Online users

Follower

Wednesday, January 28, 2015

Hectic week

Ohooii..minggu ni memang tak sempat langsung nak update blog. Kerja tak sudah sudah. Masuk hari ni direct 3 hari dah balik rumah pukul 5. Mengadap kerja. Tu pun kerja tak putus putus tunggu turn untuk disiapkan. Siapa yang kata kerja cikgu tu senang. Cukup masa balik, memang nak kena lesing dengan aku. Penat tau dak jadi cikgu. Kadang-kadang terlalu banyak sangat kerja pentadbiran. Minit mesyuarat, laporan program, kertas kerja yang langsung tak ada kaitan dengan PdP. Sampai masa yang sepatutnya kita guna untuk plan lesson tu dah tak ada. Macam kerja buat minit tu pulak yang prioriti. Menyampahnya. I love teaching kids but I hate documenting reports. Muntah hijau nak siapkan minit. Eee..meluatnya.

Aku ingat dah siap buat minit, boleh la rehat rehat kejap. Masuk pejabat, GPK HEM pulak minta siapkan laporan program pengawas minggu lepas. Nangis laju laju. Baru ja merdeka tak sat tadi. T_T Meluat tagha mana pun, kerja still kena buat jugak. No excuse.

Minggu ni sibuk orang duk cerita pasal rotan. Aku ada satu cerita. It happened just now at school. Kisahnya budak Tahun 2 tumbuk muka budak Tahun 1. Dahsyat kan? Sampai lebam mata budak tu. Bayangkanlah...Tahun 2 dah pandai tumbuk muka orang. Kalau Tahun 6 nanti apa pulak yang dia nak buat. Si bapak pula sebelum ni pun dah pernah datang sekolah marah marah cakap cikgu hentak pala anak dia kat dinding. Jadah apa la cikgu nak buat macam tu. Dengar cakap anak sangat. Tak selidik dulu. Tau nak serbu sekolah ja. Budak tu pandai manipulate cerita. Padahal cikgu tak sentuh langsung anak dia. Bila ditanya tadi, betul ke cikgu hentak kepala awak kat dinding? Dia geleng tak. See... tak padan dengan kecik. Dah pandai menipu.

Bapak terlalu manjakan anak. Inilah jadinya. Kadangkala rotan tu perlu untuk mendidik anak untuk jadi manusia yang berguna. Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Pandai orang dulu berfikir. Tak macam orang sekarang. Hanya tau ikut perasaan sahaja.

0 comments:

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger