Online users

Follower

Monday, May 25, 2009

Aku sanggup pergi CS cari aircond

Rasa sengal tak if tempat kau tak ada elektrik, tapi kau boleh rilek je duk dalam bilik.Bajet sauna free la kat maktab.Ouh no no no.Aku sanggup pergi CS cari aircond.Mesti kau cakap,

' Eleh, ni baru panas dunia.Belum panas neraka lagi' . Sambil buat muka sinis. (T T)

Hek eleh.Yang cakap tu pun sama je.Tengok-tengok kau sampai CS dulu dari aku.Hahahaha.Caca merba sungguh.Whatever.

Tunggu bus kemain lama lagi.Basah ketiak aku.

Hari jumaat kitorang dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyihatkan.Maklumlah dah habis exam.Kepada sesiapa yang belum tamat exam, sila jealous sekarang.Hentak-hentak kaki cepat.Hehehe.

Aktiviti 1 : Tengok wayang. Kitorang split movie.Aku dan Ada tengok Syurga Cinta.Wan, Kema dan Elin tengok Night at The Museum 2.Aku dapat seat sebelah lelaki.Aku kureng sikit duk sebelah lelaki, sebab rasa macam nak kena kontrol kalau nak gelak ke pe.Nasib baik laki kali ni sempoi.Duk asyik telan popcorn ja.Layan perasaan dowh tengok Syurga Cinta.Meleleh air mata.Sob, sob..Haziq sangat la cute dalam citer ni.Awal, hero pujaanku.You hensem la!Heliza pula cam kayu.Masih banyak yang perlu di'improve' oleh minah ni.

Hensem kan Awal Ashaari.Haiiiihhh....*kedip-kedip mata*

Aktiviti 2 : Karaoke.Wayang Syurga Cinta habis dulu dari NATM2.Dah tak tahu nak melilau mana, beli 4 lagu, masuk karaoke box sementara tunggu Wan habis wayang.Kali ni punya karok agak bosan sebab tak plan pun nak melalak.So, pilihan lagu so-so je.Tak de umph sangat.

Ky, banyak duit ang.Hulur sikit.Hehehe

Aktiviti 3 : Makan.Waah.Ini yang paling best.Bab makan siapa yang tak seronok kan.Kitorang cuba makan kat kedai yang baru renovate kat sebelah food court tu.Bila masuk je, rasa cam kosong sangat.Betul ke ni kedai makan.Tak ada sorang pun makan kat situ.Aku try Chicken Chop.Boleh tahan la sedap.Cuma servis dia lembaaaaaaaappp nak mampus.Maybe dorang baru belajar buat chicken chop.Abang yang serve tu comel tapi pendek.Hahaha.Sempat lagi kau Zack.

Aku cover 'berg berg' (double chin).Berjanggut tunggu makanan woii..

Aktiviti 4 : Funfair.Terima kasih kepada kereta penaja, Achip kerana sudi menumpangkan bontot-bontot besar ni ke funfair.Memula excited la masuk funfair.Tapi lama-lama jadi bosan sebab tak banyak benda sangat pun.Dah la mahal.1 token 2 hengget ok.Cekik darah tahap melampau la.Kitorang try bumper car.Huish.Seronok sungguh.Rasa macam duk kat club.Lampu dia lip lap lip lap.Time kitorang nye turn tu, ada lagi 3 orang mamat join sekali.Diorang bump kitorang kaw kaw la.Oo..ingat kitorang tak boleh buat balik ke.Rasa puas hati bila bump kereta mamat tu, mamat tu menggelupur dalam kereta.Melompat segala.Amik kau.Kereta aku selalu reverse.Huwa.Tak reti nak control stereng.

Orang tinggi memang suka pakai baju belang.Apakah??

Wan cakap dia takut kena mengorat dengan mamat 3 orang tu.Tengok muka dia.Cuak.Hahaha.

Girang dapat naik benda yang pusing-pusing tu.Tak padan dengan tua.Hehehe.

Kitorang balik maktab dalam pukul 9.30 malam.Syukur dah ada elektrik.Nak charge handphone, mandi dan tidur.Sudah penat sehari suntuk berjalan.

p/s : Kema, ko rugi tak join kitorang naik bumper car.Boleh praktis untuk test JPJ.Hahaha.

14 comments:

shedah and fakhri said...

haha
syurga centa tu best kan
kankankann
hihikk
-shedah-

Qistina Fahimi said...

hmmm..
best la korang,
duit berkepok lagi,
huhu..tina bermandi peluh je dlm maktab.
duit tadak!!

Kaseh Mucuk said...

memg syiok r syurga cinta..x bazir doit aku p nengok..lalalala~

[z@ck] said...

shedah and fakhri:best2..hehehe =)

Qistina : Laa..ye ke..2 la..mak dah pesan jgn membazir..hahaha..no offense ya yaang..

mucuk shomot : btoi..x bazir g tgok citer tu..standard citer melayu la.. =)

me said...

antara plg bez!!funfair!!grr

[z@ck] said...

nas : eyh..kt bukit jalil pn ad funfair kn skang..xpergi ke..? hihihi

rye_hanna said...

walaweh..

aktiviti yg sgtsgtsgt bes pada hari blackout seipsah..

syurga cinta: 4 bintang

karok: 5 bintang

makan: 4 bintang

funfair: berbintang bintang

hehe.. jeles gle korang da bes xm..

lucky said...

huu.. da abeh xm.. agk sronok d ctu..
adess...
*hentak2 kaki jeles*
heheh.. :P

[z@ck] said...

rye-hanna : ke bintang!! (quote dr shidi dan vee Sehati Berdansa)

lucky : korang ad exam lg ke?

Unknown said...

hensem ke awal tu??
kau belum tgk aku depan2 lg ..
:P

kojah said...

awal milikku...hohoho

Mr Daha said...

PERGH... ACHIP BAGI AWEK PINJAM KETA TU.. HAHAHA... DASAT LA ACHIP.. MACHO N STYLO GLER.. :D

p/s: achip dah xda da kat ipsah pasni.. slamat tinggl achip... hrp kita brjmpa lagi.. hu3..

Pamee CliQue said...

wahh..
sempat dah bergumbira 2~

Milimilo said...

baru tgok syurga cinta td..lawak r part haziq tuh..dgn pelatnye lg..hoho

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger