1. Noise level yang sangat minimum kat sini. Nak dengar bunyi budak menjerit cukup susah. Mungkin depa dah diajar untuk tidak membuat bising dalam kawasan sekolah. Compared to sekolah sebelum ni, ya ampun. Rasa macam duduk kat pasar malam. Bising yang amat.
2. Student sangat menghormati guru. Tak kira tahap 1 atau 2, masing masing bila jumpa cikgu ja, bagi salam. Ini paling ketara aku nampak perbezaan dengan sekolah yang sebelum ni. Kadang kadang, budak budak sesuka hati ja lari depan cikgu. Pandang pun tidak.
3. Since aku pegang kelas tahun 3, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk pastikan attendance budak diambil setiap pagi. Dekat sini, sistemnya agak berlainan.Pelajar diarahkan untuk berkumpul di dataran setiap pagi dan cikgu yang mengajar masa pertama yang bertanggungjawab untuk ambil attendance kelas. Haa..So, beban cikgu kelas tu berkuranglah sedikit. Pelajar tak dibenarkan untuk masuk ke kelas selagi tak diiringi cikgu yang mengajar masa pertama.Same goes to after recess.
4. Budaya memberus gigi selepas makan juga diamalkan kat sini. Ini yang paling aku kagum.Ada guru bertugas yang akan pantau setiap murid untuk pastikan depa gosok gigi. Ada sudut depan toilet untuk gosok gigi. Siap ada cermin lagi. Good good. I like! At least, budak budak ni dah diajar kepentingan memberus gigi. Tak ada la gigi rongak since kecik lagi. Hehehe.
5. Struggle nak tone down loghat utaraku yang pekat.Orang kedah kata, jenuh 'pedo'. Mujurlah ada seorang cikgu kat sini dari Sungai Petani. Kalau rasa nak lepas gian cakap utara, cakap dengan dia la. Hahaha. Selalunya aku akan 'pedo' loghat utara aku ni bila masuk mengajar. Automatik tukar cakap Key-ellll...Geli geleman pulak dengan diri sendiri bila cakap Key-ellllll. Rasa fake sangat.Hahaha.
6. Sekolah start awal kat sini. 7.20 dah masa pertama. Habis sekolah pulak, 1.10. Terkejut beruk jugak la aku sekolah start awal. GB pulak sebolehnya nak cikgu sampai sebelum 7.10 pasal time tu la nak amik attendance budak semua. Rekod la aku ni keluar rumah 6.50 pagi. Kalau sebelum ni kat Kedah, sekolah start 7.45. Pukul 7.15 pun sempat lagi sampai sekolah.
7. Everything moves so fast here.If GB nakkan sesuatu, sebolehnya dia nak siap within one or two days. Procrastination is their enemy. For me, bagus sebab kerja cepat siap. On the other side, mungkin sedikit sebanyak boleh buat cikgu stress.
Wah.Macam buat observation pulak kan.By the way, tadi baru saja selesai Acara tahunan sekolah which is Kejohanan Padang dan Balapan. Aku jadi pegawai. Tukang amik masa pemenang ja. Tahun ni rumah Kuning juara.Yeah! Sebelum ni cikgu cakap Kuning selalu corot. Masuk aku, Kuning juara. Ehem.
Cute sangat yang pegang sepanduk ni. Tapi monyok je muka pagi pagi.
Tema rumah kuning tahun ni harimau. Semangat cikgunya buat ekor dan whiskers untuk setiap orang.
Hang ada lagu ni? Hehehe.
Pra sekolah. Ni lagi super cute. Dengan topi warna warninya. Oh...melting....
I love this school =)
2 comments:
untung ler dpt skola yg budak2 disiplin bagus, cam akk dekat st mary mmg budak2 bagus ! tapi cikgu2 stress sbb nak maintain jadikan budak2 tu bagus..hehe
ok la tu z@ck..ko hepy kat sana..hehe..mengajar baek2 :)
Post a Comment