Online users

Follower

Saturday, February 27, 2010

Halalan toyyiba

Dekat Wellington ni, hanya ada satu halal butcher yang terletak di Riddiford Street. Memang jauh sangat dari rumah kami. Tapi, disebabkan dah kempunan sangat nak makan ayam dan daging, nak tak nak kenalah pergi sana. Susah nak cari yang halal dan fresh kalau bukan kat halal butcher.Lagi satu, kalau beli yang frozen punya, portion terlalu besar. Boleh potong half lagi. Dahlah isi dia susah nak masak. Ada kot setengah jam juga nak tunggu masak.

Harga barang-barang mentah dekat halal butcher ini tak adalah mahal sangat.Berpatutan. Kami ambil banyak benda juga tadi.Kes balas dendam la ni.Puas hati aku. Dari ayam, daging, nugget,sosej dan daging burger baru $47.70. Aku ingat nak ambil perut lembu. Tapi flatmates aku yang lain tak makan benda alah tu. Aku sorang ja yang pelik dari yang lain. Time nilah rindu masakan tok. Rindu nak cicah air asam.Rindu sambal belacan.Isk.

Malam ni ada latihan tarian untuk Malaysian Night. Gila lama tak menari. Badan dah keras-keras dah ni haa. Kelas pula dah nak start next week.Cuak cuak!

Oh. By the way, thanks for those yang bagi cadangan pasal contest yang bakal aku anjurkan tak lama lagi, insya-Allah. Masih lagi dalam proses perangkaan. Cewah. Macam nak buat rumah pulak siap ada rangka-rangka.Ada yang suka contest gambar, ada yang suka tulis-tulis. Aku berat ke contest gambar, tapi kesian pula bagi yang suka tulis-tulis. Tak pe lah. Nanti aku fikir macam mana nak settle pasal benda ni.

Sekarang dah pukul 4.07 petang. Aku mengantuk. Nak tidur kejap. Bubye semua.

13 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

masak apakah kamu?
hehehe~

rindu perut lembu juga~

avid gunner said...

try la daging burung kiwi cicah air asam pulak..keh2..

syafawani said...

masakan orang tua2 memg sesangat sedapp..kan...tambah kalu depa wat kuih..ehe

ijau said...

nak perut jugak..

zack pandai menari?
bestnya..

Fathi Adha said...

susahnya idup negara orang

hujan emas negeri orang
hujan batu negeri sendiri

tp ngeri sendiri jugak tetap di hati..

lalala~

Ah Fatt said...

hehe
tak sampai sebulan lg dah rindu masakan mak

yusrizal said...

nak gi oversea g leh... heheheh, ska baca entry awak

AkU said...

Zack oitt!!nanti aku post kan ko segala rencah2 ngan dedaging..tungguuuu!!

yusrizal said...

nak gi oversea g leh... heheheh, ska baca entry awak

zaizax said...

besnye stdy sane!!humm buatla contest for sape2 yg suke gmbr, then next time bt la plak for sape2 yg suke penulisan hee

aNoZ said...

hahaha.. lain kali, pergi sana beli stock utk sebulan. best aje cmtu. hehehe

PinQib said...

ALOLO.. KESIAN KO ZACK.. MENGIDAM
KALAU AKU HOUSEMATES KO, DALAMA DA KITE ANGKUT PERUT KE RUMAH., MASAK HEHE

Softtouch [Hanim] said...

akak makan perut tau..samalah kita..alahai ciannyer dah rindu ngan masakan tuk..xpelah zack nnti2 tuk courier ke sana yer...he he he...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger