Online users

Follower

Wednesday, July 24, 2013

Off trial UPSR BI

So, basically, UPSR trial has ended today with English 2 as the final paper. Sesungguhnya, aku rasa tak adil letak English as last paper. Sebab budak macam dah tak sabar sabar nak habiskan penderitaan trial. So, tendency nak jawab secara cincai sangatlah tinggi. Kena pulak English ni subjek paling 'hardcore' bagi dorang. Lagilah nak mengarut banyak.Tapi, apa boleh buat. Setiap yang bermula ada penghujungnya and it turns to be English. Redho je lah. Gituuu.

Bercerita pasal trial ni, aku round la setiap kelas.Tengok macam mana budak budak ni jawab paper BI. Kata KP. Haruslah buat rajin ronda tengok budak. Sambil tengok, sambil ketuk ketuk jari kat kertas. Tandanya, jawapan salah. Mula mula aku tak berani nak buat. Ye lah. Dah la baru jadi KP. Dah memandai nak tipu sunat time trial. Tapi cikgu senior lain kata tak apa. Antara kita kita ja. Lagipun bukannya kita bagi jawapan direct, just bagitau jawapan dorang salah ja. Minta recheck. Aku tak ada la cakap direct "Jawapan awak ni salah. Betulkan." Aku tunjuk kat soalan ja. Budak pun dah faham faham sendiri jawapan dorang salah. Geram la hai tengok jawapan dorang yang salah. Terang tang tang dia cakap 'he', pi jugak letak jawapan 'her'. Siap la esok. Nak luku pala sorang sorang.

Tak dan setengah jam jawab paper 2, dah ada yang tidur.Sabar je lah.

Berpinau mata nak menanda kertas 2. Lagi satu, masih terkial kial nak guna marking symbol yang ditetapkan. Ada guidelines yang ditetapkan. Contoh, kalau salah spelling, kena letak 'sp' kat atas words tu. Salah grammar, wavy line. Ayat tak make sense, "_________?". Inappropriate vocab, 'v' dan macam macam lagi la. Aku ni senang nak bagi markah kesian. Tapi, nak bagi markah kesian tu pun jenuh cari 'chunking of words' yang betul. Kelas last ni, kebanyakkannya copy balik ja words dalam kotak tu. Dapat la satu markah. Hish.Kesian.Semua nak harap kat cikgu.Langsung tak ada usaha nak buat revision kat rumah.

Patah hati marking paper budak budak ni. Ada yang improve.Itu kita rasa seronok la. Ada juga yang merosot dan maintain. I am expecting they will improve at least 5-10 marks compared to previous exam. Mula la rasa macam diri ni tak reti mengajar budak budak. Arghhh..Stress...Orang kata, sebelum nak salahkan budak budak, salahkan diri sendiri dulu. Refleks. Kat mana yang tak betul. Tak tau la. Ini baru first batch punya marking dah teruk.Esok nak ngadap GB pulak. Dia nak audit marking aku lagi sekali since aku first time marking paper tahun 6. Dia nak make sure aku tak terlalu strict or lenient.Kalau dia tak puas hati, dia kurangkan lagi markah budak budak ni. Adooiiii. Aku ada jugak mengharap 2 3 orang budak untuk dapat A sebab dorang ada potensi. Tapi, paper kali ni, dorang boleh pi paling tinggi pun 68. Tak pa tak pa. Positif.Masih ada masa lagi untuk improve. Usaha lagi please.

Amboi.Sejak jadi guru ni, memanjang cerita pasal budak budak ye. Bosannya Japirah ni =P

7 comments:

lady lavender said...

hihii..selamba je 2,3 org tido kat belakang tu :-)

p/s: semoga terus menjadi teacher yg berdedikasi :-)

@ju said...

Teacher Zack, anak akak pun nak UPSR tak lama lagi....english sgt lemah...and maths...tak tau camana akak nak tolong dah....huhu...risau ni....camana nak redakan kerisauan emak-emak ni ya? Si anak cool jer....

lala yusof said...

kena sabar cikgu bln2 puasa ni, salam ramadan

suezen said...

sabar yer babe!...dugaan

Irfa said...

huhu risau nih
anak akak trial start isnin depan
umie yg berdebar

eDdY said...

mesti ko ader jumpa jawapan2 yg kelakar kan..hehe..sabar jer la z@ck..semoga terus jadi teacher yg terbaek..jgn luku kepala budak betol2 da la..nnt laen plak jadi..hehe

shaty said...

apalah malangnya nasih yerr .... terus TERlantik sbg KP paih tu di suruh kerja keras pastikan peratus lulus BI meningkat. Memang trauma betoi ni . saya dulu first time mengajar .. di beri kelas TAHUN 1. Aduhhh ... dah le pelat Kelantan pekat; ramai pula jumlah budaknya ... hamper 40 orang. Masuk bulan ke 3 dah mula debarannya. Masuk bulan ke 6 80% dah boleh membaca ayat mudah .. lega. Masa tu tak ramai yang pergi tadika. So ramai tak kenal huruf pun. Masuk bulan July, start ngajar BI. Tahun 1 tak le susahh .. full of fun je. Tapi bila bertukar balik negeri, tak da chance dah nak dapat lower form. Asyik tahun 5 & 6 je. memang tension lahhh ... just like what you are going through now.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger