Online users

Follower

Saturday, September 26, 2009

Gambar menjelang raya

Woo..woo..woo..Selamat Hari Raya kepada semua muslimin muslimat. Seminggu bercuti di kampung, bermakna seminggu jugalah blog ni ditinggalkan kesepian tanpa sebarang update dari aku. Apa khabar wahai teman-teman blog ku? Harap semuanya sihat belaka la ye. Aku masih mencari mood untuk berblog.

Untuk permulaan, aku upload dulu gambar-gambar menjelang raya.

Main mercun. Masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Berlawan dengan umah sebelah. Bunyi mercun sapa lagi kuat. Paling cabuk pun mesti kena ada mercun bola satu kampit. Berdesing telinga malam tu. Aku just tangkap gambar je. Dah tak berani nak baling mercun ni. Semakin tua usia, semakin penakut. Bunyi meletup sikit, melatah tak ingat dunia. Baru 20 dah kuat melatah. Silap haribulan umur 30 dah nyanyuk. (T_T)

Aksi comel Afif main mercun. Depa seronok la raya tahun ni. Dah habis UPSR. Tak gaduh nak fikir pasal exam time raya. Aku pula duk runsing fikir pasal assignment berlambak nak kena buat weyh.Huhu.

Bila orang pejabat jadi tukang kipas satay. Masih bergaya. Yang pasti satay taman ria memang terbaik! Untuk raya kali ni, kami order 1500 cucuk satay. Amik kau. Seminggu makan pun tak habis. Sampai tengok satay dalam tv pun dah tak lalu. Tsk.

Setiap kali raya, mesti ada perubahan kat rumah tok. Kali ni, halaman rumah tok dah disimen habis. Alasan dia, tak larat nak upah tukang mesin rumput. Yo lah. Sekali naik lalang tu, dah serupa sawah padi. Mana tak bankrupt tok nak upah orang potong rumput. Bagus juga dia simen, senang nak parking kereta. Halaman jadi besar.

Garaj ni dah lama ada. Last 2 years if tak silap

Buaian ni wujud since aku tak keluar lagi dari perut mama. Dah berapa kali berkarat pun aku tak tahu. Tapi, yang pasti, kali ni punya raya,tok kasi cat colour silver pula. Petang-petang lepak atas buaian ni best tau. Kena pula time angin duk sepoi-sepoi bahasa. Masyuk habis.

Sekian saja untuk kali ni. Next entry, aku tayang baju raya aku. Muahahaha.

5 comments:

mamma mia! said...

saya pun nk tayang baju raye saye!

kojah said...

aku pun runsing pasal asgmt...hihi tapiii sempt lagik nk ngadap blog kan?huhu

mierabun said...

selamat hari raya zack! :)

sI tEDI said...

selamat kembali berblog...

[z@ck] said...

mamma mia..
baju u glam noks..

si tedi..
thanks! =)

kojah..
blog medium terbaik untuk luah prasaan..hahaha

mierabun..
slamat hari raya too..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger