Assalamualaikum,
Berminggu tak update. Tiba tiba terputus hubungan dengan dunia blogging. Alhamdulillah, penantian selama hampir 7 bulan terjawab apabila diri dipanggil untuk melapor diri di Segamat 1 Julai nanti. Ya, Segamat. Jauh. Tapi bersyukur sebab tak semua yang beruntung dapat di Semenanjung. Rata rata kawan course lain banyak yang 'tercampak' ke Sabah dan Sarawak. Allah sebaik baik perancang. Dia dah tetapkan rezeki aku kat Johor, maka ke Johor lah aku membawa diri. Perasaan bercampur baur. Sedih,teruja,nervous semua ada. Tak dapat nak bayang macam mana aku nak biasakan diri di tempat orang. Nak kena tune lidah ni jangan cakap pekat Kedah sangat. Kot satgi budak tak faham.Huhuhu.Tu la. Sebelum ni asyik duk terperuk kat Kedah ja. Daripada tadika sampai la masuk maktab, duk pusing dalam Kedah ja. Sekali posting, nah amik hang! Johor terus.
Mengambil nasihat daripada cikgu senior di sekolah sebelum ni, timbalah pengalaman di tempat orang. Pergilah merasa tempat orang. Baiklah. Mari merasa Segamat kawan kawan. Nama sekolah pun dah tahu. Sekarang ni tinggal nak pergi tengok je tang mana sekolah tu. Oh, btw, sekarang aku dah ada di Puchong. Insya-Allah esok berangkat ke Segamat. Doakan semuanya berjalan lancar ye.
Anyone ada di Segamat? Roger roger!
Friday, June 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dari utara ke selatan.
selamat mengajar, Zack. :)
selamat mengajar z@ck..hihi..ok la kan dpt dlm semenanjung jugak..syukur alhamdulillah..kalo kena belah sabah sarawak..lagi jauh..nnt kat segamat tempat tinggal da ader ke?
Post a Comment