Online users

Follower

Tuesday, February 18, 2014

Sabah trip: Pulau Manukan

We arrived in KK at night. The weather was not so good as it was raining heavily. We went straight to our room to take a nap. Misi mencari makanan bakal bermula di KK. At first, macam malas nak keluar makan sebab badan dah penat sangat. Tapi memikirkan bukan selalu datang KK, kena la explore. Rehat tu kemudian pun boleh. So, lepas mandi pa suma, kitorang turun hotel cari nearest kedai makan. Lucky for us the hotel is located in the town centre. Pasar Filipina pun just walking distance. We ate at the nearest restaurant. Kebetulan pulak malam tu ada bola. Ramai la orang lepak kat kedai. Kalau travel, diet letak tepi. Tengah malam bantai nasi apa ada hal. Asalkan happy. Gitu.


Next day, we were all set up for beach time. It was very hot and sunny. Aku tak bawa sunblock. Elin pun sama. Yang bawa hanya Kema tetapiiiiiiii sunblock itu sudah expireeeeeed. Kema pun tak perasan. Dah lama tak pakai. Last pakai since kat NZ lagi. What to do. Sapu jugak la walaupun dah expired. Serupa tak pakai jugak la kan. Tapi sebab nak sedapkan hati, pakai jugak lah. Kot kot la sunblock tu berkesan lagi. Macam roti gardenia la kan. Tulis ja expired arini tapi esok lusa tulat tungging terbalik still elok lagi.



We all just pergi satu pulau ja which is Pulau Manukan. Nak save budget. Asalkan merasa satu pulau jadi lah. Nanti datang lagi, kita try pulau lain pulak. That's one of the tips on how to save your budget when travelling. After all, it is just a beach guys. A place with fine sand and clear water full of sun tanning mat saleh. Ada banyak company yang offer island hopping ni. You just need to choose one with the best price. Since Fina was with us that day, she dealt with the salesperson. Lagipun tiket island hopping termasuk dalam package price yang kitorang bayar. So, we all tak amik tahu sangat entrance fee untuk setiap tempat yang kitorang pergi. So for those yang search kat google tentang harga tiket etc kemudian terrrrrmasuk blog aku ni, sorry if what you're looking for is not in here. But, still thank you for dropping by. (Bajet ramai masuk sini..puihhhh)


Yang best nya, waktu nak pergi Pulau Manukan, there were only three of us in the boat. Driver boat dan konco konco nya tiga orang juga. Lagi best bila dorang kasi kitorang pegang stereng boat dan drive sendiri. Wohoo. Tak susah mana pun nak bawa bot. Menonong je bawa pasal dah nampak pulau kat depan. Kalau tak nampak pulau, haru jugak tak tahu tang mana nak tuju. Orang sangatlah ramai kat Pulau Manukan ni. The view, subhanallah, so amazing. Sangat cantik. Nak cari port pun susah pasal ramai sangat orang. We found a shady tree to sit under but the problem was we did not have any mat to sit on. Worry not, there was a store that can rent you a mat, goggle, buoy etc.


Kema tak nak mandi. Takut hitam sebab dia nak pergi NZ pulak after trip Sabah ni. So, it was just me and Elina that were actually having a real beach time. Bila dah ramai sangat orang ni, ikan pun susah nak nampak. Memang kitorang langsung tak nampak ikan la time mandi tu. Dengaq orang duk kata ayaq dia clear sangat sampai ikan berenang pun boleh nampak. Tapi tidak pada hari kejadian. Ikan semua dah lari jauh jauh. Sobs.

 
Nak mandi pun, ya ampun. Bersesak dalam laut tu. Nak pergi tengah tengah, bukan aku la. Sebab tak pandai berenang. Kaki tak jejak dasar dah cuak. So, main tepi tepi aje. Boleh geng dengan budak budak T_T

Kitorang mandi kejap, naik atas. Sebab tak tahan panas. Time ni tak nampak sangat muka burn. Waktu balik hotel baru perasan dah berbelang muka. Balik rumah lagi la sedara mara perasan. Muka dah legam. Mujurlah time cuti sekolah. Ada masa nak recover kulit tu balik. 

 Caaakk!


Kebetulan ada team dari Korea datang untuk event company dorang kat situ. So, we were like oooohhh ahhhhh when we saw Korean guys. Since aku dan Kema ni kaki runningman, mula la mencari Jong Kook look alike. Memang menjamu mata sungguh la hari tu. Mat Saleh tak pandang dah. Apa barang kan. Oppa sarangheyo lagi banyak yang handsome handsome. Kihkihkih. Dan kami dihiburkan dengan soundtrack Korea. Walaupun tak faham, agak sedap didengari. Rasa bangga sekejap dorang sanggup datang dari Korea untuk buat event kat sini.

 Handsome Korean guys spotted! Gosh! Excited kemain lagi mak encik.

 One pack Korean guy pun ada. Pilih nak hat mana satu. I opt for the previous one. Hahahaha.



Kat jetty point tempat menunggu boat baru lah boleh nampak ikan yang berwarna warni. Sangat banyak. Kat sini tak ada orang berenang. That's why dorang berkumpul kat sini. Air nya pulak memang sangat jernih. Rasa macam nak terjun sekali lagi pun ada. Time ni kitorang dah nak balik. Sempat jugak la bagi donat kat ikan ikan ni. Cantik la ikan ikan ni. Ada satu among all of them macam nemo. One of a kind. Cantik gilaaa.

If God wills, I want to come back here. Tak feel sangat time pergi haritu sebab there were too many people. Tak berapa nak enjoy. Kena datang time yang rare la lepas ni. Honeymoon maybe? Jauhnya pikiaq hang ni Japirah. Hahaha.

5 comments:

Iz Malazi said...

honeymoon?? habs aku elin n katy cemaneeeeeeee warghhhhhh

eDdY said...

aduh..rugi tol la aku g sabah aritu x jalan2..huhu

oshinz said...

Ha honeymoon cepat. Kahkah. Tak sabaq nooohh..

Zie Madini said...

Wahhh bestnyaaaa zack. Amboiiii...cuci mata tgk korean guy eh. Hahaha. Aah spotted 1 handsome korean guy. Yg tak berbaju tgh tu (gambar 3 terakhir) Kikikiki

Irfa said...

HAHA,GELAK AKAK BACA PART ABANG2 KOREA TU ;)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger