Online users

Follower

Saturday, April 5, 2014

Alah membeli, menang memakai

Salam again. Malam ni berkelapangan sikit nak menulis kat sini. It's just my plain update on what I did today. I had to attend audit akademik as I am teaching Year 6 this year. Basically we met with all the parents and update them on their kids' overall performance. It's not PTA Day. We showed them the percentage of their kids performance in UPSR based on PK 1 and we had a 'letter of undertaking' session where all the pupils and parents take oath to ensure that they play their parts in order to achieve their target which is 5A in UPSR. I have to sit at the front and it was very tiring to keep my posture for about 1 1/2 hours. Gasak la parents nak fikir apa pun. Kejap menunduk, kejap aku menongkat kepala. Hadoi. Letih. 

Second slot, we have a guest speaker to give a motivational talk. Dah kenyang makan, memang tak boleh nak fokus. Aku mengelat duduk belakang. Main tab. Lepas tu kan, wassap dari cohort masuk. Azu post gambar butik Aidijuma kat Curve kena serbu macam semut hurung gula gula. Ramai gila manusia. Sampai ke luar butik la dorang bersila pilih tudung. Tengah sale. Ada yang laki kat dalam baling tudung bini sambut kat luar pun ada. Nak menunjukkan dahsyatnya manusia. Aku dah lama berkenan tudung AJ yang corak songket tu. So, dengan rasa banyak duitnya, aku minta Azu tolong belikan satu. Hohoho. Sekali sekala reward diri apa salahnya kan. Ada sorang cikgu kat sekolah aku ni pun hantu AJ jugak.Buntang mata dia tengok butik AJ kena serbu tu. Mujur Curve tu jauh. Kalau tak, rasanya dah sampai sana dah. Kak Irma cakap sini pun ada butik AJ. Dekat Bandar Utama.

Memandangkan lepas program tak ada apa nak buat, I decided to go to AJ boutique just for window shopping. Bila masuk, tengok design cantik cantik, angan angan je lah window shopping tu. Terus grab 3 helai. Ikutkan hati, nak amik 5 tapi macam melampau pulak kan. Warm up dulu. Minggu depan datang lagi. Dorang nak restock baru. Baju kurung moden cotton pun cantik cantik. Harga sangat reasonable. Now I know the right place to find beautiful kurung moden with a reasonable price.Yang penting, it suits my height. Masalah aku ni satu ja kalau nak beli baju siap. Mostly kain senteng. Sobs. I'm not too picky in selecting the design. Kalau dah berkenan tu, grab ja. No second thoughts. Kalau tak, balik rumah nanti tak tidoq malam terbayang-bayang baju tu. Hehe.

Comel tak?

Tudung dah banyak, baju kurung pun kena la restock jugak kan. Hahaha. Next month target, tambah koleksi baju kurung! Hahaha. 


By the way, thank you again nuffnang. Despite my 'pending' updates, they are still giving me seven buffered earnings! Tocey tocey. =)


 

4 comments:

eDdY said...

AJ..first time aku dgr..haha

sarah said...

tudung aj memang cantik..

Sweetie said...

z@ck, lamanya menyepi... sibuk sngat ke skrg? dah tak rajin menulis mcm masa jadi student dulu...

Sweetie said...

z@ck cer tengok link ni (www.facebook.com/ohmedianetwork) depa edit gambar masa hang ikut rombongan meminang kat Seremban dulu kalau tak silap.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger