Online users

Follower

Monday, January 4, 2010

Bila nak kena sebat ni? -Kartika Sari Dewi-

Isu kes penangguhan sebatan ke atas Kartika Sari Dewi semakin hangat diperkatakan sekarang ni. Rasanya kes ini dah lama dibicarakan. Kononnya hukuman akan dijatuhkan selepas bulan Ramadhan bagi menghormati bulan mulia itu. Tapi sampai sekarang, masih tak ada tindakan yang diambil. Di mana salahnya?Sedangkan Kartika sendiri sanggup untuk disebat walaupun diberi peluang untuk merayu.

Ini antara jawapan yang aku sempat google dari website ini.

1. Kes Kartika adalah kes pertama melibatkan pesalah wanita yang perlu ditekankan oleh Jabatan Penjara Malaysia berkaitan dgn kaedah sebatan mengikut syariah.Katanya memang TIADA tukang sebat yang di latih untuk mengikut kaedah syarak ini di Malaysia. Jadi kes Kartika masih menunggu perlaksanaannya saja. Tambah lagi, kena cari pegawai wanita yang betul-betul ada ILMU dan perlu latihan dari negara yang melaksanakan hukum syarak dalam perundangan negara.

2. Ramai yang membantah pelaksanaan hukuman sebat ini. Hai. Tuan badan tak bising pun. Hihi.Ramai yang beranggapan hukuman sebat yang dijalankan di Malaysia tidak bertepatan dengan hukum syarak.Dengan sebab itu,apabila Kartika dijatuhi hukuman sebat,ramai pihak menganggap hukuman tersebut tidak bersesuaian dengan seorang wanita.Kebiasaannya pesalah yang disebat di Malaysia adalah yang membabitkan jenayah DADAH dan ROGOL.Jenayah SYARIAH adalah pertama kali dijatuhkan terhadap seorang perempuan.Menggunakan rotan tidak salah,namun rotan yang terlampau besar dan menyakitkan itu tidak sesuai digunakan.

Ini belum pelaksanaan hukum hudud lagi. Dunia oh dunia. Erm. Pelik. Macam mana boleh tak ada pula penyebat bertauliah untuk kes macam ini? Bukankah mahkamah patutnya lebih bersedia awal-awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku? Nak salahkan siapa ni? Jawab, jawab.

p/s : Tabik pada Kartika kerana berani mengaku salah dan tak malu nak berhadapan dengan public selepas apa yang dilaluinya. Bak kata tuan badan, MAKE ME AN EXAMPLE.

24 comments:

Orang Senyap said...

cerita kartika plak dah dia kupas..

hehe..

akhir tinta tue betul..!!

[z@ck] said...

Orang Senyap..
heh..da tak da modal nak bercerita.. =P

mUnie UncLe hUsin said...

tegar x tegar pompuan ni kn?
pompuan tu merujuk pd kartika ye.
jgn slh fhm pulak.. hehe..
ni mesti baru lps bace metro arini kn?
hee~

imHepPie said...

nama je negara islam

Mighty Jacksparrow said...

orang kita kalau menghujahkan salah orang lain, pastinya yang paling berdentang. chillax, tuhan punya rancangan mungkin lagi bagus. mungkin ada sebab kartika punya kes delay. mungkin tuhan sendiri mau ia delay. tak ramai yang nampak perkara itu.

orang dalam surat khabar kita pungpang. anak dara sebelah rumah pakai seksi? "ahh mak bapak dia ada."

puii.

p/s: ini bukan untuk kamu zafirah. ini bermaksud terbuka.

kawie2020 said...

memang sejak zaman rasullulah lagi tukang sebat adalah org yg bertauliah cuma x de sijil jer...

Lebih baik menunggu tukang sebat yg bertauliah utk sebat kartika.. kalau x apa2 yg terjadi pd kartika akan membusukkan nama agama islam.

Org lain boleh membantah hukuman kartika tetapi mahkamah dah jatuhkan hukuman. dan ia tetap hukuman yg akan dilaksanakan.. inilah yg dikatakan keluhuran perlembagaan...

zaza said...

ntah la kan kdg2 tu melampau2 hukumannye, kdg2 tu xmasuk akal...

cth mcm hukum sebat utk perogol...sah2 tahu rotan yg diorg gune tu tebalnyer mcm mane, sekali kena pun dh melecur...cara pukul pun xbetul, spatutnya xbleh buka ketiak...

ini tidak, sekali angkt tngan dh smpai atas kepala...10 kali sebat hancur daging...

nauzubillah lah kalo hukum islam dipermain2kan...org yg laksanakan lah kena btanggungjwb...
aseiihh...ape aku merepek nieh,.

kawie2020 said...

mengapa perlu kita menuding jari bagi mencari kesalahan. Bukankah lebih baik kita mencadangkan penyelesaian bg kelemahan yg ada dari asyik tuduh ko salah, aku salah, korang salah, semua org salah....

:)

Judiene said...

yup
aku rse lg lama ditunda lg seksa sari dewi ni kot
aku sokong ko on what you said
btol3!

dila said...

semua senyap membisu..dulu bukan main pung pang pung pang.

hot2 chicken shit betul..

sI tEDI said...

dugaan demi dugaan dia hadapi..

sekarang kes cerai lak!

angah iza said...

skg timbul kes cerai lak...
hehehhehe :P
mcm2 hal

Solehah said...

hmm...tunggu jugak perlaksanaan hukuman ni..

Ida Athanazir said...

wonder what is gonna happen next.. Sebatan? Rayuan? lama lama jadi selebriti dia nih :))

Bungakopi said...

kartika kartika..
camni pon leh jadi artis. xpe, go ahead kartika. masalahnya bukan kartika, tp masalah perundangan yg cacat serba serbi. kasihan kita.

att said...

org salah sangka, diorg igt sebat ni yg cm jual dadah sume tu.. sbnrnye klo sebat ikut cara islam, x sakit pun..hari tu att de terbaca artikel mengenai hukuman sebat ni..die mmg totally different that yg biase nyer

SuRayA^i. said...

bese la, kdg2 org nh buat bnde x pikir.
(merujuk kpd mhkamah syariah yg trus jtuh hukum tnpa berfikir bhw dorg xde pensebat wanita)

~ceRRy beRRy~ said...

naseb baik dia berani buat & berani tanggung :)

PinQib said...

aiish,,berani betul minah ni.. ;(

miss lolly a.k.a luvfareda said...

respek pun ada jugak kat kartika ni :D

Redbloodsnow said...

bg zie la kan, perempuan ke x perempuan ke,hukum tetap hukum. klo di mata ALLAH, xde kira perempuan ke lelaki ke, tua ke muda ke....hukuman ttp dijalankan.


if hukum dunia terlepas, adakah hukum di akhirat kelak akan terlepas???..

meo tinggi said...

model ke nie?

tak cantik pun...

zack 10 kali ganda lagi cantik dan comel cute serta putih gebu

[s][u][e][h][a][n][n] said...

ye r..hampir2 lupa plak psal hukuman si kartika ni..

Eyriqazz said...

ala,knapa dia sorang je yg kena?ramai je yg lain2 minum tapi terlepas begitu sahaja.

Great Teacher Onizuka

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger