Online users

Follower

Tuesday, July 2, 2013

So sudden.

Hari ini ada raptai Hari Sukan. So, dari awal pagi dah turun ke padang memantau budak perbarisan. I rumah kuning. Tak pernah seumur hidup aku dapat rumah kuning. After rehat, kelas berjalan seperti biasa. Officially, I am now the head of English Panel. Rasa macam tak layak je nak jadi ketua pasal ada cikgu senior lain yang lebih berpengalaman.Tapi disebabkan GB tak nak susahkan cikgu lain nak kena reshuffle jadual, so I will replace previous teacher's position. Apa yang dia pegang, aku sambung. Jawatan dia penuh satu kertas A4. Wuwuwu.Dah mula terasa pressure as a new teacher. Pressure sebab apa? Sebab sebelum ni tak pernah pegang banyak jawatan. Rileks je jadi cikgu ganti. Mai kali ni, tak ada dah nak rileks. Anyway, I will try my best to do my job. Bak kata officer PPD, GB ada kuasa mutlak di sekolah. If dia bagi awak sesuatu jawatan, terima sajalah. Jangan nak banyak complaint. One more thing, jangan mintak tukar sekolah lagi. Memang takkan dilayan kalau baru setahun dua mengajar.

Nampak gayanya, aku akan menetap lama kat Segamat ni. Tambah pulak still tak kahwin. Lagilah payah nak minta transfer. By the way, aku tak ada la terdesak sangat nak minta transfer. Lagipun, tak ada masalah pun bagi aku kena posting jauh dari rumah. Aku ni jenis redho ja. Selalu fikir ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Fikir gitu je lah.Oh, lupa nak khabor. Aku dah dapat rumah sewa. Alhamdulillah. Kebetulan ada sorang yang nak keluar dari rumah ni, so aku masuk menyewa. Kalau bukan sebab terserempak dengan PK HEM kat sekolah tempoh hari, rasanya sampai sekarang aku terkapai kapai mencari rumah sewa. Syukur sangat sangat. Housemate pun okay.Dia dah kahwin tapi suami kerja kat Alor Setar. Terpaksa la berjauhan. Kesian kan? Huhuhu. Dia pun ada minta transfer tapi belum ada rezeki lagi. Rumah sewa aku ni besar. Semi D. Porch besar. Boleh masuk 3 kereta. Sewa hanya RM 370 sebulan. Bahagi tiga tengok. Haa..Murah kan? Tapi tu tak termasuk bil elektrik dan air lagi. But still aku consider murah. Rumah sewa mat arep kat SP tu pun dekat RM 600 sebulan. Huhuhu.

Barang aku sampai ke hari ni duk dalam luggage lagi. Bukan malas tapi sebab tak ada almari. Masih mencari lagi almari kain yang murah kat town.So far survey, paling murah RM39. Nak cari lagi kat tempat lain.Kot kot boleh dapat murah lagi kan. Hohoho.Sekarang ni kena berjimat cermat sikit. Gaji paling lewat 2 bulan baru dapat. Gaji guru ganti bulan 6 pun tak masuk lagi. So, keadaan kewangan hanya cukup cukup makan untuk 2 bulan seterusnya.

Ok lah. Itu sajalah sedikit sebanyak coretan untuk hari ini. Ada masa, aku tulis lagi noh.

7 comments:

Sya Zu said...

good luck kak zack..
fighting!
=)

ati_emylia said...

salam zack,

akak silent reader ur blog lama dah heheheh....

ok je segamat tuh....kalau suka makan ikan sungai..ada restoren ikan sungai yg sedap...nak murtabak singapore yg tebal, lembut dan sedap pun ada...batu pahat....muar pun tak jauh sangat....oh yea...tangkak syurga kain pun dekat samgat heheh

njoy yourself there...hehehhe

k.emy

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Takpe Zack.
Jangan risau sangat deh.
InsyaALLAH kalau aku sempat ke sana, aku pergi :D

Semoga tabah jadi cikgu!

Cik Aien said...

Good Luck cikgu Zack.. Hahaha jangan garang2 sangat dgn ank murid..

Hikhik

aReLaN said...

all the best ye cikgu z@ck.hehehe..murahnya rumah besar camtu baru RM370.kongsi bertiga lak tu. kena jimat cermat la awal2 ni kan.

eDdY said...

hehe..selamat mencari pengalaman kat sana..kawen cepat2..dpt ikut suami :)

Azalina M.Salleh said...

segamat kampung saya...leh la jumpa kalau balik kampung... :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger