Online users

Follower

Wednesday, February 24, 2010

Tak start kelas lagi pun.

Credit to Oyen for the pics.

Actually sekarang ni aku tak start kelas lagi.Just kena attend a few workshops and orientation week di kampus.Orientation week sangat best because we get chance to meet other international students. Ada dari USA, Vietnam, German, Thailand, Brazil dan a few more. Tak tersebut sebab memang terlalu banyak. Untungnya kami sebab group dari Malaysia paling ramai sekali. Boleh kata 3/4 dari dewan tu di conquer oleh budak dari Malaysia. Dari MARA,JPA, private institution dan post graduate. Bangga oh. Memang pi mana-mana pun orang boleh tahu kami dari Malaysia sebab pakai tudung. Budak dari other countries mana ada pakai tudung. Well..obviously orang akan cakap dari Malaysia la because it is well recognised as an Islamic country. Islamic equals to wearing hijab.

Baru duk tak sampai sebulan,aku dah tukar contact number dah dengan sorang minah Vietnam ni.Namanya Ha.Kebetulan terserempak dengan dia dalam uni. Dia sesat. Kesian oh.Tanya accomodation service ceruk mana. Aku pun bukannya tahu sangat celah mana. Jenuh garu pala dua-dua orang. Macam si tempang nak memimpin si buta lintas jalan. Tsk.BI dia tak adalah susah nau nak faham. Still boleh tahu la apa dia cakap. Ada sorang lagi minah ni, time dia tanya soalan dalam lecture hall, satu dewan tercengang buat muka tak faham. Chinese+English.Aku tak tahulah macam mana dia nak survive dalam tutorial nanti.Maybe dia boleh faham accent Kiwi, tapi takut Kiwis tak faham apa yang dia cakap. Oh. By the way, kat sini kami panggil orang New Zealand sebagai Kiwis.

Berbalik kepada topik asal. Aku tak start kuliah lagi. Just busy attend session itu ini,macam mana nak manage time, how to greet the lec, where can we get counseling service, some sort of how to adapt with campus life in NZ with a few lecturers yang memang sempoi habis. One of my lec, namanya Laila Faisal and she's from Indonesia but her accent really sounds like the Kiwis. Hoh.Sempoi habis la.

Yang duk melambai tu Anette Klassen. Very nice oh. Sentiasa tersenyum. Yang merah tu Sophie. Sangat cute. Nampak muda tapi pegang jawatan hebat juga dalam fac B.Ed TESOL. Jangan main-main.

Sini tak pakai name tag pin tu. Pakai tempek sticker nama ja.Murah dan senang.Tapi ni just for orientation week je lah.

Ni la student ID kitorang. Maaf. Yang lagi 3 orang tu menyibuk ja.

Kalau korang nak tahu, admin sini sangat cekap dalam hal uruskan new student ni. Kitorang baru tangkap gambar minggu lepas, minggu ni dah siap dah ID. Itu muka latest fresh dari NZ.Muka tahan sejuk. Muka kena tampaq dengan angin Wellington yang tak reti bahasa bertiup kencang.Hang tengok la tudung aku. Herot petot habis. Tukang tangkap gambar duk senyum cakap nice nice. Nice smile. Saja nak amik hati aku la tu.Isk.

p/s: Si Ha budak Vietnam tu dah pernah buka blog aku ni tapi sayangnya dia tak faham apa aku mencarut kat sini. Hahaha. Kesian Ha. Erk.Macam repetition pula banyak sangat ha. Hahaha. See..

To Ha, if you happen to read this, I'm telling my readers about how I first met you. Hope you don't mind. =)

23 comments:

joegrimjow said...

abdul malek macam pengetua warden

Softtouch [Hanim] said...

bestnya zack...terasa akak pun bersama2 zack kat nz tu..tqlah sbb share yer...xsabar nk tau perkembangan masa dah start kelas nnti...

=MissRynn= said...

wahh.. bestnyer.. ni rasa nak sambung study balik ni

black_mel said...

bestnyer...minggu suai kenal ker?

angah iza said...

seronok nye kehidupan zack skg ek..
bagus...bagus.. :)

Ah Fatt said...

ko ajar ler geng international ko bahasa melayu... dapat reader br lg
haah

syafawani said...

nama dia ha?hehehe..mcm nama orang terkejut ja..keh3

Elle JmDean said...

kiwis??? y kiwis??? hehehhe

mysara newrie said...

Wah cam best je dpt kawan dengan org berbangsa lain ~ hehe.

saypOOL rafhtello said...

gambar kad matrix dah nmpk dah kebestan stdy sana..

[z@ck] said...

joegrimjow..
hahaha..manja oh abdul malek tu..

softtouch hanim..
hehe..dah janji nak cerita..kena la cerita..kang ada yang kecik hati pulak..i love blogging..

miss rynn..
go for it..xrugi pun klu smbung blajar..mana tau temu jodoh ke kat U..hehehe

black_mel..
yup..sort of..

angah iza..
skang syok la lagi..takut time dah start kelas..nangis kot..hahaha

[z@ck] said...

Ah Fatt..
aku pun BM tunggang langgang lagi..nak ajaq depa plak..bahasa pasar boleh la..hahaha

syafawani..
bukan wani sorg je pikir macam tu..zack pn first time dgr rs mcm nak gelak..tapi tahan je la..

elle JMDean..
sebab sini fames dgn burung kiwi kot..hahah

mysara newrie..
mmg best..untung2 ketemu jodoh ngn international student..wahhh

sayPOOL rafthello..
matrik kad depa sgt simple..tp efektif

kojah said...

wes, nape panggil dorang kiwis?haaa ko blk mesia nanti aku kne speaking berabuk la ngan ko nanti...hahahaha

[z@ck] said...

kojah..
xpyh nak speaking bagai2 ngn aku..geli.hahaha

NeenaAnuar said...

wahh.. tetiba teringat zaman akak belajar dulu... syok lak tengok Z@ck study kat sana.. enjoy the moment yer z@ck! ;)

DeVoteD LilY said...

pirahhh pas ni pi la ldg lembu..
tngkap gambaq ngn lembu..
aku asek tgk lmbu NZ kt iklan ferleaf ja..
hahha..=)

[z@ck] said...

NeenaAnuar..
surely will do..study smart, play hard.

devoted lily..
coming soon..hehehe

Dee said...

dpt kwn2 dr seantero dunia..bestnya..

avid gunner said...

haha..pasni buat la entri bahasa vietnam lak...kawan jenis apa ni wei...

cik EPAL said...

macam best je :)

AkU said...

Zack..mne pic aku la..??

Pamee CliQue said...

mcm best je~

aina adnan said...

zack,gambo yg last tuh bkn de muke afiq ke tuh?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger