Online users

Follower

Wednesday, February 4, 2015

Abad 21

Sekolah anjurkan pertandingan kelas abad ke-21. Kalau menang, dapat RM200. So, tadi aku inform kat budak kelas. Lepas tu terlepas cakap macam nak cat kelas awak ni. Dah tu semua excited nak tolong cikgu cat. Hoh. Baru plan. Tak konfirm lagi jadi ka dak. Depa dah excited dulu dah. Actually aku dah lama planning nak cat kelas depa tu cuma masih belum berkesempatan. Nak upah pekerja, mahai. So, nak buat sendiri. Sibuk sikit dua tiga minggu ni. Tak dan nak perosah kelas tu. Tapi ni dah terlepas cakap dan budak pun dah over excited nak tolong, I guess this is the right time to paint the class. Support ramai. Kalau harap sendiri bikin, memang sampai hujung tahun tak bergerak plan ni. So, esok nak pi cari cat. Jumaat boleh mula cat dah.

Serabut jugak fikir camna lagi nak jadikan kelas tu abad ke-21. Sekarang ni depa wajibkan susun atur kelas ikut abad 21. Nak banyakkan discussion instead of rote learning. Kalau ikut yang betoinya, kena ada computer dalam kelas. Celah mana nak cari computernya. Haha. Pesan kat budak, kalau ada buku cerita or majalah, bolehlah bawa ke kelas untuk diletakkan di sudut bacaan nanti. Ada yang tanya boleh tak nak bawa angsa batu. Haa..tak pa..bawa ja. Nanti kita tengok apa jadi esok. Hehehe.

1 comments:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

so mana picnya teacher zack :D hehe macam seronok ja painting

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger