Online users

Follower

Tuesday, July 16, 2013

Be nice to others

My life have starting to get more hectic. Hari ni balik sekolah, terus tidur sampai pukul 5 petang. Dahsyat. Even diri sendiri terkejut dengan pencapaian tidur di waktu petang. Selalu 2 jam je. Hectic kenapa? Perah otak tak sangga fikir macam mana nak bagi budak Year 6 aku boleh jawab soalan essay. Benda ni masih lagi membelenggu aku sepanjang minggu ni. Risau pasal trial next week. At least, aku nak semua lulus.Nak dapat A tu, mungkin tipis. At least, semua lulus. Yes. Itu target aku. Terima kasih kepada yang bagi cadangan di entry sebelum ni. Terima kasih jugak yang email terang panjang lebar tips. I really appreciate that. Aku baca semua komen korang.Cuma kadang kadang tu tak sempat nak reply. Huhuhu.

Lupakan kejap pasal stress mengajar Year 6. Nak cerita pasal kerani sekolah aku. Sangat bagus. Sangat efisyen, cekap dan amanah.Amboi. Dah macam cogan kata polis pulak kan. Syukur alhamdulillah. Kerani sekolah sangat banyak membantu dari segi pengisian data dan borang mak nenek untuk hantar ke KPM. Kalau harap kat aku sorang ja, memang haru biru la jawabnya. After all, that's her job. Aku puji sikap dia yang berpegang pada prinsip "be nice to others".

"Kita tolong anak orang sekarang, esok lusa, anak akak susah, ada orang lain pulak tolong. Fikir macam tu lah dik" kata akak kerani. Tersentuh hatiku memikirkan ketulusan hatinya membantu aku yang sebatang kara di Segamat ni. Huhuhu. Setiap hari dia 'kejan' kerani PPD untuk siapkan kew 8 aku. Dan hasilnya, hari ni dah siap. Alhamdulillah. Selamat dah pos segala dokumen ke pihak berkenaan. Yang bestnya lagi, dia nak cepat siapkan urusan pembayaran gaji aku. Dia tahu awal awal posting ni berat sikit.Nak pakai banyak duit.Yesza.Betoiiiiii.Aku la ni tengah kering ni. Gaji guru ganti bulan Jun tak masuk lagi. Nak bayar duit kereta, duit itu, duit ini. Semua pakai duit. Kan syok kalau boleh pakai daun pokok. Tak lama lagi, nak balik raya pulak. Duit minyak lagi, duit tol lagi. Haaa...Kan banyak nak pakai duit tu. Berharap la gaji kerja sebelum ni boleh masuk before balik raya. Kalau tak, tak beraya la aku. Sobssss.Nak harap gaji kerja, paling cepat bulan 9 baru boleh dapat kot. Tapi dalam hati berharap bulan 8 dah boleh merasa gaji tu. Ini bukan soal mata duitan ye. Huhuhu.Desperadoooo. Kerani dah buat yang terbaik. Sekarang ni ,tunggu KPM lulus segala benda, baru boleh jalan gaji. So, KPM, please be nice to me. Ingat, buat baik pada orang, nanti orang buat baik pada anda pulak.

Semoga dipermudahkan segala urusan si sebatang kara seorang ini. Amin!

7 comments:

aReLaN said...

susah nak jumpa kerani rajin camtu. kerani department aku tau ngadap tenet je. pastu bila suruh buat pape kata banyak keje. memang tak paham

Unknown said...

buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali.. tu kene pesan ngan diri sndiri sntiasa..

shaty said...

Biasalah kalau baru kerja, paling tidak pun .. 3 bulan kerja baru dapat gaji. Kalau dah terdesak; jumpa GB minta bantuan ' pinjaman'.Kekadang GB bagi pinjam duit 'sekolah' .. bukan banyak pun kannn .. paling sikit RM1 ribu. Berbicaralah dengan GB. Pilihan kedua .. minta bantuan pak - mak sedara . Takkan lah depa nak berkira dgn anak sedara yang yatim piatu ni .. tanggungjwab depa tu .. memastikan ' kelancaran hidup' anak2 sdara yang yatim piatu ... pilihan ketiga ... boleh hutang saya !!!

wawa syaida said...

salam zack...lama tak datang sini...ngajar baik2

ada mokhtar said...

Alhamdulillah dapat kerana baik macam tu.. kat sek i pun ada kerani yang baik macam tu jugak. tapi tak dinafikan memang cm slalu org ckp, ada kerani yg garangnya mengalahkan gb.. nak masuk office pun seram.. hehe

suezen said...

moga dipermudahkan semua:)

eDdY said...

in syaa allah z@ck..semoga semua nye di permudah kan Allah..aminn

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger