Online users

Follower

Monday, January 25, 2010

Thanks Kojah!

Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Dalam dunia blog ini, tak sahihlah kalau kau tak buat contact langsung dengan blogger lain. Bila kau balas comment blogger lain, itu bermakna kau dah buat satu contact secara tak langsung walaupun secara realitinya korang tak pernah lagi berjumpa. Orang panggil kawan maya. Ada baik dan buruknya. Baiknya, kau meramaikan lagi koleksi kawan kau dari seluruh pelusuk Malaysia. Senang nanti bila kau pergi melancong mana-mana, kau ada kawan nak contact untuk tanya itu ini. Buruknya, ada sesetengah kawan maya ni diragui identitinya. Ada yang menyamar guna gambar orang lain untuk tarik perhatian kita. Dalam blog, muka serupa Hanis Zalikha. Bila jumpa, hidung pun tarak rupa Hanis Zalikha. Parah.

Mukaddimah punya panjang. Sebenarnya aku nak cerita pasal pertemuan empat mata dengan Kojah. Dah lama peram dalam draft. Tak sangka dari blog kami boleh jadi kawan. Itu pun selepas aku kerap drop comment kat blog dia. Kadang-kadang comment tak ada kena mengena pun dengan isi entry. Tapi nak juga drop comment. Nak habaq kata aku ni selalu baca blog dia. Hahaha.Lagi satu sebab dia suka bercerita pasal percutian indah dia di dalam blog. Kaki berjalan sungguh minah ni. Kalau korang buka blog dia sekarang ni pun, post dia berkisar pasal last trip dia ke Sandakan. Jealous oh orang banyak duit ni. Boleh berjalan merata tempat.Mampuih kena katok dengan dia kalau dia terbaca statement ini. Hahaha.

Actually, perjumpaan ini langsung tak dirancang. Kebetulan aku di Putrajaya tengah 'khusyuk' mendengar briefing daripada KPM. Tiba-tiba message masuk dari nombor yang tak dikenali bertanyakan kedudukan aku di mana ketika itu.Di hujung message ada nama Kojah.Memang sangat kebetulan kedudukan dia juga sangat dekat dengan aku. Terus set time nak jumpa kejap. Woh! Dan dan tu juga menyirap darah aku. Nervous you all. Walaupun Kojah adalah seorang perempuan, tetap mak terasa berdebar nyah.

Kami jumpa tak lama. Dalam setengah jam saja sebab aku ada briefing lagi lepas lunch hour tu. Bersembang pun dalam kereta saja sampaikan pak guard pun tengok pelik kenapa kereta Kojah bagi signal kiri lama sangat. Haha. Dah pi parking kat tempat menunggu, memang cari nahas la kan. Mana boleh berhenti lama-lama. Seronok bersembang dengan Kojah sebab dia very down to earth person. Cuma aku rasa dia dekat luar lagi ayu dari dalam blog.Berbanding dengan aku, memang kasaq habis la time bercakap. Betoi tak Kojah?

Kojah kasi t-shirt Sabah

dan

Pangkor paper clip dan Sandakan keychain. Terima kasih Kojah!

Baruku sedar diriku lebih muda darinya. Sesedap rasa saja bantai guna 'aku ko'. Akak Kojah tak marah kan? Heh.

32 comments:

Muhamad Arif Bin Zaripin said...

jalan2 ke sabah ke???wahhh..bestnya..kawan biar miliion..hehehe...

Eyriqazz said...

cantiknya paper clip dan keychain itu..nak satu

[z@ck] said...

Muhammad Arif bin Zaripin..
betul..kawan biar bermillion2.. =)

Eyriqazz..
sila minta dekat Kojah..hahahaha

AkU said...

ERk~~
Zack..kawan kah kita??
sila kan jawab..@@

oranglidi said...

kojah memang nama dia?

Solehah said...

best2..hehe..

[z@ck] said...

AkU..
ye..kita berkawan.. =)

oranglidi..
nama betul dia bukan Kojah..aku tak ingat..hahaha

Solehah..
ho ho ho ho

deusXmachina® said...

panjang tul, jenuh nak membaca
erk888

AkU said...

o0o00..bgos2..erk~~
hehehhe^^

[z@ck] said...

deusXmachina..
hahaha..terlebey suda..

AkU..
friends are forever ya

fezaL Mohd said...

sbah bah , teringin g sana .
kata pantai cantek .

AkU said...

Insyaallah~~
AkU pown harap mcm tuh..

sI tEDI said...

hye kojah!

kawie2020 said...

wahhhhh... bestnyer dpt souveneir... hehehehhehehehe...

[z@ck] said...

fezal Mohd..
aku tak pergi..dapat shirt pn jadi la..huhu

AkU..
hohoho..bunyi macam pasrah ja weyh..

si tedi..
hehehe..

kawie2020..
sekali sekala..bukan selalu

Izz said...

waaa!!
best nyew akk dpt baju n keychain..

black_mel said...

ader extra x keychain tu?nak 1...hehe....itu la untungnya blog..

[z@ck] said...

Izz..
=)

black_mel..
erk..x da la..huhuhu..cuba ko tanya Kojah..tkut ada lebih..hehehe

Jijahh @ f.k said...

cute nye turtle tuu

JIVEBUMZ said...

hari tu akak pon jumpa kojah kat mid valley.. jumpa kejap ja tapi dah mesra.. lawa orangnya..

sonok kan dapat jumpa member2 blogger kat luar sana nun..hee

[z@ck] said...

Jijjah @f.k
tuan dia tak comey ka? hahaha

JIVEBUMZ..
ha'ah.. =) wah..Kojah hot skang ni..hehehe

kojah said...

wehhh, ko boikot aku kan...gambar aku yg xlawa ko g taruk...huhhhhh!wuaaaaa

haaa, banyak duwet apa ko nih...ari2 aku ikat perot tak makan...simpan nak wat g berjalan punya pasal...hahahahaha

alahhh, aku tak kisah pun wei...kenkadang aku rasa, aku ko tuh lagik rapat...lgpun ko dok gelak memanjang rasa macam kawan baik sendiri lak...hihihi

lastly, dok oversea jangan lupe kak akuuu...best of luck okeyyy ;)

saypOOL rafhtello said...

dah dekat dah jugak ngan aku.bangi...
klik flymas.mobi.. =)

oranglidi said...

ciss..

nama dia khatijah laa.

oranglidi said...

oh ya, nama dia aza laa..

farah haris said...

patotlaaa zack xmkn lagi time rehat tu..ahaha

eD's photography said...

macam adik beradik je ngan kojah..muka nak sama...hahaha..

best citer nie!!

Redbloodsnow said...

keychain tuh super lawa lah babe. geram lak zie tgk weh

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bestkan dapat mengerat dan menambah kenalan ..... yang penting hati kita ikhlas dalam sebuah persahabatan..insya-allah kekal la persahabatan kita tue...

[z@ck] said...

kojah..
sekarang ni blog aku ke ko? mesti la cari sisi yang cantik untuk aku..hahaha..ok...aku tak lupa ko aih..ingt selalu.. =)

saypOOL rafthello..
ya ka? awat baru nk habaq? huhuu

oranglidi..
haa..betul la 2..mana ang tau ni?

farah haris..
haiipp..nampak ek..hahaha

eD's photography..
ya ka? hahaha..org kata dlm dunia ada 7 org muka seiras..ni maybe on of 7 la kot..hahaha

Redbloodsnow..
hehehe..thanks =)

Purplelicious..
betul2.. =)

miss norafizan said...

btul 2..skarang mslh bhasa la..aku pun kdg2 pening... ;p **bkn kdg2..slalu..** hahaha

AkU said...

erk~~
pasrah ke??

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger