Online users

Follower

Saturday, January 30, 2010

Air mata aku murah. Segelen RM 5.

Aku tak boleh tengok orang menangis. Bagaikan ada satu tarikan magnet yang akan buat aku turut menangis. Memang air mata aku murah. Selalu tumpah. Kadang-kadang kalau tengok drama kat tv3 pun boleh meleleh. Feeling dahsyat sangat.

Kak Bah dah lama mengasuh aku since aku baby lagi. Dia tinggal sekali dengan kami. Lepas arwah mama meninggal, dia ambil keputusan untuk kahwin dan bina hidup sendiri. Sekarang dia dah ada dua orang anak dah. Cepat saja masa berlalu. Lepas dia kahwin, tok ambil alih jaga kami 4 beradik. Sejak daripada tu, kami dah jarang jumpa Kak Bah. Kak Bah di Jitra. Kami di Alor Setar. Kalau nak jumpa pun, time aku cuti saja. Merengke' la kami 4 beradik naik bas berhenti depan balai polis Jitra. Kami sanggup. Ye lah. Dia yang jaga kami, basuh berak kami. Takkan nak lupa macam tu ja kan. Sekali sekala kami jenguk juga Kak Bah di Jitra. Hidup dia susah. Lepas berhenti kerja mengasuh, dia dah tak buat apa dah.Jadi surirumah sepenuh masa. Dia just bergantung pada duit gaji suaminya yang bekerja sebagai ahli MDKP.

Kak Bah tidur sini semalam. Seronok aku dapat bermanja dengan dia. Aku senang bercerita hal-hal peribadi dengannya. Dengan tok aku tak biasa sangat. Bila tiba masa dia nak balik, berlakulah adegan menyayat hati. Menjadi kebiasaan bagi kaum wanita untuk berpelukan sambil melagakan pipi 3 kali sebelum mengakhiri sesuatu perjumpaan.Aku steady saja pada permulaannya. Bila Kak Bah cium pipiku, terasa panas. Air matanya tumpah. Aku cuba tahan tapi tak boleh. Tumpah jua air mataku. Bagaikan ada satu ikatan kimia antara kami. Meleleh bukan sikit tapi banyak macam air terjun. T_T Aku memang lemah part macam ni. Tak tahu nak control emosi macam mana, aku minta diri ke dapur. Segelas air oren tidak bertuan aku teguk. Masih tak cukup. Aku teguk lagi sampai kembung perutku. Fuh. Lega. Tiada lagi air mata yang meleleh. Aku iringi pemergian Kak Bah. Terima kasih Kak Bah atas pengorbananmu menjagaku selama ini.

18 comments:

zati tarhizi said...

hati tisu ni. hehe

kuokuoyon said...

br lpas bc novel on9.
pastu smbung sini pon dah jd cm novel plak dah ayat die.haha.

adawiah.zaini said...

:')

Miss Marquis said...

nangis untuk benda2 elok takpe! (':

Zuewairy said...

erm.. manusia.. emosi dan perasaan tu sebati dh zack..

erm.. br aku tau sbb ang duduk ngan tok ang.. b4 this tertanya2..

tp apa2 pun.. cayolah zack~

kak bah? kenapa bah kau berubah kenapa bah - stacy ;)

Melz said...

uish zack..tinggi² nie mmg hati tisu kan ? aku pun takleh tengok orang nangis. tapi aku tak nangis..hati aku yang nangis miahahaha

Neway ok la kan ? at least kita nie ada perasaan :) hik²

yus said...

kaum hawa memang suka menangis... (hati lembut)

Judiene said...

ko btol2 wat aku sebak jap
tp part air oren tu ko potong stim
adoyaii~~

oranglidi said...

wa pn x leh tgk org nangis. trutama pmpuan.

Ilham Liyana said...

aku pon xleh tgk org nangis gak!
keja nak terikut skali nangis...
huuuuu~

fathiahRAIHANA said...

hehee
ana pom slalu nanges gak
pdhal mnde simple jek
smpy adek ana kate ana nie adek dy :P

Nikel Khor said...

from Nikel Khor

Solehah said...

sedih..aku pun terasa sedih sama..

Ah Fatt said...

kasih sayang x mengenal darah daging
hehe

ini blog wirdah said...

kalau tgk cite sedih2,mesti akak lari dok blakang. bru takde org nmpak akak nangis.

tgk iklan susu(yg anak dia main piano lgu besday) kt tv pon leh kuar air mate.waa~~

HonEyBuNNy said...

zack..sayunya ila baca entry neh...sedih......tq kak bah kan....nti zack dh kerja bls pengrbanan dia pulak...;-)

AkU said...

aku xsuke nanges..but aku ckp cepat tersentuh..huhuhu..nengok mereka2 yg unfortunate pown dah nak emo..huhuhu..T_T

farha ni said...

Zack.

teringat darjah 5-6 dulu kami p bertenggek depan rumah hg tunggu hg siap nak p tusyen Cikgu Zenab.

Kak Bah pesan jangan bawak beskal laju-laju.

jgn penah lupa dia Zack.

:)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger