Online users

Follower

Tuesday, April 6, 2010

Luge ride at Skyline

Masih lagi dalam edisi Jaulah Rotorua. Sekadar ingin berkongsi pengalaman merantau di negara orang. Tiada niat untuk meng jealous kan sesiapa. Mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi bagi yang ingin pergi honeymoon sambil beraktiviti bersama pasangan. Ini mungkin pilihan yang terbaik buat anda. =)

Kali ini, kita pi Skyline pulak naa. Kalau kat Malaysia, kita ada Genting Highland dan Langkawi yang menyediakan perkhidmatan gondola naik atas puncak bukit. Kat Rotorua, dia panggil Skyline. Bila sampai ke puncak bukit, sumpah rasa tak mahu turun sebab view nya sangat cantik dimana kita boleh nampak satu Rotorua. Nampak kecik ja semua building.

Package yang aku ambil kat i-SITE berharga $45 including gondola ride, two luge rides dan sky swing. Kalau beli kat Skyline, mahal $5. Lepas dah beli tiket, boleh terus naik gondola. Gondola sini besaq dan boleh muat sampai 8 orang per gondola.

Kalau mai sini, tak naik luge memang tak sah.Even nampak luge ride tu macam game bodo-bodo ja, tapi aku suka. Dah penat dah main game etxtreme (bungy dan swoop), kita pekena yang ringan-ringan pula kan. Basically, luge ride ni ada tiga track kita boleh pilih. Scenic, intermediate dan advanced track. Disebabkan kami ada dua pass ja untuk luge ride, kami try scenic dan advanced. Orang yang beratur untuk luge ride ni sangat ramai. Pelbagai golongan, dari yang muda hinggalah ke tua. Tapi, panjang mana pun line, semua dapat rasa. Sini tak payah berebut-rebut, sebab orangnya semua faham bahasa. Tak ada potong queue, chop untuk kawan dsb.

Rasanya, geng kami ja kot yang buat gila berhenti tengah jalan lepas tu tangkap gambar waktu lalu scenic track. Dah nama pun scenic track, mestilah view cantik kan. Kiri kanan pokok besaq-besaq, feeling autumn sorang-sorang dalam hutan semak. Sampaikan kena teguq dengan mat saleh, tak boleh berhenti sesuka hati kat track ni. Takut orang belakang tengah laju, banggg langgaq bontot hang baru tahu. Seronok oh navigate luge ni sebab dia tak pakai enjin. Hang just tolak pemegang untuk jalan dan tarik untuk brake.

Waktu kat advanced track, selekoh dia memang tajam. Walaupun signboard depan cakap suruh slow, aku pi lagi laju. Seronok dengaq bunyi luge aku wooo wooo (bunyi laju) dan bau track hangit terbakar umpama buat drift kat highway. Akibatnya, luge aku bergesel kat penghadang track dan menyebabkan aku hampir tergolek menyembah bumi. Mujur sempat buat emergency brake. Kalau tak, luruh semua gigi cek. Ketegaq sangat sapa suruh.

20 comments:

mUnie UncLe hUsin said...

enjOy ur day kat sne..
hee~

shazika said...

swonokny akak leh enjoy kat sana..
nnt leh citer kat anak murid

Sharinginfoz said...

memang seronok kan....

Duit Tak Keluar, Akaun Potong

iphone atau I love u???

Chik chuMeLL said...

wehheeeeeee....makin teruja diriku ini zack..=)

DoDu@HaHA said...

sumpah seronok weeeeyhhh!!!!

baincardin said...

Jom selamatkan harimau!~ ^_^

[s][u][e][h][a][n][n] said...

huh...seronoknya kamu!

widda_me said...

mati2 ingat hang beli skyline kat sana..bru nak tumpang klu hang bawak balik malaysia

ada van de kamp said...

yg advance best gilerr kn. tang selekoh maut tu yg x tahan. siap yg accident msk semak. hahahaha

sI tEDI said...

aduhai!!

jeles sungguh lah wey!

kau ni pergi belajar ke pergi becuti??

Judiene said...

ko ni jalan je ek keje ko
assignment sume amacam?
dah siap??
babap kang

Adjla Hafizin said...

fuh..mcm nk pitan aku tgok.
salut kat lu.

AkU said...

walau weh..aku dah jelous nih..ahahaaa...

Syahrul Iman said...

pergh..best giler aku tgok..jelous tahap gaban dah nie..ahaha..

YobSumo said...

gerek gerek!

syafawani said...

wahh nampak makin berseri la cik zack kita:)

s A i F u L z A k W a N ® said...

pergh sonok nye die...
hehehe..
sori la ea aritu aq xleh nk g tmn anta ko..sori sesangat..
aq hrp ko brjaye dlm bidang yg ko minat n happy always..(^_^)

Anonymous said...

cantiknya sling bag tu..

I_Hate_Lolipop said...

aku dengki...~

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

wah lebih kurang cam kat genting jerk kan..tapi more mencabar lagi kan..dan mesti lagi best dari genting kan..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger