Online users

Follower

Tuesday, October 22, 2013

Camping time!

Baru perasan tak blog lagi pasal perkhemahan TKRS. I was appointed as the assistant commandant of the programme. Dah agak dah nama akan naik pasal I je yang single mingle lagi kat sekolah tu. Terima je lah. Lagipun time ni la nak kutip pengalaman pun. So, perkhemahan buat kat FELCRA Tebing Tinggi. Not far away from the school. About 30 minutes journey. Tempat dia ke dalam hutan sikit dan keras. Banyak kes histeria kat situ. Tapi kitorang tak bagi tau kat budak. Mampuih kalau bagitau. Rasanya ramai yang tarik diri kot if bagitau awal. Aku ni pun sabit ada cikgu lain yang stay kat campsite tu. If sorang sorang, lemah iman jugak. Silap silap tidoq sekhemah dengan budak.

Bagi taklimat kat budak.Nampak giant sangat kat depan tu. Sobs.

Buat gajet. Budak budak ni kena buat rak kasut dan ampaian guna buluh. Aku boleh tolong tengok ja la pasal aku tak tengok demo yang cikgu Hafiz tunjuk kat dorang. Pandai pandai korang la.

Macam macam aktiviti kitorang buat. Aku rasa enjoy sangat sebab dapat lepas geram naik kuda dan kayak. Last buat aktiviti lasak ni time BIG. Itu last before posting. Sekali sekala masuk hutan, night walk best jugak. Walaupun cuak kena tinggal dalam gelap. Cerita pasal night walk, aku tabik habis la kat budak budak ni pasal dorang sangat hebat. Berani berjalan dalam gelap sorang diri sejauh lebih 100 meter hanya bergantung pada tali. Walaupun ada jugak seorang dua yang fail. Tak dan gerak lagi dah lemah semangat, lembik badan dan sebagainya. Yang lelaki lagi teruk dari perempuan. Menangis teresak esak. Hahaha.

Waktu night walk. Tobat gelap gila. Ni tangkap pakai flash. Jadi la cerah. Kami ikut belakang budak. Ingatkan night walk cikgu terlepas la dari kena jalan sorang sorang. Tak pun ada shortcut ke apa. Ini tidak. Renjer tu suruh jugak lalu jalan yang budak lalu sorang sorang pegang tali tu. Aku boleh ja nak pergi sorang tapi cikgu lain semua kecut perut. Last last aku lead depan, yang lain follow rapat kat belakang. 4 perempuan, 4 lelaki. Bayangkanlaaa...Yang lelaki pun duduk belakang sekali. T____T Langsung tak bunyi suara. Takut punya pasal. Hahaha.

Jungle trekking. Terjumpa bangkai babi nala punya besaq dalam hutan ni. Baunyaaaa.....ya ampun. Busuk sangat sangat. Agaknya dah dua tiga hari mati kot sebab perut dah kembung tunggu masa nak pecah. Dapat jugakla tengok babi hutan gena rupanya. Menggelikan.

Ini paling best! Naik kuda! Nama kuda ni boy. Behave sangat. Dia mau dengar cakap abang baju itam tu ja. Orang lain bagi arahan dia langsung tak gerak. Senyap ja kat situ. Last naik time aku kecik dulu. 

Ni pun best. Gila. Kayak sorang. Jadi apa apa kat aku time ni, sorang sorang jugak la nak menempuhnya. Had so much difficulties to reverse my canoe.Sampai jadi bahan lawak cikgu lain. Tsk. Nak paddle tu pun jenuh kilas sorang sorang.Dia ada teknik sebenarnya. Tak susah pun kalau kita dah betul betul master teknik tu. 

Kayak aku masuk air. Habis lenjun satu seluaq. Mujuq pakai seluaq kalis ayaq. Time ni dah dekat senja dah. Balik balik!

Bergambar kenangan bersama peserta perkhemahan. FYI, aku langsung tak ada basic KRS.Tapi disebabkan sekolah aku kecik dan KRS is the only badan beruniform, nak tak nak kena beli jugak la baju uniform tu. It costs me RM1++ for the uniform. Nangis nak bayaq.

The end!

2 comments:

eDdY said...

naek kuda paling best..tp org tarik tu x best skit..kalo dpt control sendiri lagi rare kot..hehe :P

shazika said...

akak unit berunirofm apa tyme kat gerko dulu? best ooo KRS..saya krs.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger