Online users

Follower

Wednesday, September 9, 2009

Kubah terbang

Kubah yang sedang melayang

Aku jenis yang susah nak percaya benda-benda tahyul ni even aku tahu benda tu wujud. Sebab aku tak pernah jumpa depan mata aku sendiri. Aku bukanlah kuat semangat sangat pun.Tapi aku bersyukur sangat-sangat sampai sekarang, umur 20 tahun dah, aku tak pernah dikacau atau disihir mana-mana pihak.Orang cakap, selagi kita hidup di muka bumi ni, selalulah berbuat baik sesama manusia.Jangan ada perasaan hasad dengki dengan orang lain. Tak boleh tengok orang lain hebat sikit, kita pun nak jugak. Sanggup pergi jumpa bomoh untuk buat mandrem-mandrem ni. Insaflah wahai manusia sekalian.

Semalam aku sempat layan youtube sekejap.Connection tengah bagus, maka aku terbuka la satu video ni pasal seorang nenek tua yang dah pakai susuk sejak dia umur 16 tahun lagi. Patut la muka licin macam kulit tomato! Pakai susuk rupanya. Tapi, bila dah nazak, memang parah beb. Tak boleh nak lafaz satu pun ayat suci Al-Quran. Duk bunyi 'mam', 'mam' je. Mungkin dulu time nenek ni pakai, dia tak terfikir kot halal haram susuk ni. Ye la. Zaman dulu tak macam zaman sekarang. Agama Islam pun dah makin meluas sekarang. Kalau still duk cucuk susuk juga, memang tak reti bahasa la namanya.Cari padah!

Dah terbuka pasal susuk ni, tiba-tiba Kema cakap dia ada tengok satu video pasal kubah terbang.Mula-mula aku macam tak percaya.Mustahil kubah boleh terbang sendiri.Maybe ada kabel yang di attach kat kubah tu ke pe kan. Bila aku tengok sendiri benda tu, masya-Allah. Betapa besarnya kuasa Tuhan. Tuhan Maha Besar dan Maha Hebat. Kubah yang beribu-ribu kilo beratnya melayang macam kapas di atas langit dengan hanya bacaan zikir secara beramai-ramai. Terdengar juga suara orang histeria. Mana taknya, kalau aku dekat situ pun, konfirm jadi tak tentu arah.Untuk gambaran yang lebih jelas, klik kat link ni. Benda ni terjadi kat Indon beberapa tahun yang lepas. Dengar kata,para ulama kat situ mengalami masalah nak pindahkan kubah tu dari satu masjid lama yang terletak di satu kepulauan di Ambon, yang jaraknya 25 km ke satu masjid baru di desa Kailolo Maluku Tengah. Bayangkan lah. 25km bukan dekat.Berapa lama kubah tu terbang pun, wallahualam.

Didalam bulatan adalah kubah yang sedang bergerak ke arah tiang masjid yang kalau korang tengok belum ada kubah lagi kan.

Aku nak komen lebih-lebih tak berani. Sebab aku pun bukanlah pandai sangat bab-bab agama ni.Cuma lepas aku tengok video ni, satu je aku terfikir. Nak cepat-cepat boleh sembahyang. Sekarang tengah off lagi. Huhuhu. Aku masih lagi terpukau dengan video tu. Amatlah menakjubkan. Sama ada korang nak percaya atau tidak, terpulang.

Kuasa Tuhan tiada tandingan.Kalau dia nak bagi bala, anytime pun boleh. Kita sebagai umat-NYA haruslah perbanyakkan ibadah selagi kita mampu. Jangan sesekali mencabar kekuasaan-NYA, kelak kita yang merana. Mana yang rasa ada banyak buat dosa, cepat-cepatlah memohon keampunan dari-NYA.Kadang-kadang kita lalai dalam mengejar duniawi sampai lupa yang ukhrawi. Wallahualam.

Cepatlah boleh sembahyang.Huhuhu.

16 comments:

~ceRRy beRRy~ said...

aah zack..
kdng2 klu de kejadian yg pelik2..
mst ALLAH nk btau sesuatu kat kita..
baru akn timbul rasa insaf dlm diri..
manusia ni kan mudah leka & lupa..

jom solat~! :)

[z@ck] said...

cerry berry...
kena sntiasa beringat bahawa kiamat makin dekat..x ley solat lagi..huhuhu

mamma mia! said...

ni saje2 pki tlkung nk amik gmbr ke ape? ade wyr kt tgh2 hg... haha kntoiii...

subhanallah.. dlm quran pun sebut kun faya kun...

maka jika Allah berkat JADILAH! maka terjadilah ia...

xde ape yg mustahil dkt dunia ni

izzahfarhana said...

aiyak bru off.lps ni ang lak 'fly' =)

Ilham Liyana said...

subhanallah...
huhhuhuhu...

oranglidi said...

kalu lu tgk betul2, ade tali kat situ. wa penah tgk video ni dulu..

DoDu@HaHA said...

ade tali?? btol ke?

iza iziana hasan said...

fakta @ auta ???
mushkil :)

SasHa Lee said...

sedang akuh dok khusyuk baca entry kamu..akhir sekali aku terlihat picto ciptaan tuhan yang santek sekali.. nampk tenang jer tgk picto kamu dengan telekung..hehehe..;)

QisTina said...

tina dah tgk dah video tue.
subhanallah.
allah maha besar..
tina tgk video tue malam2 buta.
sampai bulu roma ternaik..
tina pun nak cepat2 semayang gak..
huhu..
10 mlm terakhir..malam penuh dgn keberkatan..

Redbloodsnow said...

Subhannallah!!! Zie ade tgk video neh kat youtube taun lepas. besar kan kekuasaan ALLAH SWT

suezensuzanna said...

wah...nk smayang pun sempat ko amik gambar tuh....hehhe..subhanallah...Allah maha mengetahui

DeVoTeD LiLy said...

pirah ta pose..hahaha..
ntah la weyh..
kang klu caya kang.. kurafat lak..
klu ta caye kang.. kate tatao nk hayati kebesaran Allah..
apepon jdkan sebagai iktibar..

mizz saifa said...

betul ke ada tali?? xperasan pun..musykil..:)

Softtouch [Hanim] said...

akak dah tgk dah tahun lepas..tp ade org pertikaikan ia tipu..entahlah...

Mr Daha said...

Dengan ini maka satu dunia taw hang tgh "off".. hahahahaha.. :D

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger