Online users

Follower

Wednesday, April 22, 2009

@#$%^&**&%@$#^%$#@!

Aku tak tahu macam mana nak mulakan entry ni.hurm..mungkin baca bismillah lebih afdal kot. Ok.begini cerita nya.

Kau pernah overnight? If tak pernah, jangan cuba. Kenapa aku cakap macam tu? Silap hari bulan, kau akan terima nasib macam aku dan kawan-kawan.

Aktiviti overnight bermula sekitar jam 12 malam.Persiaran Gurney semalam tak lah se'hebat' malam hujung minggu.Kau akan jumpa macam-macam jenis orang kat situ.Couple dating,keluarga bawa anak kecik jalan-jalan, pak cik jual laser point, apek rempit (kau ingat mat rempit melayu je ke?) dan manusia yang nak merasai apa kenikmatan overnight ~merujuk kepada kami berlima~

Kami bersembang pasal crush masing-masing,goreng gitar dan gelak terbahak-bahak apabila ada antara kami yang keluar dengan cerita lucu.Memang seronok.Masa ini lah kau boleh merapatkan lagi hubungan kau dengan kawan kau.Kemudian, pundi kencing masing-masing minta di kosongkan. Nak kencing la pulak. Selesai kencing kat MCD berhampiran, kami sambung melepak.

Kami di di hidangkan dengan pertunjukan haram rempit-rempit Se Penang..weng-weng bunyi motor mereka.Berbagai aksi dilakukan tetapi sorry, we are not interested. Rasa macam nak mamat tu jatuh bergolek je didepan kami. Ada lah kerja sikit nak buat nanti kan.Tolong hantar dia ke hospital dan jadi saksi kejadian.Tapi, semua tu hanyalah igauan aku saja.Mamat tu tak jatuh pun.Makin galak tekan minyak ada la.

Mungkin bukan nasib kami malam tu, tiba-tiba ada satu jip warna biru datang sebelah kereta kami dan tegur kami. Dialog nya bunyi ala-ala begini :

"Dah pukul berapa sekarang ni? tak reti-reti nak balik rumah ke?" nada yang amat kasar.

Kami diam.Terkedu...

"Macam ni ke perempuan?Macam ni ke nak berdakwah? "

~aku rasa ayat ni dikeluarkan sebab kami semua bertudung dan muka nampak baik.Jadi mereka fikir baik duk rumah tidur lebih bagus kot.Dari melepak tak tentu pasal di tepi-tepi jalan~

" Start kereta dan balik sekarang. Cepat!!" nada yang amat kasaaaarrr...

Kami diam dan terus masuk kereta.Tak terkeluar pun sebijik perkataan dari mulut kami. Yang cam haram nye, dia boleh tunggu kami blah dari situ tanpa berganjak sedikit pun. Kami seolah-olah macam anak kecil yang degil yang di arah masuk rumah sebab dah masuk waktu maghrib.zzz..

Lepas kami blah,jip tu pun blah.

@#$%^&**&%@$#^%$#@! Itu je yang aku mampu cakap.

Kenapa kami je yang kena marah macam tu? Sedangkan banyak lagi manusia yang buat benda tak senonoh di sepanjang persiaran Gurney tu. Ada yang bercium dan berpeluk-pelukkan.Yang duk merempit macam ape lagi tadi tu tak pula kena marah dan di maki hamun macam kami.

Kami malu.Aku tak dapat terima penghinaan yang dilemparkan mamat perasan bagus tu.Eyh bro, if kau nak tegur kami pun, guna lah proper language.Jangan nak perasan bagus sangat.Cam bangsat je.Aku still boleh terima if dia datang elok-elok kat kami dan tegur secara berhemah.Tapi ni kau da menjerit-jerit dari dalam jip gelap kau tu sampai satu gurney tu boleh dengar suara kau apa kes?? memang kau dasar tak tahu malu la! Kiri kanan pandang kami waktu mamat jip tu marah-marah.Bersopan la sikit nak tegur orang bro.Kalau kau marah sekalipun kami lepak kat situ, kau patut buat secara berhemah.Ini tak, kau maki hamun,marah-marah macam B*** tu apahal?

Lagi satu yang aku cukup tak puas hati kenapa kami je yang kena hambat balik?? Orang lain x kena pun. Mungkin ke sebab kami bertudung dan kurang sopan bagi kami untuk melepak tengah-tengah malam? Padahal, secara logiknya, kami semua perempuan.Kami duduk dekat bawah lampu kalimantang dan terang tang tang kami tak buat maksiat atau hubungan sejenis.Kami hanyalah berborak dan meluangkan masa bersama.Girls day out.Aku tak puas hati.
Plat jip tu aku akan ingat sampai bila-bila.Nahas kau if aku jumpa kau lagi.

Perempuan-perempuan seksi tak pula kena tangkap dengan mamat tuh.Ish..aku tak puas hati!!

p/s : agaknya lepas ni if nak keluar melepak,kena pakai terdedah-dedah semua kot dan buat maksiat.Baru tak kena maki hamun cerca segala...ok..aku sinis.full stop.

p/s/s : maaf atas penggunaan foul words yang banyak.sekurang-kurangnya aku lega dapat luah kat sini.

17 comments:

farieha said...

zack..sdih dan kesalnya dgr cerita ni..dunia skang mmmg da terbalik..org yg buat baik kelihatan jahat..tapi org yg buta jahat itu adalah perkara biasa..itulah tanda dunia akhir zaman

Anonymous said...

bengong nye mamat jip..
btol2 zack..
org yg wat x senonoh klo x kene tgkp, aku pon panas...
xpe2..zack calm down ye..
jgn lepak situ dh..
jom lepak kt queensbay lak hehe

Cx Bob said...

hahaa..
padan muke!!..

afiqafandy said...

tu aa,,
len kali bwk aku,, wakakakaka

Anonymous said...

sabar2...

Anonymous said...

uiks..
aku pon suka gak lepak mlm2 sama kawan2.
erm..x adil dia cakap mcm tu.
agak kasar.
isk!
(aku lak yg marah)

mR SyamEL said...

saba2 z...
huhhuu...

[z@ck] said...

ieha : mmg sedih..prasaan berbaur sedih dan bengang..dunia nk kiamat dah!

att : gud idea att..hehe

cx bob : kuang ajar..kena kt ang br ang tau rs nya..

afiq : bw ang lg bertmbah maslah..silap ri bulan kena cekup JAIP

[z@ck] said...

kema : erm..sabar separuh daripada iman..huu..

ayin : jom lepak sekali..if jumpa mamat jip tuh..kita sound balik..hee

syamel : silap la ang belah awai sgt smlm..

ada van de kamp said...

berani dia mengalirkan air mata aku.

sesungguhnya doa org yg teraniaya tu dimakbulkan.

[z@ck] said...

adalicious : amin..

adey manis said...

babik kn mangkok jmbn tuh?

mR SyamEL said...

ahahha...
ak g macd...
ingt nk bngks je g kt korang balik..
tgk2 ad bola...
layan dlu la...
da abeh g cari korang da x d...
ngeh2...

[z@ck] said...

mamma mia : mmg dasar x guna betul

syamel : ak rs if ang dtg blik..ang pun kna skali ngn ktorg

Mr Daha said...

Pergh... sakit ati sungguh.. len kali wat xtaw je.. korang ramai2 blah tempat laen.. xpun blah jap, g pusing2 roundabout tu then datang balik. Abes citer.. :P

[z@ck] said...

mr daha : mmang aku menyirap time tuh..

sapa lagi kalo bukan aku said...

mcm ni ke perangai nak jd cikgu?
babi lu pompuan jalang

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger