Online users

Follower

Saturday, April 10, 2010

My favourite sport.

Aku ni nak kata aktif bersukan tu tak ada la sangat. Aku memang tak gemar turun exercise petang-petang. Seboleh-bolehnya aku akan elak dari turun jogging. Tapi time kat MRSM dulu, nak tak nak kena turun exercise juga time riadah. Kalau tak, kena marah dengan warden. T_T

Ini kisah dahulu kala ye. Bukan sekarang.Dulu aku minat sangat main badminton. Rasa bangga oh dapat jadi wakil SKSAT. Walaupun teruk kena hentam dengan budak siam dari sekolah lain, aku consider itu sebagai sweet moment ku sebab kalahku bermaruah. Ececey. Bakat semakin terserlah apabila sekali lagi terpilih untuk mewakili MRSM Langkawi ke peringkat antara sekolah di daerah Langkawi. Dan sekali lagi tewas di tangan budak siam. T_T Namun, itu tidak mematahkan semangat gua untuk terus giat memegang raket dan menghayun bulu tangkis seperti Datuk Lee Chong Wei. Psst..gua tak pernah miss tengok live game badminton kat RTM tau. Fanatik tak?

Lagi satu sport yang aku aktif dahulu kala ialah acara olahraga. Family aku cakap aku ni ikut arwah mama. Kuat lari. Semua acara melibatkan lari pecut aku masuk. Time sekolah rendah la. Mai besaq, dah pancit dah nak lari laju-laju ni. Siap jadi olahragawati sekolah dua tahun berturut-turut lagi tau. Ehem ehem ehem.Setiap minggu mesti 'away' dari sekolah pi kejohanan sana sini. Tapi, alhamdulillah. Dalam duk sibuk lari pecut merata tempat, 5A tetap dalam tangan. =)

Aku lebih sukakan sukan yang lasak dan extreme berbanding sukan yang memerlukan skill dan latihan yang berterusan. Feel dia lain sikit. Rasa sangat macho bila dapat buat sukan lasak seperti bungy, paintball dan water rafting. Ceh. Mentang-mentang dah pernah buat bungy, nak belagak pula kat sini. Hahaha.Berbanding dengan netball, gerak kaki sikit, dah kira fault. Tekanan. Huhu. Kalau orang tengok badan dan ketinggianku, mesti depa bajet aku player tegar netball tapi sebenarnya itu auta semata-mata. I'm not so good in netball.

Ha..kalau dah kuat bersukan ni, memang tak sah kalau tak berpeluh. Kalau tak pakai deodorant, sumpah kucing lalu tepi pun boleh KO kalau bau badan hang. So, disyorkan kepada anda semua untuk memakai produk penjagaan badan dari Adidas ni. Tak kira laki ka perempuan, semua boleh pakai. Baunya sedap dan segar. Bukan setakat deodorant, shower gel, perfume dan pencuci muka pun ada.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

9 comments:

Hizami Li said...

uits.
aku suka baca blog ko.
sgt sempoi.
give me 5!
;D

[z@ck] said...

Hizami Li..
thanks bro.. =)

intanurulfateha said...

.lajunye lari! ;p

AkU said...

hg memang macho zack..tgk kaki la..hahha..

fatihah azemi said...

wohoo..rumah ria!!sama la kak zack.muhahaha.go ria!go kak zack!

myQza said...

aku x larat nak bawak badan lari!

shazika said...

akak memang lari laju..weeewwiitt
akak rumah kindi ke arrazi dulu?

'AQILAH said...

good luck ! :)

aku sukan2 tak masuk.

[z@ck] said...

intannurulfateha..
itu dulu..skang sudah slow mo..T_T

Aku..
kahkahkah!! macho habis..

thah..
hahaha..go go..thah umah RIA gak kan..

si tedi..
hahaha..habis tu takkan nak bawa kucing kot.. =P

shazika..
kindi.. =)

'AQILAH..
apasal ko tak masuk???

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger