Online users

Follower

Tuesday, September 8, 2009

Lidah lembu bakar?

Dalam sedap menikmati juadah berbuka puasa, kami terbuka cerita pasal kepelbagaian dalam makanan. Apa tu? Ha..

Kema : Family aku semua benda makan. Mak aku train dari kecik tak memilih dalam bab-bab makan ni.

Aku : Haih. Ang tak makan semua benda. Ang tak makan hati, pedal semua tu . Kira mak ang tak train ang makan semua benda la.

Kema : (terus buat muka) Aku tak boleh p organ-organ dalaman ni. Rasa macam makan organ manusia ja.

Aku : Huih. Sedap woo.

Korang pernah makan lidah lembu bakar? Jangan buat muka geli. Benda tu boleh dimakan ok.Aku pernah makan, itu pun secara tak sengaja. Aku sangkakan benda tu daging lembu. Sebabnya rupa dia lepas dibakar sebijik sejebon macam daging bakar selepas dipotong-potong halus. Dicicah pula dengan air asam..meleleh weyh..

Imej yang sempat dicari di google.

Aku dibesarkan dalam komuniti kampung dimana semua benda yang pelik-pelik orang tak pernah makan, aku makan. Lidah ni dah imun dengan segala macam organ dalaman ayam mahupun lembu. Cuba cakap benda apa yang aku tak pernah makan. Rasanya semuanya aku dah rasa. Paling best sekali is usus lembu yang dililit di celah-celah bilah nyior dan dibakar garing-garing.Seperti biasa akan dicicah dengan air asam. Konfirm nak lagi. Hahaha.

Mungkin segelintir berpendapat tak elok makan organ-organ dalaman ni. Tak elok untuk kepala otak. Boleh jadi lembap kalau makan kepala ikan. Aku peduli apa. Dah sedap, aku bantai makan juga. Alhamdulillah, sampai sekarang otak still berada dalam keadaan ok. Masih berfikiran waras dan tidak lampi.

Cuma satu benda je yang aku tak berani makan sampai sekarang. Testikel kambing. Ini benda betul dan bukan rekaan. Sedara mara aku sedap je menjamah benda alah tu sewaktu kami buat kambing BBQ tahun lepas. Tak cukup dengan itu, dicicah dengan sos cili untuk menaikkan lagi selera. Aku masih perlukan kekuatan untuk menelan dan mengunyah benda tu. Mungkin fikiranku terganggu sebab terbayang benda lain kot. Huhuhu. Someday, i'll try it. Bila aku tanya dorang apa rasanya, mudah saja jawapan depa..

" Rasa macam makan daging kambing la.Cuma liat sikit.Kan benda tu sebahagian daripada otot juga."

Aku terkedu.

21 comments:

angahpikah said...

hehehe. Abah aku pernah bw blk lidah lembu ms raya korban. Pastu wat bakar. aku mkn serpihan kecil je. Takut. Tapi mmg ble tahan rasanye. Tak la geli mana pn.

Ak pun suka mkn part dalam. Nyum2. Usus lembu mmg sedap.Aku stuju. Tapi org tahfiz mmg xble mkn bnda2 ni. Ust.Ramli yg ckp..

Aku mmg igt g. Ang la pggemar kepala ikan DS. Suma ang bantai sampai tak nampak bntuk kpala ikan da. Hahaha. Smpai jugak kt NZ kn.

aty said...

testikal kambing?
lidah lembu?
suma xpenah mkn..
nk mkn itik n arnab pon xtemasuk mulut lg..huhu..
=)

sha sha =) said...

waaaaaaaaaaaaaaa~ aku siyes ta mkn..
hehehe
chayok.. testikel!!

Monkey D Luffy said...

errr... aku pun x pernah cuba lagi terutamanya testikel kambing tu

mbekkkkkkk

DoDu@HaHA said...

peeehhh.. bia btol testikel...

lidah tu bley gak ar.. aku pown makan..

tapi testikell..... xsanggup aku!!

EIPUL said...

lidah lembu ok lagi.

torpedo dia? kawan aku ada cerita benda tu buat sup ke apa. Bapak dia ah! Seram doe.

mizz saifa said...

Testikel kambing??? err. boleh mkn rupanya.. eiiii..tak teringin la saifa nak makan..

Att Ashburn said...

att prnh mkn lidah lembu..tp sbb igt benda tu daging kijang..pastu terus dah x mau mkn huhu...
mcm kema la, x bape layan organ dalaman binatang hehe

Softtouch [Hanim] said...

akak xpernah makan lidah lembu..tp kalu makan hati,pedal n perut tu akak makanlah...

BISKUTMARIE(",) said...

pergh bia betik...??
:D

iza iziana hasan said...

pelikkk.... ::P

suezensuzanna said...

aku pernh dengar gak pasal lidah lembu nih...tp aku x mkn organ2 dalaman...erm..lidah dalaman x??:D

ekyndelisya said...

aku taw ko makan kepala ikan je kat DS dulu.

tataw lak ko makan macam2.

boleh masuk fear factor kau ni pirah

kih3

oranglidi said...

wah! wa penah makan! sodap

atty's said...

tak penah makan lagi lidah lembu ..huhuuhuh

Redbloodsnow said...

a'ah lidah lemu mmg dmakan. tp Zie lom pnah lg makan bende alah tuh. org ckp sodap...tol ker..hehe

kojah said...

penah tryyyy...ms g umah makcik kt pahang...sedapppp weh...tak terasa pun...alih2 org ckp lidah lombu...huhu btw, fb sy kojah naar...my email: zif_1006@yahoo.com

azuan said...

usus lembu tue dipangggil perut dekat tganu...sedap woo cecah air asam..ho3

sha89 said...

aku pun same cm ko zack...x berani nk mkn organ2 dalaman ni...

tp bab testikel tu aku mmg xleh blah la...mmg xkn mkn kot~ hehe~

adawiah.zaini said...

aku mkn organ dalaman gk especially hati ayam. nyum3. lidah lembu mgkin akan dimakan if xtau tu benda pa.

QisTina said...

tina penah x sengaja termakan lidah lembu.
tau pe reaksi tina.

AKU TERKEDU!!

hehe..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger