Online users

Follower

Tuesday, February 2, 2010

Oh.Patutlah.

Sekarang kerajaan tengah pertimbangkan pelaksanaan persekolahan seawal umur 6 tahun.

Teringat pula aku sewaktu aku berumur 6 tahun, aku dah mula masuk darjah 1. Arwah mama mengajar di Sekolah Kebangsaan Tok Jalai sebagai guru kelas. So, dia menggunakan kelebihan yang ada untuk letakkan aku sekali di dalam kelas yang dia mengajar selepas diberi kelulusan oleh admin. Bayangkan jelah. Yang lain semua umur 7 tahun. Aku seorang saja yang muda di kalangan dorang. Tapi yang bestnya aku langsung tak rasa takut sebab arwah mama cikgu kelas dan kawan-kawan yang lain tak berani nak buli aku. Takut aku report balik dekat arwah. Kiranya pi mana pun orang akan respect. Anak cikgu Azizah. Hahaha.

Time tu jugalah dah mula menggatai dengan sorang mamat dalam kelas yang sama. Dia suka kacau aku. Kalau time arwah ada meeting, aku suka pi main gelongsor dekat luar sekolah tu. Dia pun akan join sekali. Lepas tu suka ligan-ligan aku keliling gelongsor.Alahai. Habis sweet la tu. Dah la aku pakai pinafore. Ha.Bayangkan je lah cam mana rupanya. Terselak merata. Nampak habis sepentot. Peduli apa kan. Kecil lagi. Tak tahu malu.

Bila aku umur 7 tahun, aku masuk darjah satu sekali lagi tapi dekat sekolah lain pula. Sekolah Ahmad Tajuddin, Jitra. Time ni aku lah champion sebab dah master dah apa yang cikgu ajar.Apa yang cikgu ajar kat depan, aku buat bodo je.Dah belajar dah dulu. Memang belagak habis la kan.Dan hasilnya, aku dapat nombor 1 dalam exam akhir tahun. Cikgu pun kagum aku cepat tangkap apa yang dia ajar. Mula-mula dia ingat aku genius la.Bangga bangga. Kembang hidung.Memang sayang habis la kat aku. Time nak sign buku rekod tu, arwah datang dan pi bocor rahsia yang aku dulu pernah masuk darjah 1 kat sekolah arwah.Sebab tu terlebih pandai. Cikgu cakap Oh.Patutlah. T_T

15 comments:

oranglidi said...

first

oranglidi said...

wah. masuk awal skolah?

adik wa macam tu gak. cume dia darjah 6 dua kali. fuh.

wa pn stuju sangat budak2 masuk skolah awal ni. nanti fresh enjinier pun dah umur 22 je.

[alfatihah buat arwah.]

Jijahh @ f.k said...

untung jadi anak cikgu ... tapi skang budak umo 3 thn pun dah di hantar ke tadika swasta ... mm hebat

angah iza said...

6thn da masuk darjah 1 ???
ish...awal nye....
:P

lilylala said...

best nye zaman skolah..
=)

DeVoTeD LiLy said...

elok la tu..
kesian plak aku bdak2 3,4 taon da pi pra sekolah..
takot depa boring nnt..
klu nursery tu laen sket..

.alie. said...

weii zack samalah kita..
tapi alie masuk skool masa 5 tahun lagi..
best msk skool awal2 ni..
mak ngaja darjah6 ikut..
g darjah 4 pun ikut...
masa rehat makan dgn cikgu2..
assembly dok sebelah cikgu agi kat barisan depan..

hu3~

deusXmachina® said...

oh patutlah
erk888

black_mel said...

owh patut la...tp mmg genius pun...coz dpt smbung luar negara....nice2....

saypOOL rafhtello said...

aku pun sama..masuk kelas mak aku..

Solehah said...

hehe..bestnya cmtu..aku ikut perkembangan biasa2..

Judiene said...

aku dulu makcik aku yg ajar kt sekolah yg aku attend
so, layanan lbh kurang cm mak aku yg mengajar
cpt je dpt title pengawas
hahahahaha!

NeenaAnuar said...

wahh advance! :-))

揚州炒飯Penny said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Qu azniza ;) said...

patot la!! ingat tak ismatul fitriah?? p mana dia skrg eh

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger