Online users

Follower

Thursday, March 11, 2010

Random facts about the Kiwis.

Mari kita belajar tentang budaya orang Kiwi dan cuba kita bandingkan dengan budaya kita di Malaysia. This is interesting.

1) Orang Kiwi makan nasi guna garfu instead of sudu. Normally, dorang gosok gigi after breakfast.

2) 21st birthday disambut secara besar-besaran kat sini. Ala-ala kenduri kahwin gitu. Maybe umur 21 menandakan seseorang tu dah matang dan legal to do everything. I guess so.

3) Orang Kiwi suka mengusik. Itu cara dorang untuk maintain friendship. Bagi dorang, teasing is often a way of being friendly. Uh. Sangat kontra dalam konteks Malaysia.

4) Orang Kiwi suka main rugby, kriket,tengok movie dan they are so into music. Selalunya anak-anak muda ni akan pasang muzik kuat-kuat dalam kereta dan buka tingkap. Lepas tu rap ramai-ramai sambil drive. Yo yo.

5) Orang Kiwi sangat pemalu. That's why dalam lecture, even duduk sebelah dengan depa pun sepatah perkataan tak keluar dari mulut depa. Macam kita ni tak wujud pun.Kita kena approach dorang dulu baru dorang akan start conversation. Alahai. Malu-malu kucing pulek. Tak pasal-pasal kena chop belagak. Heh.

6) Tak suka pakai kasut. Depa lebih suka berkaki ayam ke town. Serius. Aku pernah try jalan tak pakai kasut. Tak tahan sejuk.Bbrr.

7) Pi mana-mana pun mesti nampak orang membaca. Tak kira la novel, newspaper or whatsoever but they are reading. Tak peduli langsung orang kiri kanan. Rasanya habit ni patut dicontohi oleh orang Malaysia.

8) Cara dorang greet other people is by saying 'Hi, how are you?'. No offense kalau by the time korang nak reply dorang dah blah dah. Sebab kat sini that greeting is kinda 'Hallo' greeting. Dorang tak mengharapkan jawapan yang panjang dari korang. Cukuplah kalau korang reply 'Hi' je. Tak payah nak jawab panjang lebar macam ni 'Hi, I'm fine, thank you. How about you? Konfirm orang putih tu pelik. Hahaha.

Sometimes kita kena belajar dan tahu budaya orang lain as a kind of respecting their culture. Orang lain boleh hormat culture kita, takkan kita tak boleh buat benda yang sama kan? Sebagai contoh, semalam time aku balik dari praktis menari, ada seekor anjing dan tuannya lintas jalan. Aku tak perasan dan kinda menepis dari dekat dengan anjing tu. Tuan anjing perasan dan dia minta maaf. Maybe dia tahu dalam Islam, kita tak boleh sentuh anjing.

Sama-sama respect. Kelak aman dan bahagia kehidupan. Peace.

22 comments:

baincardin said...

Thank you for sharing! ^_^

[z@ck] said...

baincardin...
no worries =)

sasha* said...

haah yg mkn guna garfu sy tau sbb one of our friends dtg mkn guna garfu then kitorg tnya knp haha.pelik je

joegrimjow said...

da macam lumut da
hehe

[s][u][e][h][a][n][n] said...

bab membaca tu betul2 respect la..

NeenaAnuar said...

betol! akak memang suke culture mat salleh selain dari kehidupan sex bebas lar... hahaha.. memang banyak sangat culture positive diaorg yg boleh kite contohi.. tapi malangnyer bende tu tak di adopt di malaysi! :(

Sharinginfoz said...

pelik kaan makan guna garfu

Anonymous said...

salam

mls nk log in..hehe

best kalo perbezaan budaya tu dicari titik persamaan dn persefahaman...br la harmoni

yusuf

black_mel said...

wah...bnyk budaya org kiwi yg lain ni..kena start skrng dh ni...start dgn baca novel...hehe..

angah iza said...

budaya membca tu yg harus di contoh :)

QisTina said...

great info!
=)

ada van de kamp said...

aku pelik dia x pakai kasut atas jalan tar time panas terik tu. mmg kebal

Dee said...

study luar negeri itulah kelebihannya..kita belajar ttg culture dan cara hidup org lain..

att said...

ouh no wonder la att duk sblh diorg, wat bodoh je..hmm..kenalah jd friendly lg pas ni hee

I_Hate_Lolipop said...

i like org kiwi yg suka main rugby.tlg cari satu...hihi

avid gunner said...

cuba ang bagi assalamualaikom kat depa...pastu blah trus...keh keh...

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau centu aku nak kentut je la kat org centu..cam tak mesra hahah

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bagus gak kadang2 kita contohi apa yang baik dari negara luar nie kan..macam amalan membaca tue..sangat bagus sebenarnya..

cik EPAL said...

respect each other :)

Judiene said...

i wish i could be there
huhuhu..

Monkey D Luffy said...

ada org kata... liur basi tu menyihatkan... jd org kiwi ni sihat2 ler. hehe

mengusik maksud ko camana? kasar ker?

aku pernah baca pasal tak pakai kasut ni baik tuk kaki

mysara newrie said...

Haha. Kak z bwk pesanan masyarakat! haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger