Online users

Follower

Thursday, April 8, 2010

They are awake!

Nak cerita lagi pasal trip Rotorua. Ha.Tudia la. Bila banyak sangat gambaq yang best, semua nak tayang kat blog kan. Terpaksa la buat banyak post. Hahaha. Sesi meng jealouskan orang diteruskan lagi. Hahaha.

Perjalanan ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 10 jam juga dari Wellington (campur berhenti makan dan solat) Trip ni tak ada boys. Semua perempuan. Aku salute la dengan akak-akak yang drive kereta. Bayangkanlah. 10 jam duk pegang stereng. Segar je mata. Kami yang duk belakang ni siap dua tiga round lagi membongkang tidoq. Langsung tak membantu. Hahaha.

First pit stop kat Foxston.Bandar kecil yang ada satu replika windmill besaq punya. Ha. Turun ja dari kereta, semua pakat serbu windmill. Tak camwhore tak sah. Aku letak satu ja naa. Nak tengok selebihnya sila ke FB ku.

Kemudian, berhenti kat i-SITE Turangi untuk lunch dan solat jamak. Dah lama tak makan nasi dulang. Last makan time berbuka puasa kat surau IPSAH. Rasanya lebih afdal makan macam ni kan. Mengikut kajian, makan begini lebih memberi keselesaan dan menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut. 1/3 ruang untuk makanan, 1/3 ruang lagi untuk air dan 1/3 ruang yang terakhir untuk angin. Lagi satu, dapat mengeratkan ikatan silaturrahim. Time ni la aku baru dapat beramah mesra dengan senior. Orang cakap, lebih mendekati gitu. =)

First time aku solat berjemaah di khalayak ramai. I mean, open space.Time ni lah aku rasa sayu sangat.Ye lah. Di Malaysia, kita selesa untuk tunaikan solat. Tapi, lain ceritanya pula bila kita di negara yang bukan mengamalkan agama Islam. Tambah-tambah time travel macam ni. Kita solat kat mana-mana yang dirasakan bersih dan sesuai.

Time ini lah kita diuji. Ada minah saleh yang lalu lalang cuba untuk figure out apa yang kami tengah buat. Time tu kami tengah sujud, dorang cakap dari jauh "Hello!" , konon nak sapa kami la. Tapi kami tak respond (Yo lah, tengah solat kan. Takkan nak bangun dari sujud tu pi balas hello depa pula ) Bila kami duduk tahiyat akhir, dorang cakap " Look, they are awake! " T_T . Rasa nak pi karate pun ada.

p/s : Duk kat sini, tak ada sapa pun nak tolong peringat hang pasai bab-bab agama ni. Diri sendiri kena tahu semua tu. At least, ada basic, ada pegangan.

17 comments:

Qistina Fahimi said...

karate je zack.haha..
huhu..mmg sesi menjeleskan org.
xpe2. tina gi esokk.
heee..

shazika said...

look, they are awake..
sila karate saya kak. :P

Ibu Ammar said...

hehe, sabau jelah.

Sharinginfoz said...

seronok tengok sembahyang ramai2

AcanCapik said...

asik buat org jeles ja hang ni... memang nak kena gigit ni...

myQza said...

aduhai zack!

aku yg tgk gambo korang sembahyang tu pun rasa sayu lah!!

bravo dik bravo!

i mish yuu!

NeenaAnuar said...

hahaha... bonggok nyer mat salleh! diaorg ingat hampa semua dah KO kot! hehehee...

Judiene said...

amboi
baguih btoi la anak sapa neh
bleh wat menantu neh
elok prangai
(sambil cuit dagu ko)
hahahaaa

- said...

eee..ku sgt jeles~

Dee said...

tiba2 teringat kt my fren masa dia study kt US dulu..masa cuti sem dia tour 1 USA..n solat kt mana 2 je..termasuklah atas meja kt taman..biarlah org nk kt apa..yg penting ke mana pun kaki melangkah x pernah lupa akan tanggungjawab sebagai seorang hambaNYA..

AkU said...

ko xsayang aku an zack..g xajk..waaa..T_T

att said...

melantak tidoq zack ahaha..
owner kedai kite amik smyg tu de complain kt kak jeny psl kita basahkan lantai die..
damn betul

Pepel BoNda AmaNi said...

wah bestnya...dapat jalan2...tapi betul tue walau kat mana pun kita berada tanggungjawab kepadaNYA harus di utamakan..terasa sayu jerk tengok...

Deqna said...

bagusnya.. tak kira di mana kita.. tanggungjawab tidak dilupakan.... Alhamdulillah...

p/s: bestnya jenjalan sana sini..

Softtouch [Hanim] said...

ni mesti solat x khusyuq nie...smpat dgr diorang hello 2 semua..he he he..alhamdulillah zack dikelilingi oleh org yg xleka...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

bagus la...kemana pun kita pg..jauh , mana pun jgn lupa solat :)

suezen said...

suke2 je kate they are awake..hehehe.. btw...ko explain lah kat dorg..mayb dorg x tau kan...hehehhe:P.tak pernh nmpk kot

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger