Online users

Follower

Monday, May 20, 2013

Sambung lagi.

So hari ni mengadap GB. Alhamdulillah, kontrak dah renew sampai bulan Julai. Entah kenapa aku jadi cuak semacam je bila GB panggil mengadap. Macam nak masuk interview! Mungkin sebab kes hari tu kot. Seperti biasa, dia akan tanya pasal posting dan masih lagi dengan teori dia yang aku akan ke Sabah atau Sarawak. Renyih je lah aku bila dia cakap macam tu. Dia selalu sebut Sabah Sarawak tu bukan apa.Pasal dulu dia first posting dekat sana. Jadi dia excited. Siap pesan lagi kalau dapat kat sana, jangan lupa bagi tau kat dia T_________T

Ikutkan kontrak lama, esok hari last aku kat sekolah. GB tanya kat aku boleh tak datang sekolah jugak on 22 dan 23 aribulan tanpa gaji.Sebab new contract start 9 Jun (ehem...birthday siapa entah =P). Jadi kesian pulak kat budak budak tu kalau aku tak datang semata mata sebab tak dibayar gaji pada dua hari tersebut. If aku tak datang, memang tak belajar la budak kelas aku. So, aku kira halal la gaji aku burn untuk dua hari. Duit kalau duk ligan sangat pun tak kemana kan. Cuti panjang ni pun GB minta tolong datang bantu cikgu buat kelas tambahan untuk darjah 6. Selagi termampu, aku tolong. Kalau diikutkan, tak dapat gaji pun datang time holiday. Tapi sebab nak kutip pengalaman, duit aku tolak tepi. I don't want to be selfish.Aku percaya kalau niat kita ikhlas nak tolong orang, Tuhan akan tolong kita balik. Kalau bukan sekarang, tapi pada masa akan datang. Mesti ada ganjarannya.

Esok petang ada meeting LINUS, Khamis petang mesyuarat lagi. Gila mesyuarat je lah minggu ni. Tak dan apa apa dah fikir penat. Adoi la hai. Positif Japirah, positif!

Senyum sokmo! =)


6 comments:

zai said...

baguih la zack, buat welfare ..
kadang2 klo dok pikiaq kerja sebab nak duit ja pun mcm tak ikhlas, just think that you do it to gain experience.. Insyaallah next future Allah swt bagi double dkt hang

JaJa'Z said...

nanti zack merasa lagi banyakkkkk meeting esp time buka sekolah...

eDdY said...

bagus la ko ni z@ck..hehe..jnji ikhlas niat nak mendidik :)

marinahunny said...

zack, akak nk tnya psl blogsbuster campaign tu. akak dpt utk p[rojek C dgn acer tu tp acer punya terlepas dh. Projek c tu apa benda? kena buat video eh?

aReLaN said...

chaiyok teacher zack. hehehe

[z@ck] said...

marinahunny..
cer buka dashboard nuffnang..tengok kat situ details dia.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger