Online users

Follower

Thursday, September 3, 2009

Perang blog


Aku buat blog bukan untuk mencari publisiti. Bukan juga nak jaja cerita aku satu malaysia. Cuma, aku rasa puas dapat cerita apa yang jadi pada aku or pendapat aku pasal kehidupan. Aku menulis hanya untuk suka-suka. Tak pernah terlintas di fikiran nak buat untung guna blog ni. Ada juga orang tanya aku kenapa tak buat income through blog? Buat bisnes ke, iklan ke. Jawapan aku, no. Aku malas nak godek lama-lama blog aku ni. Malas nak set up or update tiap-tiap masa. Sebab aku menulis ikut mood. Kalau tak ada mood tu, maka berkurun la blog ni bersawang. Pasang nuffnang ni pun sebab terikut member-member.

Pemikiran aku mula berubah bila aku sering berblog walking. Aku menjadi sedikit matang dalam penulisan aku walaupun kadang-kadang ada masanya aku akan mengarut juga dalam blog. Ikut mood. Aku jumpa macam-macam jenis blog. Ada yang cerita pasal love story, politik, artis dan ada juga yang tulis nonsense. Aku pun tak tahu apa yang cuba disampaikan. Perang blog adalah salah satu benda yang bagi aku unik dan menarik untuk dibaca. Walaupun tak elok sebenarnya membaca cerita yang berunsur fitnah ni, tapi bagi aku, aku suka. Aku tak masuk campur, hanya buka blog dia dan baca. Itu saja. Aku tak akan komen dan hanya jadi penonton setia terhadap drama panas yang diciptakan oleh mereka-mereka ini. Kadang-kadang rasa macam kelakar campur sedikit kebangangan apabila ada yang perang blog sebab seorang lelaki. Dalam erti kata lain, berebut jantan. Oh man. Ridiculous gila. Bahasa yang digunakan sudah semestinya foul words. Tiada langsung unsur budi bahasa dan hilang terus sifat kewanitaan. Ades.

Kenapa harus perang blog? Si polan A serang si polan B. Cemarkan blog B dengan kata-kata kesat. It's ok kalau hanya satu pihak saja yang bertindak balas. Kalau dua-dua naik angin macam mana? Parah tu.Ini semua sebab sifat jealous yang tak dapat dibendung. Selalunya perang blog berlaku antara orang yang mereka kenali juga. Jarang aku jumpa yang bergaduh dalam blog tapi tak pernah kenal pun in reality. Maybe ada certain-certain case. Tapi, tak banyak.

Ada pula tanpa segan silu bercerita tentang social life yang terlampau hebat la konon. Baru form 3 dah kenal botol arak, smoking tak payah cakap la kan. Bangga bercerita dalam blog. Kenapa aku cakap dia nak expose cerita pasal blog dia? Sebab dia tanpa segan silunya meminta orang ramai untuk follow blog dia. Dah jelas menunjukkan dia nak orang baca blog dia kan. Oh crap.Ini lagi satu benda yang buat aku annoyed gila. Tak payah la paksa aku follow blog kau. Even aku ni jenis senang nak follow blog orang, tapi kalau kau memaksa aku, memang sampai ke sudah aku tak kan follow. Macam bagus sangat blog kau. Setakat cerita pasal social life kau yang konon up habis tu, tak ada maknanya.

Setengah orang jadi lalai dalam berblog ni. Sekali sekala kena juga muhasabah diri ye. Jangan sampai semua benda terkutuk kau buat kau nak canang kat blog. Kau tu kecil lagi dik. Masih ada masa lagi nak bertaubat. PMR pun dah dekat ni .Pergi baca buku lagi bagus.

p/s : Satu lagi tabiat buruk aku, suka upload gambar suka hati walaupun tak ada kaitan.

22 comments:

The lady said...

hehe.. it such a good entry..
keep it up.. tulis bende mengarut ngarut nie memang besh.. =)

Qistina Fahimi said...

erkk..
blog sape yg social life up abis tue??
bagi url kat tina,
nak comment suruh insaf,
hehe..

DoDu@HaHA said...

astaghfirullah!!!!! apa nak jadi budak2 sekarang ni???

cikgu, tolong bertindak yeee... nnti mak bapak salahkan cikgu jugak..

huhuhuu..

anyway, sangat bagos yee karya yang ni... macam buat reflection.. huhu..

Si Sejuk said...

besa la budak2 la ni.. blog mmg hak psendirian. Tapi bila entry mcm bangang, org cerca mula nak naik angin salahkan org len..

sapa suh wat blog kalo xsuka org bebas mmberi pndgn..

ini q i L L said...

ssh lak kalo dunie dah maju sgt kn. hmm

Fatin Aliyya said...

haha.betul k firah.i like your point.esp yg the last word.* hupload gmbr sesua ati yg x der kaitan*.

fatin pn slh sorg yg tebiat cenggitu gak.^_^

joegrimjow said...

foolow me back
ahaksss

nyampah den

ihsan incalescence said...

ea kasi url blog diowg..
nk join jgk jd pmbace yayay..
kasi senyap2 tau nnti diowg tau.. =P

suezen said...

serang menyerang..x elok di amalkan

angah iza said...

cerita yg menarik...saya pon kena serang gak...cuma wat bodoh....
kalo layan,makin menjadi le :)

Anonymous said...

biarkan la dia awak..actualy dia bukan buat pn benda2 tu agaknya, just another poser yang nak tunjuk hebat..

tapi kalau dia memang betul2 buat? persetankan mereka..what goes around..comes around~

=D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ahh~

tak kisah syg~

apa yg kita tulis, selagi tidak melanggar yg sepatutnya, buat apa kisah bukan?

teruskan menulis..dan kamu kelihatan comel!

[z@ck] said...

gewd gurl..
thanks.. kita senang ingt bnda ngarut dari yang elok kan..hahaha

qistina..
biarlah rahsia..biar dia sedar sndiri..malas nak cmpur tangan..itu urusan dia dgn tuhan..

dodu@haha..
agaknya terlalu byk sgt assignment kna bt smpi entry pun dah jadi cm journal kan..huhu

[z@ck] said...

angahpikah..
aku tak paham napa dia nak bangga sangat dgn benda yang tak elok..adeh..

ini qill..
dunia maju tak apa..tapi manusia kena pandai sesuaikan kemajuan dengan diri sendiri..jgn pakai ceduk semua..

fatin..
hahaha..senior junior sama je pe'el

[z@ck] said...

joegrimjow..
hohoho..tau x pa.. =$

criestz..
bukan sorg..tp banyak lagi blogger cm tu..xingt url dia..coz buka sekali then jadi meluat nak bc dah..huhuhu

suezensuzanna..
betul..tp klu serang hendap ley trima lg..

[z@ck] said...

iza iziana hassan..
bagus..api bila lawan dgn api akan jd lg truk..so better snyap je..

raptorarena..
bley jd gak tu..nak tunjuk dia hebat maybe..

ZARA..
OMG! jgn puji..nnt mkn kembang hidung..huhuh

ekyndelisya said...

AKU MACAM PAHAM JE BEB

LEMAUUU LA KAN CAMTU

haizzzzz


=.=

RoSe_violeTe said...

hehe...
1st tyme terlibat perang blog smalam...
*tpi ade sbb kot..*
haha~~tetibe bce entri kamoo~~


insaf2~~hehehe

twinklingYaya said...

babe, aku lagi paham.. haha.. bosan melayan!!

Luth Textile said...

adeh~ agak emo ayat kamu cik zafirah.

sokong semua itu!

p/s: bila nak buka puasa sekali ni

DilOt said...

budak2 zaman skang...dah lebih maju,,bukan setakat setapak je...

neesa_jun said...

perhatian adalah yang diperlukan oleh setiap insan... =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger