Online users

Follower

Sunday, March 28, 2010

Ku sangkakan bihun, rupanya so'un

Printscreen 30999 dapat t-shirt di sini.Anda masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang.

Aku ada masalah nak identify so'un dan bihun disebabkan pandangan pada mata kasarnya adalah sama. Panjang, keras dan berwarna putih.

Al-kisahnya last few weeks aku ke Davis dengan Ada. Nak cari bahan untuk buat bihun tomyam sempena birthday housemate, Wan. Mulalah mencari segala bahan. Part cari bihun paling senang sebab sekali pandang dah tahu itu bihun sebab kat paket tu tertulis perkataan 'Vermicelli bean thread'.Memang masing-masing confident itu memang bihun. Aku ambil sampai 5 paket. Ada pula ambil 2 paket.

Balik rumah, kelam kabut celur 'vermicelli bean thread' tu. Aku still tak tahu itu sebenarnya so'un. Nik si tukang celur tu pun tak sedar kendiri lagi. Sampailah si Ky yang memang handal bab-bab dapur ni datang buat lawatan tak rasmi ke dapur kami.

Ky : Weyh, ini bukan so'un ke?

Aku : Eyh. Ya ka? Bihun kot. (still nak defend diri lagi mak cik ni)

Ky : Betul la ni so'un. Lembik semacam je. Tengok colour dia. Jernih. Tak macam bihun. Bihun ber colour sikit.Lagi satu nak cam so'un, ada macam buih-buih kecil dalam urat dia.

Aku : * Capai paket 'vermicelli bean thread' yang tak buka lagi. Tenung sampai tembus, belek atas bawah kiri kanan.Meraung sorang-sorang dalam dapur*

Ky : * Hanya mampu gelak melihat kebodohan diriku ini*

Sampai ke hari ini, so'un yang tersilap celur tu masih ada dalam peti ais. Setiap kali buat sayur, mesti campak banyak-banyak so'un. Nak buang sayang. Pembaziran.

Moral of the story, jangan tertipu dengan rupa luaran. Baca isi kandungan betul-betul baru beli.

p/s : Ada lagi 3 paket so'un dalam almari dapur. Siapa nak?

17 comments:

Unknown said...

nak nak! soun sedap dimakan begitu sahaja. malam ni gak wa fly pergi nz. hehe.

[z@ck] said...

YobSumo..
kalau makan dalam kuantiti banyak,lagi muak weyh..hahah..mai mai..pintu rumah sentiasa terbuka untuk ko

Judiene said...

seb bek ko tertukar bihun ngn so'un
kalo bihun ngn mee, mmg jahil la ko bab2 dapur
hahahaha

Fathi Adha said...

bihun ngn so'un...


batter then never.. at least len kali tak tertukar dah...

yusuf mujahidin ™ said...

sedap gk su'un..
bedal je la...haha

Asfan Ash said...

aku nak! make sure ko da masakkan la hahah

deus X machina said...

aku tak makan so'un
erk888

myQza said...

cam ne nak eja dia ek?

suhun?? su'on? Soon!

Ju-on??
he he he

AkU said...

ade beza ke??
aku nengok sme je..

AcanCapik said...

fail! takleh wat menantu lagi camni. hehe...

hans said...

hahahaha
tertipu la hang macam tu

Ajwin Ajeera said...

hahaha
kantoi ni..
btw,saya nak!tolong post skrg k!haha

suezen said...

ohoh!.....ape lah ko nih babe..bihun ngan suhun pun x reti beza...tp..aku lagi suke suhun dr bihun..bak lah cni..aku nk goreng!

I_Hate_Lolipop said...

hahaha..aku teringat zaman jahiliah aku bila mak suh beli bihun aku beli so'un. sungguh tragis.

little ain said...

HAHAHA^^ nak gelak jugak sebab kite same. in fact, halia dengan lengkuas pon boleh tertuka. ngee~

Qib said...

so un sedap ke??sedap wat sup

Softtouch [Hanim] said...

zack, suun tu kalu kita goreng buat mcm mihun goreng pun boleh ape..cube try buat...tp sbb tekstur dia lembut lah sket dr mihun tu....

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger