Online users

Follower

Thursday, January 8, 2015

Silver lining.

Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan kat sini. This is the serious side of me. Bila masuk mood serius ni, tau tau ja la cerita apa yang akan keluar kalau tak lain dan tak bukan cerita pasal family. A day after tok left us, I woke up with an emptiness inside my heart. Ruang bawah senyap sunyi. Selalu kalau ada tok mesti bangun pagi dia dah sibuk kat dapur. Kali ni rasa kosong. Kosong sangat.

Last time aku jumpa tok waktu cuti bulan 9. Kalau diingat balik, dia memang atuq dah jadual seminggu nak pergi tempat sekian sekian. Sebab time aku balik la dia nak boleh berjalan rumah sedara pun sebab ada kereta. If tak, dia patah kaki jugak kat rumah tu. Sampai ke Perlis dia suruh aku bawa. Melawat adik beradik.Time tu la dia perkenal ini tok A, itu tok B. Boleh bagitau la kat aku. Sekarang dah lupa dah nama tok tok yang jumpa hari tu. Huhuhu. Aku pegang satu ja la. Bawa la dia berjalan selagi boleh. Walaupun kadang kadang makan hati masa untuk diri sendiri tak ada. Asyik kena jadi supir dia. Tapi tak sangka sampai takat tu ja aku boleh bawa dia berjalan. Huhuhu. Pagi selalu dia akan ajak pi nat. Cari ikan, sayuq dsb. Ada dua tempat ja dia akan pergi. Nat Ahad kat Anak Bukit dan Pokok Rhu Jalan Gunung. Kalau pi nat, aku paling menyebai bab nak angkut barang dia beli. Dia selalu borong bawang untuk stok nak buat acar buah. Selalu sebelum pergi dia akan cakap, "Aku tak beli banyak. Nak cari ikan ja pun" Tapi end up balik rumah berplastik plastik. Sebab tu aku menyebai. Huhu. Menyebai menyebai pun aku buat jugak. Makan dalam ja la. Pikiaq dia tok duk bela kita dari kecik, hadap jugak.

Perginya tok banyak ajaq aku erti sebenar kehidupan. Yang ajal tu memang betul di tangan Tuhan. Bila tok takdak, aku serabut kepala pikiaq macam mana lepas ni. Macam mana dengan Ika? Ika nak duk dengan sapa? Siapa nak jaga rumah tok? Siapa nak jaga kebajikan kami? Siapa nak urus maintenance rumah tok? Dan banyak lagi soalan duk bermain dalam pala aku. Paling aku risau bab Ika ni. Sebab dia nak amik SPM. Sebelum ni dia duk teman tok kat rumah. Sekarang tok takdak, dia sorang-sorang kat rumah. Aku jenis tak tunjuk kesusahan hati aku kat depan orang. Seboleh-bolehnya nak belagak cool depan orang walaupun kadang-kadang tak berjaya. Terima kasih banyak-banyak kat Malia sebab dia la yang teman ika sepanjang Ika SPM sementara nak tunggu aku balik cuti sekolah.

Aturan Tuhan tu sangat cantik. Dia tarik tok di saat Ika nak amik SPM. Di saat Ika is able to take care of herself .Macam dah lepas tanggungjawab dia jaga kami 4 beradik. Dah cukup keringat dia membesarkan kami. Mujur jugak aku pun tengah menghitung hari untuk cuti sekolah. Aku pun tak tunggu lama kat Segamat ni. Start ja cuti, after bertugas, terus balik Kedah. Memikirkan kesian kat Ika terpaksa jadi nomad tumpang tidoq rumah jiran dan sedara sebab tak berani tidoq kat umah tok sorang sorang. Cuti hari tu aku manfaatkan masa dengan family. Aku tak pi bercuti. Tok's loss brings us closer. It taught me to appreciate your loved ones more. To spend more time with them. So, aku duduk rumah teman Ika. Usung dia pi merata. I know she needs lots of moral support. And I want her to know that she's not alone. Dia paling terkesan bila tok tak ada. Dia paling rapat dengan tok walaupun pada zahirnya asyik berkelai dengan tok.

Hari-hari aku masak kat rumah. Sebab fikir ada perut lain yang nak kena jaga. Kalau perut aku sendiri, aku tak kisah. Makan luaq tiap-tiap hari pun okay ja. Tapi bila fikir ada Ika dan tak lama lepas tu Bang Cik pun akan balik cuti sem, I need to cook. Boleh jimat duit sikit. So, setiap hari masak. Makan ja la walaupun kadang kadang masak terkurang santan, terlebih garam. Depa tak complaint. Bila tanya okay dak masakan akak, depa jawab okay. Walaupun pada hakikatnya banyak yang terkurang. Cooking skill dah berhabuk. Lama tak masak kan. Huhuhu. Alhamdulillah tok ajaq kami makan apa ja yang ada.

Aku ni ibarat jadi ketua keluarga dalam rumah tu sekarang ni. Ketua keluarga kena berani. Tak boleh tunjuk takut kat adik-adik. There are times bila menjelang maghrib dan hari makin gelap, perasaan takut tu tiba-tiba datang. Al-maklumlah, rumah tok besaq.Tinggai kami 3 beradik kat rumah tu. Masing-masing sebenarnya takut tapi cuba untuk tak zahirkan perasaan tu supaya semua tenang saja. Belagak cool. Bila mai perasaan tu, mula la terbayang macam-macam. Arwah tok balik mai tengok la, bunyi pelik kat luar la. Sebenarnya itu hanya mainan perasaan. Kita yang fikir bukan-bukan, maka jadi bukan-bukan la. Tapi, masih lagi mampu untuk belagak cool depan adik-adik. If aku takut, depa pun akan takut. Huhu.

Bila nak balik Segamat semula, aku plan nak bawa Ika tinggal dengan aku. Tapi terpaksa cancel plan tu sebab Bang Cik tengah cuti sem. Actually cuti habis belajaq. Dia tengah tunggu nak sambung degree. So, cuti panjang. Again, like I said, aturan Tuhan tu cantik. Dia tak biaq Ika duk sorang-sorang kat rumah. Ada ja pengganti yang akan jaga Ika. Sekarang ni, Ika duduk dengan Bang Cik. Dan minggu depan, Zul akan balik cuti sem jugak. Alhamdulillah. Rumah tok tak dibiarkan kosong. Sentiasa ada penghuni. Abang-abang sado pulak tu.Hehe.Lepas ni aku tak pasti macam mana pulak pergerakan kami. Aku sendiri pun tak pasti lagi bila pulak nak balik kampung. Tak dapat bayang macam mana cuti pertengahan tahun nanti. Kalau ika dah masuk U, aku mungkin akan duduk sorang. Hurm..Tak tau la...Tak nak fikir lagi. Walaupun dah nampak possibility akan ditinggalkan berseorangan. So sad...

Bila dah ada kat Segamat, susah hati fikir depa makan apa kat rumah tu. Cukup ke tidak duit. Aku dah pesan kat Ika supaya prepare diri untuk jadi macam tok kat rumah lepas aku balik Segamat. Jadi tukang masak untuk abang-abang dia pulak. Mujur la dia boleh memasak selepas berguru dengan aku. Hehehe. Masak simple-simple ja. Beda perut sendiri makan lepas la. She's an independent girl and I am so proud of her. Tak sangka adik aku yang dulu belemoih tak sangga la ni dah jadi anak dara. Dah mampu buat kerja rumah dan memasak.

Walau apa pun yang terjadi, life must go on. Macam mana teruk dan takut pun, kena hadap jugak. Have faith in Allah and surely He takes care of you.

p/s: We're not alone. We have very suppportive relatives, uncles and aunties that take care of us as well. They do come to visit us once in a week to make sure everything is okay. =) We understand their situation as they also have their own families. We do appreciate their support and kindness.

3 comments:

suezen said...

kalau ade button like...nk like sejuta kali!...u go girl! proud of korg adik bradik!.....be strong..Allah always with us

Irfa said...

* sebak*
akak yg dah beranak 3 ni pun masih tak boleh fikir macam mana kalau mak ayah dah takde nanti, huhu
moga korang adik beradik hidup rukun aman damai ye

Cik Puan Kocik said...

Semoga tabah hadapi ujian ini. Banyak bersabar....

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger