Online users

Follower

Saturday, September 7, 2013

Impress

Hari ni ada program kat sekolah and I was in charge of senamrobik. Haaa..Biasalah kan, orang muda, single lagi, memang apa apa aktiviti yang lain macam sikit, sua kat newbie la. Takkan nak kata tak boleh kan? Bolehkan ajer. So, semalam google lagu dan step. Macam orang tak betul duk praktis sensorang depan cermin. Pecah peluh weh! Bagus jugak la bila kena in charge senamrobik. At least, keluar peluh sihat jugak badan aku ni. Dah berapa lama tak exercise.

Sepatutnya program buat outdoor tapi disebabkan hujan, buat kat sekolah ja. Kesian kat budak budak. Berharap nak pergi jauh dari sekolah, naik kereta cikgu, tup tup kat sekolah jugak buatnya. So, pagi pagi mula dengan senamrobik. Nervous gila sebab jadi lead atas stage. Dalam pala otak, duk ingat step. Kalau boleh tak mau la nampak macam orang bodoh kat atas stage terkebil kebil lupa step. At least, I want to impress the GB. Gitu. Siap pakai portable mic lagi weh. Feeling instructor sangat. Kahkahkah.

Dah habis senamrobik, PK HEM datang jumpa.

"Hebat la Zafirah. Lepas ni jadi instructor senamrobik tetap dan berpencen kat sekolah ni ye."

There you go.....Nak sangat impress kan cikgu sekolah kan. Hamik kau! Selamanya cikgu senamrobik T____T

p/s: Badan dah mula rasa sengal. Effect lama tak exercise.

4 comments:

eDdY said...

haha..aku no komen..tp apa salah nyer kan kalo jadi instructor tetap..pasni bole bukak kelas senam robik..mintak bayaran..hehe

[z@ck] said...

eDdy..
masalahnya aku ni instructor tak bertauliah.hentam keromo saja

Unknown said...

Kire 2-in-1 lah. Smbl impress GB blh buang lemak. Hihihi.. Jngn mare...

Irfa said...

bagus lah tu, dpt jugak kuar peluh

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger