Online users

Follower

Sunday, September 27, 2009

Berbahagia di pagi raya

Masih lagi kisah raya. Soalnya, ni je modal yang aku ada nak canang kat sini. Maaf la ye. Nanti agak-agak dah bosan cerita pasal raya, kita bergosip pula. Akak kalau bab-bab gosip ni nombor satu.Hahaha.

Satu acara wajib pagi raya ialah bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan meminta-minta duit raya. Tahun ni unik sikit caranya. Kalau dulu selalu port salam dekat area dapur, tapi kali ni kat ruang tamu. Giliran salam pula ikut turutan umur. Nak kata touching, tak juga. Biasa-biasa ja. Semua anak cucu yang salam tok akan kiss pipi, tapi Ika tak. Dia kata dia geli nak buat macam tu. Rasa macam lawak. Tengkorak dia. Hahaha.

Bila mai time nak bagi duit raya, semua macam berteka teki amount berapa tok nak bagi. Hahaha. Macam pelik sebab waktu salam, tok tak hulur pun duit. Lepas selesai semua cucu dah salam minta ampun, tiba-tiba dia bawa keluar kantung duit dia. Hah! Masing-masing tak jadi gerak pergi dapur dulu.Nak tengok dia nak bagi berapa. Salam pula untuk second round.Nak duit raya punya pasal.Hehehe.Tahun lepas dia hulur sorang RM 50. Bisness acar buah dia laku. Alhamdulillah. Rezeki dia murah.

Tengok. Aku tak tipu tau. Masing-masing renyih tengok tok bawa keluar duit raya. Dah tak sabar-sabar nak dapat.Beratur bagai.

Tahun ni up lagi. Berapa jumlahnya. Biarlah rahsia. Tak mahu dikata belagak pula nak canang dapat berapa kan. Rezeki tok bertambah tahun ni. Maka anak cucu pun berbahagialah di pagi raya dengan duit tok. Hahaha. Terima kasih tok. Tahun depan up lagi naa.

Sesi makan bermula lepas selesai acara salam-salam. Menu utama, satay. Mula-mula gagah perkasa la bantai satay tak ingat dunia. Makan nasi minyak, ketupat dan kuih raya. Bila sampai half way makan, dah surrender dah. Rasa macam telan sagon banyak-banyak. Tepu perut aih.

Pergi pula beraya rumah jiran sebelah dan belakang. Makan nasi lagi. Nasib baik baju raya ada free space kat depan. Walaupun awal-awal dulu aku merungut baju tak cantik, tak betul-betul ikut ukuran badan aku, sekarang aku bersyukur sebab tak pergi alter baju tu. Berguna di saat-saat genting untuk mencover kebuncitan perut.

Bang Cik, Ika, Zul dan aku.Psst..kawan Zul pun cakap muka dia kalau pakai tudung, sebiji sejebon macam aku.Tsk. (T_T)

12 comments:

izzahfarhana said...

haish rugi x p raya umah tok hang.hihi

Aku Bukan Superstar said...

haha.kilang x buat kain tue satu je.hehe.x pe kak firah nati kita boria pakai baju sama.;P

sI tEDI said...

lebih dr rm50??? aku pun nak jadi cucu tok kau lah..

mamma mia! said...

haha =p

Ilham Liyana said...

nak tok mcm tu jugak!!!!!!!!!!!!! haha..

[z@ck] said...

izzahfarhana...
klu ang mai beraya..dia bg lima kupang ja..hehehe..

aku bukan superstar..
tu la pasal..aisehman..lebih kuang sama kan design kain tu..nnt dinner TESOL..kita boria k..

si tedi..
ko dah kerja..x layak dpt duit raya..hehehe

[z@ck] said...

ilham liyana..
cepat reg jd cucu angkat hajah saudah..ahahaha

shazika said...

sis...stailo mailo yg pakai spek itam tuh

~ceRRy beRRy~ said...

psssttt...
dpt duit raya xmo pass2 kat sni sket ke?
ngeh3...

[z@ck] said...

shazika..
he's my bro..hehehe..

cerry berry..
dah habis guna bayar hutang..hahaha

ungu said...

bertuahnya kamu yang tinggi
masih punya tok yang manis

aku ingin punyai sekali lagi
tetap yang sama
untuk rasa bahagia seperti kamu

[z@ck] said...

ungu..
disebalik kesedihan tuhan berikan kegembiraan kan.. =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger