Online users

Follower

Friday, March 5, 2010

Dugaan merantau. Setan..please go away.

Banyak cabaran bila kita merantau ke negara orang ni. Syaitan memang kiri kanan tunggu masa nak attack hang ja. Antara dugaan terbesar:

1) Kedai-kedai makanan yang sangat banyak tapi choice untuk yang halal hanya ada sedikit. Tendency untuk masuk McD dan KFC sangat tinggi sebabnya pi mana-mana pun mesti ada satu branch fast food ni. Yang halal pun fish fillet dan fries saja. Tapi, bagi yang ragu-ragu tentang cara penyediaannya, dinasihatkan jangan beli. Nafsu makan fast food terpaksa ditahan sebab tak halal.Restoran yang seperti halal sebab ada tulis perkataan 'Malaysia' tetapi sebenarnya tak halal pun ada. Ini lagi mencabar iman.Hmpphh.

2) Tendency untuk pakai tudung on dan off .Pakai tudung time pi kelas kononnya menghormati majlis ilmu. Tapi, free hair bila keluar ke town. Isk. Tak faham. Aku tak nak komen panjang pasal benda ni. Sensitip. Masing-masing dah besar. Dah tau mana betul dan salah. Terpulang pada tuan punya body. Lebih manis bertudung. Serius. Siapa setuju?

3) Selalu termiss subuh sebab sedap sangat tidoq. Wuwu. Ini kelalaian diri aku sendiri. Kunci jam, tapi tak bangun. T_T Duduk kat sini, tak ada siapa yang nak monitor jadual sembahyang hang. Kalau hang tak solat, orang bukannya tahu. Tapi, perlu ingat yang Tuhan tu sentiasa ada. Jangan time nak exam ja baru pulun buat segala jenis solat. Isk.

4) Ini untuk wanita. Baju murah dan cantik. Nafsu shopping membuak-buak. Nampak itu nak, nampak ini nak. Bahaya oh. Tambah pula kat sini, pakai swipe card je. Lagi la duk syok shopping sampai tak perasan aliran wang dalam acc makin susut. So far, aku mampu berbangga dengan jumlah simpanan aku yang masih di paras yang selamat. Aku tak kisah habis kat makanan, tapi kalau habis kat baju tu, akan rasa menyesal selepas swipe card. Isk. Nak harap elaun dari KPM, lagi 4 bulan baru masuk.

Dah.4 cukuplah. Banyak-banyak nanti ampa tak larat nak baca pula. Bila daun nak luruh ni? Tudiaa..punya jakun tak pernah tengok autumn. Hahaha.

26 comments:

Anonymous said...

baju murah??


i loike

hehe

att said...

nafsu makan tahan lg zack..
ehh shopping ni..
bru habis $50 beli baju okeyh..
setan go away ehehe

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Setuju sgt utk yang ke-2 tu..huhu

aNoZ said...

biasa la tu.. sbnanye, setan kat malaysia pun sama bnyk. kat sini, boleh tgk keislaman tu sket. hehe

Sharinginfoz said...

cobaan akan membuatkan kita lebih bagus dari segi decision making kan....

Ada Iklan Tapi Tak Click???

Perlu Ke Kereta Mahal

@reLong said...

Dugaan...
sabar bnyk2 yer ;)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

yang no 2 tu aku paling setuju...hang duk sana pandai2 la jaga diri...

semua tu dugaan yang akan mematangkan diri hang ok :)

Ninja Padang Kota said...

zack, ko masak sendiri lah lagi senang. beli barang dapur. jimat pun jimat. kan? hehe

eh zack taw masak ke? hahaha.

Dee said...

kt mana2 pun sama je kan..dugaan mmg sentiasa ada..tp bila berjauhan dgn keluarga dan di tempat org..dugaan dia lg hebatkan zack..selamat menempuh dugaan..hehehe..

NeenaAnuar said...

memang betoi dik... part makan paling payah kat tempat2 depa nie... nak2 biler tengok tang fast food! huhuhu... leleh air liuq jer lar jawabnyer...

black_mel said...

wah...banyak godaan..kedai2 muslim xde ker?mamak ker?

jgn asyik shopping..igt tok kat kg na...

ok la tu..jakun tgk autumn..tp leh tgk..kami ni tgk dlm tv ja...

saiful mohamed said...

kat malaysia tudung on/off pun ramai gak..

'AQILAH said...

kat sini bole makan..wehee

Sesumpah said...

waha jeleslahhhh nanti dpt tgk autumn


heee


semoga selamat melawan setan :D

Judiene said...

lagi satu cabaran
berangan nak couple ngn mat salleh
ahahahahaha!!

nur 'adli azhari said...

all black

oranglidi said...

jaga jati diri!!

hans said...

hahahaha
kalu aku dekat sana sah kurus
dah susah sangat nak dapat makanan halal

Unknown said...

hang p ja goncang pokok..kompom daun luruh..!! huahaha ^_^

Mysara Newrie said...

Owh hoho ~ Tabahkan hati mu Kak Z! Haha

Aku sentiasa di sisi mu ~ Haha

ada van de kamp said...

dugaan ke 4. choc yg terlalu murah!! =.='

Taufik Jusoh said...

lepas beli baru nyesal? kire ok la kot :P

avid said...

setuju untuk jawapan no.2

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haa..part soping tu syokk..hehe
em zack bw balik saun sekeping noh..aha

Kamsiah yusoff said...
This comment has been removed by the author.
Kamsiah yusoff said...

jadilah seperti ikan yg tetap tawar rasanya walau hidup di air masin...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger