Online users

Follower

Wednesday, September 16, 2009

Cepatlah hari esok!

Pejam celik tinggal tiga hari lagi kita nak raya. Masing-masing dah mula excited nak balik kampung. Assignment pun orang dah tak pandang time macam ni. Kalau yang ada test pula, buatnya tak bersungguh-sungguh pun. Sekadar buat saja. Hebat kan penangan Hari Raya ni, sampai mampu membuatkan orang dah tak dapat fokus pada kerja even raya tak muncul lagi. Dah mula terbayang ketupat nasi, rendang ayam dan duit raya. Moment paling best ialah kumpul ramai-ramai pagi raya, tayang baju sapa paling cantik dan vogue, salam-salam dapat duit raya dan makan. Wah.

Aku pun dah terasa bahang raya ni. Sebelum ni macam tak terasa sangat. Mungkin sebab busy dengan assignment sampai dah tak sempat nak fikir pasal raya. Tapi, dah saat akhir-akhir macam ni, tinggal sehari lagi nak masuk kelas, terasa macam cepatlah hari Khamis weyh... Dah tak sabar nak blah dari maktab.

Orang lain dah sibuk-sibuk beli satu set lengkap baju raya dari kepala sampai ke kaki. Aku pula tak tengok lagi rupa baju aku macam mana. Tahun ni supposely baju tu aku pakai untuk kuliah, tapi dah mak long tak siap-siap juga buatnya, alang-alang pakai untuk raya la jawabnya. Colour oren tu. Balik kampung ni baru nak pergi ambil baju tu kat Jitra, dan baru nak cari tudung! Adess...minta-minta la ton oren baju tu senang nak cari tudung. Kadang-kadang masalah perempuan ni sampai malam raya baru nak beli segala benda sebab susah nak cari colour tudung yang matching dengan baju. Yo lah. Baju kau bukan colour oren nala terang tu kan, main dengan ton-ton pula tu yang susah tu.

Jumaat ni, rumah dah start ramai dengan sedara. Zul pun balik Jumaat gak. Tak sabar nak ambil balik hak guna kamera dari dia. Satu sem hidup tanpa kamera. Wuwuwu. Sebab tu lah blog aku ni dah jarang nak bergambar-gambar bagai...Kalau ada pun, ihsan kamera orang je. Rindu nak berbuka ramai-ramai. Makan ikan bakar, ayam masak merah, air asam, ikan terubuk...waa..kecur liur beb.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang singgah di blog aku ni. Mana-mana blogger yang duduk sekitar Alor Setar tu, jemput-jemputlah ke rumah aku. Jangan malu-malu, segan-segan. Aku ada kat rumah sampai 26 haribulan. Roger-roger la aku kalau nak mai Alor Setar ok.Senang je nak cari rumah aku. Dekat dengan airport Kepala Batas. Depan U-Turn Cafe.

Kenangan raya 2008. Beratur nak ambil duit raya kat tok! Hehehe.

Cepatlah hari esok!

17 comments:

Nida Vida said...

kite pun pening nak cari shawl yg tone die hijau pucuk pisang ade benang emas sket @_@

last last xde shawl. hihi..

Selamat Hari Raya..!! =]

sI tEDI said...

ekekkekeke .. semua dah ada mood raya.. mood wat esemen ilang ek??

Selamat hari raya zack!!

oranglidi said...

slamat hari raya!

ekyndelisya said...

makcik makcik makcik

weh selamat hari raya

datang mai umah

tu pon kalau sanggup datang perak ah
wawawawaa

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

selamat hari raya..wah oren lagik..nanti mai la umah kak eida...insya-allah kak eida blik belah en shukri raya ke-3 kot..hhehhehe harus la raya sungai petani dulu kan..

[z@ck] said...

Nida Vida..
Selamat Hari Raya juga..shawl lagi la ssah nak cari colour matching2 ni..huhuhu..

si tedi..
selamat hari raya jugak yang.. =)

orang lidi..
slamat hari raya!

[z@ck] said...

ekyndelisya..
hohoho...ku x janji ok..ang la mai loq staq..hihih

purplelicious..
akk balik jitra ke x?
sy ad kt loq staq cuti ni..nak trun jitra ley je..hihi

balqissy said...

sama theme: taun ni peach ahaha ^.^

eh, slamat beraya =)

imHepPie said...

mood bechenta x ilang ke tyme raya??haha..

Monkey D Luffy said...

oren yer pilihan ko

maaf zahir batin

Redbloodsnow said...

hahahaha..siap beratur tue nk amik duit raya. bestnyer. cube lah my family camtuh gak...kan syorgaaaa :P blueksss

hehe

Softtouch [Hanim] said...

mmg mood raye sudah mari...akak dtg keje je buat syarat..hati ni xsabar nk cuti...

selamat hari raya buat zack...maaf zahir batin

Att Ashburn said...

slamat hari raya zack..maaf zahir batin huhu

ayinn said...

selamat hari raye zack!!!
maaf zahir batin ye,..

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.com . Berhati-hati di jalan raya.

p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Komuniti Blogger

iza iziana hasan said...

kite pon da x sabau nak beraya ni ..
hehhehe

lucky said...

hee.. slamat ai raya!
maap zahir n batin.. :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger