Online users

Follower

Tuesday, July 23, 2013

Menghitung hari

Frankly speaking, sekarang ni aku asyik menghitung hari nak balik Kedah. Kalendar dari duduk kat atas dinding, sekarang ni dah berpindah tempat sebelah katil. Senang nak tengok tiap tiap hari. Kerja membelek kalendar je lah. Nak tidur, bangun tidur tengok kalendar.Senang cakap, setiap masa la. Lepas tu senyum sorang sorang. Sawan dah aku ni. Bila PK tanya, "Zafirah mesti tak sabar nak balik kampung kan?" Terus senyum melebar. Jadi excited macam mana entah. Of course la I excited. So, this is how my friends felt when they wanted to go home for raya. Al maklumlah, sebelum ni tak pernah jauh dari rumah.

Esok trial UPSR paper BI. Serius aku cuak. Budak rileks je.Cikgu yang lebih cuaknya. Mana tak cuak, kalau result jatuh, nak kena menjawab dengan GB. Cikgu lain dah pasrah dah. Math, BM, dengar dengar macam merosot. BI apatah lagiiiiiiiiiii. Wuwuwuwu. Risaunya. Tadi dah last kopek dah dengan dorang. Kesian. Dorang pun tengok letih semacam. Mana taknya, dari pagi kena latu dengan cikgu. Sampai ke petang pulak tu. Kalau aku pun, aku surrender. Harap harap budak dapat jawab paper BI dengan lancarnya. Yang penting, semua lulus. Alahaiiiii...risaunya. Baru la faham perasaan cikgu cikgi zaman mengajar aku dulu. Luar je nampak cool. Padahal dalam hati dup dap dup dap.

Kot kot dah lupa muka tuan blog. Latest me.

Semoga dipermudahkan semuanya esok. Amin!

5 comments:

suezen said...

hehhee....insyaAllah ok tu...tawakal..u try ur best d. ok..

xkan lupee laaa muke tuan punyer blog ni

wawa syaida said...

pernah jugak rasa macam ni time study dulu...tp xjauh mana pun...tanjong malim ke penang...tp moment menghitung hari tu yg best...siap tampal kalendar kat dlm bilik...setiap hari tanda kat date kalendar tu haha

eDdY said...

betol..kadang mari homesick tu..time tu jugak nak balik rumah/kampung..haha

Irfa said...

igt kisah memula jauh dr family
hari2 tanda kalendar nak raya
tup2 x dapat cuti sbb single
cuti hanya utk yg dah berfamily
hari raya dgr takbir raya, nanges bawah meja

Sweetie said...

Selamat Berpuasa dan menanti ketibaan 1 Syawal z@ck!.... he..he.. jgn risaulah... hati-hati balik nanti... Ni baru single ni... sok2 kalau dah berdua cam na?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger