Online users

Follower

Monday, January 11, 2010

Corat Coret Malam AJL ke-24

Corat-coret Malam AJL ke-24 .

Persembahan pertama oleh Estranged menerusi lagu Aurora. Persembahan yang so so je bagi aku. Walaubagaimanapun, aku suka tengok drummer dia. Tetap macho sepanjang abad.Camera zoom Rich dekat betul sampai menampakkan barisan gigi Rich yang tak cukup satu. Tehee.

Aku sedikit terganggu dengan dress Misha Omar yang terlalu sarat sangat sampai nak bergerak pun macam susah benau.Vokal dia tetap mantap walaupun pakai gigi besi. Sayangnya dia tak menang satu anugerah pun.

Hafiz pula tampil dengan imej yang sederhana sahaja dengan persembahan dikelilingi lampu bunga tulip. Rambut tetap kembang malahan semakin serabut aku tengok.

Persembahan Stacy pula tak sampai ke tahap yang aku expect. Rasanya vokal dia agak tenggelam sikit. Maybe sebab menyanyi sambil menari or maybe salahkan mic. Patutnya bagi mic yang sangkut kat telinga tu. Baru dia boleh menyanyi dengan yakin. Cewah. But still, tarian yang kebaboom!

Akim pula tampil dengan imej ala-ala gothic. Kena sangatlah dengan lagu Bengang yang dia bawa semalam.Bengang sangat sampai menyanyi pun nampak garang gila. Apa-apapun, I love you la Akim. Suara serak basah you bikin I tidur tak lena semalam. Heh.

Aku tak boleh blah tengok muka San Bunkface waktu dia menyanyi. Siapa-siapa yang tengok live mungkin sama pendapat dengan aku. Betul tak? Tapi dorang bikin gempak bila tiba-tiba muncul dua Idola Kecil, Airil dan Nurul yang turut menyanyi bersama Sam. Lebih havoc lagi bila stage dipenuhi dengan golongan belia terkinja-kinja menari menghangatkan lagi lagu Situasi. Memang situasi betul.

Tak kurang hebat juga persembahan dari Hujan. Aku tak tahulah dorang plan ke tak untuk benda ini bila sekumpulan muda mudi buat flash mob yang tak berapa nak jadi kat bawah stage. Sebab muka Noh Hujan macam agak terkejut bila ada orang terkinja-kinja menari bawah stage then makin ramai yang masuk. Tambah pula after performance Faizal Ismail ada mention pasal security. Tak tahulah dorang main-main ke serius. Apa-apapun, memang terbaik.

Selendang Yuna sangat cantik oh semalam. Respect la dengan dia. Nyanyi buka mulut sikit saja tapi suara, pergh. Tak sia-sia dia ulang Oh Bulan banyak kali. Nombor dua beb. Tahniah!

Persembahan Alyah boleh tahan. Nampak dia agak berhati-hati dengan persembahan vokal. Maybe nervous kot first time join AJL. By the way, dress you cantik. Redmummy pun kalah. Hihihi.

Aizat pula sangat cool bila menyanyikan lagu Kau Pergi. Intro yang sangat unik bila menampilkan 'side-kick' Indian lady yang meng hummingkan lagu itu dengan sungguh merdu.Tahniah kerana berjaya merangkul Juara Lagu kali ini. Tak cukup dengan itu, persembahan kedua menerusi lagu Kau dan Aku cukup meriah bila turut dijayakan oleh sekumpulan pelajar sekolah. Step dance yang sangat cheeky dan mudah untuk dituruti. Sampai sekarang aku still terbayang-bayang step dance itu. Rasa ingin turut menari. Comellah budak kecik yang jadi Aizat tu. Lucu.

Terkejut juga bila Black dapat anugerah Vokal Terbaik. Tapi, bila difikirkan balik, ada logiknya juga sebab lagu yang dibawa tu memang high pitch betul. Bukan calang-calang orang boleh menyanyi lagu tu. Tapi aku kurang senang tengok adegan laga pipi Black dengan Mas Idayu. Hoh. Jadah apa nak laga pipi? Even kalau kau anggap dia anak kau sekalipun, itu satu benda yang agak kureng sedap mata memandang.

Superman Malaysia tetap memberikan persembahan terbaik even terpaksa bertongkat sewakut perform. Sekali tengok macam Michael Jackson.Dua kali tengok baru cam itu Faizal Tahir. Kagum dengan sifat kental dirinya melawan penyakit kronik yang dihidapi. Kalau ikutkan, dia akan berkerusi roda semalam tetapi atas semangat yang kuat, dia cuba untuk berdiri dengan bantuan tongkat. Alaa..3 minit lebih saja katanya. Syabas Faizal!

Juara lagu : Aizat- Kau Pergi
Naib Juara : Yuna- Dan Sebenarnya
Ketiga : Faizal Tahir- Bencinta

Vokal Terbaik : Black- Aku Sayang Aku Rindu
Persembahan Terbaik : Aizat- Kau dan Aku

Ok. Dah boleh jadi wartawan Mangga kalau hari-hari buat review artis. Hehe. Itu saja untuk kali ini. Kalau rasa nak tambah, sila comment.

34 comments:

I am a Dreamer. said...

gila ar zack,
dah mcm wartawan dah.
mmg besh ar ulasan ko.
AIZAT rawk!! i like..
huhu..
sedih bunkface x mng ape2.

nina asri said...

alah.
ruginye tak tengok tadi.
:(

Zuwairi said...

malam ni sungguh sempoi AJL.. dr thn2 lepas..

mcm memberi 'kebebasan' kepada penyanyi;)

apa2 pun.. aizat menang..yes!

Redz da Tsar said...

Apa-apa pun, aku tetap rasa ada lagu lain yang lagi bagus dari lagu Aizat tue...

bunkface pulak tak seperti yang aku expect... hurm,..

konklusi aku: AJL 23 lagi terbaik~

Qarl said...

setuju plak dgn encik diatas ni : redz da Tsar

ada lagu yg lebih baik lagi dr PERGI

persembahan aizat mcm kuat politik pengisiannya

well, x expect pun lagu ni layak ke FINAL.

rezeki die lantakla kot ha ha ha

widda_me said...

aku ngan rumet aku tak tahu pun malam ni ajl...

gila tak???

bila org tanya np aku tak tahu mlm ni ajl aku jawab
"laqo"

(padahal tak amik tahu hal dunia)

ddaooze said...

mmg ketara kot aizat akan menang..ktorg satu family siap bet lg kalau aizat x mng xtau r..sbb performance dia yg lagu pergi tu memang super duper..sape yg feel memng bole nangis beb!cume dia x lyk mng persembhn terbaek..lg satu..MC dia terbaek..lg2 ally..klaka sokmo

NeenaAnuar said...

secara keseluruhan.. akak memang sgt2 berpuas hati ngan AJL24.. since AJL in 90's... I think this is the best ever AJL I've ever seen!! Baik dari segi lagu yg bertanding... Stage presentation... & jugak 3 org pengacara yg sgt2 sempoii!! Congrats to the whole team of AJL...

Redbloodsnow said...

Tahniah wat Aizat. dua² lagu yg dipertandingkan menang kan. Lagu pergi gak yg mmbawa beliau jd juara..hehe

taniah. mmg suke dgn suara aizat..:)

warna warni kehidupan said...

muka San Bunkface time 2 x bleh bla..ahahaha
dgn memek muka dia,,=)
hihih

semuanya tebaikk=)

Sharinginfoz said...

tengok last2 pulak.. aizat memang ok le...

Jom Main Catur

Jom Terminate Kad Kredit

Azuan said...

aizat mantap tue huhu

Miss Hirose said...

btul la mimik muke sam bunkface tu
mmg dasyat tuh..
tp nape die xmenang..huhu

oranglidi said...

peh.. best ulasan lu,

black tu laga pipi je kot.. hahahah.. yeke?

saiful mohamed said...

opening yg paling best.terbaik..

kojah said...

eh, bg address ko...ke kita ada harapan mau berjumpa?huhu

Softtouch [Hanim] said...

amboi siap buat review lagi...akak tetap suka FT....
takut plak tgk dia nyanyi smalam..takut dia pengsan ke...

Hami Asraff said...

eh rasanya macam dah komen kat sini. owh bersetuju dengan widda_me. *lagho* saya juga ada komen mengenai AJL di blog saya. harap beri sedikit ulasan ya. orang laen pun boleh menerjah blogku sekiranya mahu. tQ!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

wah...ade bakat jadi wartawan...neh x leh cari makan wartawan hiburan ni..hihihih

lilylala said...

sian abg pejal tahir smalam kan
tkt jgak dye tersemput...
anywat kali ni mmg best =)

ekyndelisya said...

pe kes doe ko pirah sapot aizat.
putus kawan ah camni!

haha!

apan lee said...

ajl lagi??adehh. T_T

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

em baju misha kiok la..huhu..alyah not bad..but yesterday was lelaki day..haha

farenova said...

akak komen benda lain leh tak?..akak suke search nyer persembahan semalam ngan lan n tok ti.. bestnyerrrr..

nway ulasan yg best... tang gigi takde tu akak pun perasan gak.. sangat fokus kameraman nih..

RoSe_violeTe said...

haaa...
sokong u lah zack!
sgt suke bila Aizat dpt persembahan terbaik...
lagu tu bnyak meaningnye..huhu

mYpRecious said...

mike sam bunkface tu bile difokus dekat2 cenggitu baru leaku perasan ade iras bos aku rupenye.. ehek..

Wah, terbaek la zack punye ulasan..
AJL mlm tadi mmg best.. pengacara sempoi persembhan pon seme best2.. dn pemenang2 nye mmg deserve utk menang .. =))

[z@ck] said...

Jane Doe..
aku pun sedih Bunkface tak menang.penat oh aku headbanging waktu dorang perform.ahahaha

nyna..
youtube ada.. =)

Zuewairy..
yup.rasa lebih gempak sebab lagu yang msuk semuanya mmg layak. kalau buat kategori, konfirm x byk lagu dpt lpas

[z@ck] said...

Redz da Tsar..
mata kita tengok lain.mata judge lain.maybe dorg ada benchmark dorang sndiri dalam menentukan juara.pasrah. T_T

Qarl..
jadi macam kes lagu Jac few years back. Lagu tema Bersamamu tu. Kalau ikut, tak layak pn masuk. tapi tu lah..mata judge nampak lain.

widda_me..
eleh..kalau Adam masuk, konfirm ang tercangak depan tv pukui 6 kan? hehehe

[z@ck] said...

fizranier..
betul. MC sangat terbaik. ada 'kimia'.hehehe. Gila la ko. Satu family semua tengok eyh. Tok aku tak minat. Hahaha.

NeenaAnuar..
yup.hope dorang boleh kekalkan format pertandingan ini nest year. =)

Redbloodsnow..
silap tak say yes bila dia propose I last year.kalau tak konfirm tiap2 malam before tidur ada org dodoi.hahaha.perasan.

bolatslumber..
nasib baik ko pn prasan.heh

Sharinginfoz..
yup.berbaloi2.. =)

[z@ck] said...

AzuanBudakMemandai..
boyfriend aku tuh.hahaha

MissHirose..
persaingan sengit. tapi Bunkface tetap rawk.

oranglidi..
ha'ah...thanks for correcting me.silap guna verb.hahaha

saypOOL rafthello..
yup. CT memang rawk habis la semalam.hihi.

kojah..
ko nak add umah aku ke pe?

[z@ck] said...

Softtouch [Hanim]..
agak la.takut tumbang.huhuhu.

hami asraff..
will do. =)

[s][u][e][h][a][n][n]..
hohoh..memang dulu ada cita-cita nak jadi wartawan. heh.

lilylala..
he's giving his best and i loike! =)

ekyndelisya..
pe barang tak suka aizat pula ang ni.mentang-mentang la dia pandai main gitar, ang tak pandai.hahaha

arque..
ko muak ek.hahaha.cepat g muntah

[z@ck] said...

syafawani..
nasib baik ada Yuna. Hehehe

farenova..
rambut Amy Search sangatlah sempoi.hahaha

Rose_violete..
memang sesuai sgt untuk tuju kepada orang yang dah pergi.uhuhuhu

mYprecious..
entah-entah boss u pe? hehehe

Qib said...

huhu,.
ko mint azwin andy tu ko??

eh apa kena ngn muka sam??

IamYonna said...

dress Misha serabut gila dekat kain kot. tp suara maintain best.

agree with u. stamina stacy tak mcm last year punya AJL :D

rasanya vokal tu, dapat kat Misha lagi patut kot.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger