perbaiki apa yang patut?

p/s: Funny when my colleague call Utusan Malaysia as Utusan Meloya.Hihihi.

4 comments:

anna hashim said...

salam..

Racist ni sbnrnya da jadi lama..
tp kita sendiri tak pernah sedar. hanya org yg pernah bekerja didalam organisasi cina je yg tau apa itu Racist.ada mata kita melihat, ada telinga kita mendengar..tak perlu baca daripada surat khabar yg mengarut, tak perlu baca daripada sumber internet ( FB especially )..tapi kita rasa sendiri.
dalam aspek pergaulan mmg tiada masalah, tp cuba pandang daripada sudut yg lain.
Rambut sama hitam,tapi hati lain2.

Wallahualam...

eDdY said...

aku sama mcm ko z@ck..sgt2 x setuju..utusan tu da melampau..skank ni aku rase diorg saja nak provok..bole jadi peristiwa 13 May akan berulang..kite xmau yg tu..skank ni kite bole nampak sapa2 yg sebenar2 nyer racist dan yg dok asyik api2 kan isu ni..aku pon sama..ader ramai kawan cina..kawan india..aku xmau sbb ni nnt kite semua bermusuh..konon 1 malaysia..tpi 1 malaysia tu da musnah sejak ader yg kluar kan statement tsunami cina..sendiri tahu la sapa kan yg ckp tu..aku pon malas nak komen sgt..apa2 pon aku harap malaysia kite yg kite syg ni akan terus aman..aminn

sweetie said...

z@ck! ini cuma contoh yang simple saja... awak seorng guru... berada dalm dunia pendidikan... tidak nampak perbezaan apa yang dikatakan Racist tu. Tp kalau awak berada dlm sektor swasta, disini awak akan 'tahu'.Di Utusan sendiri pun ada pekerja cina dan India... pun mereka 'berani' walaupun berada di tengah2 kelompok Melayu.... Habih camna?

shaty said...

200% setuju dengan anna hashim. Dalam pergaulan seharian; ramai dari kita tiada masalah dengan kaum lain khususnya CINA. Tapi hakikatnya tidak begitu. Di mana-mana pun sama. Akhbar CINA lagi rasis tapi kita tak tau atau tak sedar sebab kita tak reti baca akbar Cina dan kita tak faham cakap mereka. Itu satu kelemahan besar orang MELAYU. TAPI mereka tahu hampir semua hal kita sebab mereka faham bahasa kita dan boleh baca apa kita tulis dan komen dalam akbar dan di mana sahaja. Kaum MELAYU ni memang MUDAH terima kaum atau bangsa lain. Tak cayer ?? Cuba tengok bibik Indon yang bekerja dengan kebanyakkan keluarga Melayu .. kalau dia bagus, tak pemalas, tak menyakitkan hati .. sure kita layan dia macam saudara sendiri. Kita hampir terlupa dia SIAPA. Sebab kita terima kehadiran seseorang itu tanpa mengenal agama dan bangsa .. asal dia BAIK dan tak menyusahkan kita. Tapi bangsa lain .. tak begitu dengan kita. Saya tak maksudkan SEMUA tapi kebanyakkannya. Orang MELAYU boleh terima konsep 1 MALAYSIA tapi jangan sampai ke tahap MENGGADAIKAN atau MENGORBANKAN hak-hak kita sebagai orang MELAYU ISLAM. Kata pepatah Melayu lama .. BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger