Online users

Follower

Friday, September 11, 2009

Hari ini hari Jumaat

Hallo. Hari ini hari Jumaat. Hari untuk bersuka ria. Dalam erti kata lain, keluar untuk me'reward' diri sendiri setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment. Pada awalnya, aku steady saja. Al-maklumlah, masih off dari berpuasa. Antara kami bertiga (Aku, Wan dan Kema), akulah paling ceria dan bertenaga. Sentiasa memaparkan senyuman menawan kepada sesiapa sahaja yang lalu dihadapan aku.Target keluar kali ni, hanya satu benda yang aku nak buat, nak perketat jeans yang a bit longgar. Mak dah kurus you.Hahaha.

Jam di tangan menunjukkan pukul 4.30petang. Awal lagi wooii..Kejadah nak buat pe kat CS tu. Dah tak tahu nak pusing mana dah. Maka, keputusan drastik diambil untuk melengah-lengahkan masa sebelum berbuka ==> Karok! Memang kami suka menyanyi. Tidak kira masa dan ketika. Kakak karaoke box pun dah boleh cam muka kami. Seperti biasa, jumlah lagu yang aku ambil hanyalah 3. Tak mampu untuk menyanyi lebih dari itu. Jika tidak, akan keluarlah suara tarzan dan beruk. Sanggup dengar?

Sudah habis menyanyi pun, masih awal untuk berbuka. Target aku lari. Terbeli brooch untuk diri sendiri dan tok tersayang. Oh ya. Kepada rakan blogger yang lain, aku beli brooch untuk tok. Tak mampu nak beli telekung yang kosnya terlalu mahal. Kain batik pula sudah terlalu common.Pasti tok suka. Broochnya selalu hilang kena cilok dengan Ika. Time raya saja dia akan pakai brooch segala, time lain dia hanya ikat tudung. Ala, orang tua. Faham-faham sajalah. Maka, brooch ku kali ni pasti menambat hatinya. Tak sabar nak tengok reaksi dia bila aku tadaaaaa brooch tu.

Sila jangan tertipu dengan gambar.Ini gambar yang tiada kena mengena dengan kejadian hari ini. Motif letak? Saja nak tunjuk muka Kema, Wan dan aku.

Cukup dengan kisah itu. Bila tiba waktu berbuka, orang berpusu-pusu menuju ke food court. Tak pernah aku tengok kedai makan atas CS tu penuh dengan manusia kelaparan. Jukebox pun jadi tak laku bulan puasa ni. Semua lebih suka dengar azan maghrib.

Di McD, kami berjumpa dengan tiga orang jejaka tampan yang makan berhampiran meja kami. Aku curi-curi pandang seorang antara mereka. Wow. Handsome.Berbulu mata lentik! Aku tak berani pandang lama-lama, gusar dia perasan.Malu la I.Hahaha. Kalaulah aku dapat boyfriend macam tu...haish..angau sekejap. Normal lah, menjadi seorang yang single, pasti akan terpandang lelaki handsome kan.

Kema mahu mencari baju raya di bazaar. Disini, kecergasan aku sudah makin menurun. Tiada lagi senyuman ikhlas di muka ku. Aku dah mula rasa letih, terasa seperti mahu tercabut kaki. Sungguh. Dah mula rasa menyesal pakai wedges meredah lecah-lecah air kat bazaar tu. Dengan bau ketiak segala jenis umat manusia dekat situ, campur dengan bau ketiak sendiri, aiyooohh..memang dugaan wa cakap lu ( sudah terikut style orang lidi la pulek). Bila masuk setiap kedai, cepat-cepat cari kipas yang ter hang dekat atas. Spread kan bau ketiak kepada semua. Nasib korang la sapa yang masuk kedai time tu. Kipas cikai pun dah sama standard dengan aircond pejabat.Misi berjaya bila Kema dah dapat baju raya impian dengan harga yang berpatutan.

Pulang dengan hati yang lega pada pukul 10.45 malam.

p/s: Gila panjang entry kali ni. Ha.Belasah la.

10 comments:

mamma mia! said...

sori la zack... sian kau.. anyway,, thanx ok =)

sbb tu aku tak sng hti nk biar korg ikut td. aku tau nnt korg pnt.. huhu

aty said...

"aku tak berani pandang lama-lama, gusar dia perasan.."
wahahaha..
gusar..lama xdengaq..
hehe.. =p

oranglidi said...

haaha.. jage2. kang boipren marah.

sI tEDI said...

oik!! Main2 mata bulan pose ek.. nasib baik ko x pose.. opsss!!

ekekekekek

mesti tok suka dapat broonch :)

ayinn said...

ekeke,..
zack,..
pass kt aku sorg yg ko nmpk tym mkn tuh,..
wakaka,..

ha'a kan,.. brooch pon ok gk,..,

Mr Daha said...

Ha3.. ayat "Normal lah, menjadi seorang yang single, pasti akan terpandang lelaki handsome kan" tu macam promote diri je.. :P

[z@ck] said...

mammamia..
its ok my dear..skali skala teman ang ap salahnya kan..hahaha

aty..
marilah memperkasakan bahasa melayu..

oranglidi..
boipren? adess..

[z@ck] said...

si tedi...
hahaha..sapa suh hensem sgt kn.kn da kena usha..hahaha

ayinn..
ak pn x dpt num mamat bulu lentik tu..ko plak nak yg len..mmg x dpt la kan..

Mr Daha..
macam2 tau je aku promote diri..kahkahkah..

sha89 said...

hahaha...aku phm...sbb slalu kna ikut akk aku shopping smpi x ingt dh bape batu aku brjln~

aku pun suke duk bwh kipas yg ter gantung cntik kat mane2 kedai hehe~

penat2~

[z@ck] said...

sha89..
hehehe..kita yg perempuan ni pn xlarat nak pusing satu bazaar tu..laki lagi la..hehehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger