Online users

Follower

Saturday, March 13, 2010

Hari yang busy.

Hari ini busy busy busy. Pagi pergi Everton Hall untuk praktis zapin. Balik je dari zapin, terus bersilat kat dapur tolong housemate buat tomyam untuk surprise party Wan Zaleha. First time buat party kat Wellington ni. Rumah tak adalah besar mana pun, tapi panggil satu cohort. Jenuh bersesak jugalah dalam rumah ni tadi. Bergerak sikit berlaga punggung.T_T Habis party dalam pukul 6 petang. Lepas tu, kemas rumah. Basuh segala pinggan mangkuk. Wah. Siap teghap teghap pinggan mangkuk kat bawah lagi. Macam kenduri kahwin. Heh.

Baru rasa macam mana penatnya nak host kan sesuatu majlis. Kejap tak cukup pinggan, kejap tak cukup mangkuk, air dah habis, macam-macam la. Memang macam lipas kudung. Kami buat potluck which means setiap rumah kena bawa makanan sorang sikit. Jimat kos. Maklumlah, kami bukannya banyak duit sangat nak sponsor semua makanan. Bila buat macam ni, at least ada variety choice of food. Ada yang bawa cucuq, sushi, spagheti,bihun sup, baked beans, ais krim, sambal sotong, ayam goreng, samosa,kek..haa..you name it. Semua ada.Puas hati aku dapat makan banyak hari ini.

Malam pula ada praktis menari lagi. Huh. Memang letih badan I nyaaahhh..Esok ada party lagi. Party dengan pihak bank. Hebat kan kat sini. Bank pun ada buat party untuk customer dia.Makan lagi. Lagu mana tak naik berat badan tu. Isk.

Pagi tadi timbang berat 54 kg. Sekarang dah jadi 56 kg. OMG! Ini bermakna gue telah menelan sebanyak 2 kilo makanan hari ini. Muehehehe. Banyak tu. Ada aku kisah? Asal gue bahagia.

Birthday girl a.k.a cohort leader, Wan Zaleha.

Thanks for coming everyone. Thanks to Oyen for the pics. =)

17 comments:

DILA is AZIE said...

2 kg? hehe. ceria2 je nye. :)

gewd-gurL perhaps said...

busy, penat, tapi naik 2kg..?
yeke nie, hahaha.. takpe, janji hepi dan gumbiraa..! ^ ^

hans said...

wow
2kg tu
aku turun 10kg

[z@ck] said...

DILA is AZIE..
yup..2 kg..dahsyat kan..ke penimbang tu silap baca..hahaha

gewd-gurl perhaps..
tu la pasal.bila penat, tendency untuk makan banyak tinggi..thats y naik smpi 2kilo..hahaha

[z@ck] said...

hans..
hang tengok la sok..lpas aku buang air besar..konfirm turun 54 kilo balik..percayalah

Jijahh @ f.k said...

heheh best nye .. jijah lak lagi 2 weeks ... last class pot luck ... nyum nyummm ...

[z@ck] said...

Jijahh @ f.k..
makanan free mmg sedap...hahah =P

AkU said...

nyah..ko gheti ke berjoget nyah...nak mak ajarkan..hahhaa..

AcanCapik said...

zack ko lagi berat dari aku? yes! haha...

Kamsiah said...

meriah tu....mmg best makan2 bersama kawan2...lg best kalau depa tolong basuh pinggan mangkuk lepas tu...

syafawani said...

waaaaa syoknya!syoknya! ada party!hehe

Judiene said...

bila nak wat party utk birthday aku neh??
aku tggu saat2 tuh
gheeeeee~~

I_Hate_Lolipop said...

kimsalam kat boboi cute dlm 1st picture..huhu

mamma mia! said...

aaaaa zack aku rase lebih afdol klu ko remove gambar kontroversi aku tuh. kang nampak kat bangcik jenuh pulak aku nak jawab. sori.

'AQILAH said...

berat tak sampai 60...happy2..:)

infinity1811 said...

tenkiu so much DARLINGS! (s tu msti ade sb da register nama cmtu.haha)

niQue_naQ said...

i remember my first year in uk, had to learn to cook kalau tak menghadap fish and chips everyday hehe soon you will be able to make nasi ayam la, mee kari la lontong la :p good luck in yr studies!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger