Online users

Follower

Tuesday, March 9, 2010

Bila sebut usrah, cuak.

Last weekend aku sempat melibatkan diri dalam program picnic bersama dengan senior di Botanical Garden. Girls only.Mulanya, fikir dua kali juga nak pi ke tak sebab it's on Sunday. Time cuti. Macam malas nak gerak dari rumah. Tambah pula assignment dah ada. Banyak reading nak kena buat. Tapi, bila fikir ada refreshment a.k.a makanan free, terus setuju nak pi. Hahaha. Dasar perut tong memang macam ni. Agak berdebar jugalah nak jumpa senior sebab program ni macam usrah. Bila sebut usrah, kita tak boleh lari dari terbayang imej tudung labuh dan tazkirah berkaitan agama.Serius. Mula gelabah selongkar wardrobe. Nak cari baju yang paling sopan la kononnya. End up pakai baju yang agak tak longgar juga. Teet! T_T Tak pa, yang penting niat. Niat ikhlas nak datang, nak meramaikan majlis. Hehe.

Bukan nak kata la. Akak senior kebanyakkannya nampak sangat muda walaupun umur dah 25 tahun. Memang hang takkan sangka depa dah final year. Ambil subjek tak nak lekeh. Architecture, Medic. Pergh. Salute habis la dengan depa ni. Muka cool ja. Tapi, otak geliga. Aku memang pandang tinggi sapa yang amik medic ni sebab aku tahu bukan senang nak survive this course.Yang ambil architecture tu lagi la wa salute. Perempuan dengan architecture. Sangat ironi.Kalau aku, dah lama stress hentak kepala kat dinding. Isk.

Perjumpaan kali ni memang totally blend us all. Dari JPA, MARA dan KPM. Dari TESOL, Medic, Psychology, Physics, Math dan Architecture. Dari pelbagai peringkat usia. Dari yang muda hinggalah yang ke tua. Actually, it was quite fun to meet up the seniors and other students as well.Dah lama tak buat sesi taaruf. Hye! Nama saya Zack. Saya dari IPSAH. *senyum* At least bila ada network, senang. Mana la tahu time kita sakit nanti ke, akak senior boleh tolong.

Pengisian yang aku dapat dari perjumpaan ni, pilih kawan yang betul. Kawan je tempat kita nak bermanja sekarang ni. Family dah jauh. Kat kawanlah kita nak pinjam duit, nak kongsi masalah, nak itu nak ini. Silap pilih kawan, buruk padahnya. Pilih kawan yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan. Selalulah berkata aku sayang kat hang pada kawan anda supaya dia merasa lebih dihargai. Isk. Malu la nak cakap lagu tu kat kawan sendiri.Kot kena chop lesbo pula kan. Huhu.

p/s : Bak kata Ada, tak sepatutnya guna perkataan usrah sebab orang akan di overshadow dengan imej alim ulama dan buatkan orang rasa segan dan malas nak datang. Lebih sesuai guna perkataan perjumpaan. Less gerun, more appropriate. Orang pun tak takut sangat nak datang.And what is more, lebih rileks dan cool. =)

17 comments:

oranglidi said...

fulamak! cari akak sorang untuk wa! nak berusroh gak!

[z@ck] said...

oranglidi..
hahaha..oraitt2..

Anonymous said...

jgn sebut..aku cuak..sila jgn sebut perkataan tu,,

Adila Ady said...

lorhh...ada jugak ke orang takut usrah..ehe

[s][u][e][h][a][n][n] said...

hahah aku selalu ponteng usrah masa sekolah dulu...

hang sayang kat aku x?? owh kawan..walaupun kita x luahkan kat kengkawan yang kita syg diorang x bermakna kita x syg kan???huhuhu

nabilpotter said...

knpa nak cuak plak zack??huhuh...:)

NeenaAnuar said...

teringat zaman2 kene regging ngan senior dulu... huhuhu...

Dee said...

ckplah gathering more relaxing n friendly kan..hehehe..

Mysara Newrie said...

Ye betul! patut guna perkataan perjumpaan kan?


dulu kat sekolah, bila sebut je usrah, sumpah semua org tak nak pergi :) haha


Kejam lah ~

Anonymous said...

lidi lu usrah dengan wa je lah


hehe


eh eh eh rindu pulak nak berusrah.dulu tym sek selalu ade..

devoted lily♥ said...

tp klu kat maktab usrah tu y handle mang akak2 naqibah y alim..

sbb tu selalu ponteng..
hahaha=)

Judiene said...

time asrama dulu je aku rajin ber'usrah'
masuk U, habissssss!
ahahahaha..

aNoZ said...

perjumpaan? haha.. usrah lagi bes bunyi die. gerun ke? hehe.. x pe. bia die nmpk sket nnt. =))

Sharzone said...

Bru sebut usrah dh gelabah....sebut kiamulail??

AkU said...

zack..huluq2 la contact 1 2 kat aku...hehehe..

att said...

pic mcm kenai zack hehe

att said...

pic mcm kenai je z..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger