Online users

Follower

Friday, February 19, 2010

Makanan di Welly

Orang baru sampai di negara orang memang macam ni. Semua kedai makanan halal nak dituju. So far, aku dah pergi ke 3 restoran halal. Saja nak mencuba makanan kat sini macam mana. Dekat sini banyak je Malaysian restaurant tapi tak semuanya halal. Ada sesetengah kedai satay tak halal. Jangan pula kau nampak perkataan satay kau terus serbu. Satay Kajang halal ye di sini.

So, here it goes. Restoran Cinta yang terletak di tengah-tengah town. Aku tak ingat kat street mana tapi senang cari la. Owner dia Cina tapi all food served is halal. Masuk-masuk kedai dia teruih cakap Melayu dengan kami. Woh. Terasa macam di Malaysia pula time tu. Sangat comfortable la dengan servis yang diberi. Harga makanan serendah $8. Ok la tu. Standard price. Aku try nasi goreng. Pergh. Memang terbaiklah.Cuma agak terkejut juga tengok kuantiti nasi yang di beri. Memang menimbun. Orang sini makan dalam kuantiti banyak kot. Kalau perut lelaki tu, memang no hal la. Tapi, kalau perut perempuan ni, senak jugalah nak perabis. Aku tak sedaq pun yang aku boleh perabis nasi tu. Maybe sebab cuaca yang sejuk mendorong untuk kami makan dalam kuantiti yang banyak.

Secondly, restoran Hell. Ergh. Dengar nama macam gerun oh nak masuk. Actually, kami dapat tahu pun dari member yang dah pergi makan. Katanya pizza sini sedap dan ada a few je yang halal. Senang cakap tengok mana yang serve vege tu konfirm halal.

Tengok tu. Sampai dua pan kami order. Kami makan sloth dan underworld pizza. Sedap oh. Cheese dia meleleh leleh. Roti dia pun tak tebal macam pizza hut. Memang terbaiklah. Minuman pula kami order air Lemon. Tengok botol macam arak kan? Jangan tertipu ye. Itu air lemon. For those yang craving for pizza, boleh cuba di Hell restaurant yang terletak di Cuba St. ye.

Lastly, aku cuba makan di Abrakebabra. Unik kan namanya. Macam magic spell gitu. Sini basically banyak serve makanan ala-ala kebab dan sewaktu dengannya. Deco dalam kedai pun memang truly Arabian la. Lagu pun pasang lagu Arab. Aku try chicken burger. Mak aii.Besaq gedabak oh. Tak larat nak habiskan, tapau bawa balik. Memang sedap cuma sos yang diberi macam sikit sangat dan tak padan dengan diameter burger tu. Tu dia. Keluaq dah laras math kat sini. Hahaha.Kau tengok la orang kat belakang tu, bukan main bersungguh depa makan. Nom nom nom.

So far itu je restoran halal yang pernah aku pergi. Tak larat nak makan luaq tiap-tiap hari. Dapuq dah cantik, kena la masak juga kat rumah kan. Kasi berasap juga. Hehehe.

28 comments:

lucky said...

da lme xjenguk blog ni.. hee..
still jeles!! hoho~~
take care d sna.. ;)
doa2 laa moga kami dpt mnyusul korng d sna.. *wink*

Ilham Liyana said...

syoknyaaaa!!! huhuhu..

hans said...

syoknya ko dapat pergi belajar sana
best2
tumpang gembira dgn pengalaman ko zack

mysara newrie said...

Hoho. Tetiba perut rasa lapar lah pulak! Hehe

nabil said...

amboi2...
macam2 aih makan...
hehehe...

aNoZ said...

wah.. seronoknya dia!!!! hehe.. jaga diri elok2. minum susu kambing bnyk2 ye. hhee

Kyuubi_85 said...

time2 aku tgh lapar la aku baca blog ko ni... cis, menambahkan kelaparan aku.. hehe

bestnya dapat pegi tpt org kan..

kalau aku, tpt mkn jg yg aku cari.. nak rasa mknan org.. :D

LORD ZARA 札拉 said...

syoknya!!!

wee~~

'AQILAH said...

sangat mengiurkan

DoDu@HaHA said...

waah waah waaah!!! makan i luar saja nampaknya.. hahaha..

[s][u][e][h][a][n][n] said...

pasni aku nak tgk lak ko tepek gmbar makanan yang ko masak kat umah...huhuhu sonok erk makan kat luaq heeeeeeeee

oranglidi said...

isk

angah iza said...

jgn biar kan dapur tak berasap lak.
nanti lupa plak skill masakan malaysia :P

Dee said...

baru2 smpi ni ala2 touristlah zack ye..hihihi..bila lg nk nerai ye tak?

she_mah said...

mknan arab mmg kurg bersos. dorg xsuke mkn pedas kot. kalau kt mekah kebab lgsung xde sos.

Softtouch [Hanim] said...

salam zack..dah lama kak tak bertegur ngan zack..tenet problem lah dik...

alhamdulillah dah selamata smpai sana..moga2 dpt sesuaikan diri kat sana...nasib jgk senang nk dpt tmpat halal yer..lepas ni tau jgk ape yang zack masak kat sana..he he he

syafawani said...

syiokkk nye zack..hehe

nad said...

jelesnya..wuuu..

Solehah said...

wahh kamu dah sampai sana..jaga diri baik2 ya..belajar rajin2..

Eazy Izzuddin said...

whoa...
jelez...
sedapnye..
xD

DaHLia said...

bestnyer...teringin nk g negara org gak

Judiene said...

weyh
char kuey teow xdak kaa??
pasemboq kaa..

AcanCapik said...

lapar lak nngok ko makan2 ni... haish, jeles2...

Ah Fatt said...

kesimpulannya: kedai makan kat malaysia lg kedekut kuantiti

haha

imHepPie said...

nnti ko balek malaya aku nk kirim pizza tu la

AkU said...

ko mkn xajk aku an..huhuhu..T_T

Orang Senyap said...

looks like that you fit in just fine there..

jaga diri bebaik sana yer..

AkU said...

nanti kan kedatangan aku kt sana..eceh..~~

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger