Online users

Follower

Saturday, May 22, 2010

Seronok kan shopping?

Shopping bagai nak gila hari ni weyh. Barang rumah sampai penuh satu kereta. Angin nak habiskan duit datang dengan tiba-tiba. Semua benda nak masak. Kek la, baked cheese macaroni la, sushi la, waffle la..haa..semua la nak try masak.

Weekend kali ini rasa berbeza sikit sebab dah habis assignment. Rasa ringan ja kepala otak ni. Nak keluar pun muka berseri-seri.Kebetulan Bos pun nak beli barang untuk kenduri tahlil esok malam.Kebetulan lagi dia pinjam kereta Kam. Ha.Memang rezeki kami la. Dapat naik kereta pergi shopping. Itu yang cekau segala benda tak ingat dunia tu. Sebab ada kereta. Tak payah fikir nak mengangkut barang naik bas. Heh. Dasar penumpang betul.

Kalau nak beli barang rumah, selalunya kami pi Pak n Save.Ini antara supermarket yang menawarkan harga paling murah. Memang banyak beza dengan New World Metro. Tapi make sure korang bawa plastik sendiri dari rumah sebab dorang charge satu plastik 5 sen. Kalau korang yang jenis tak kisah pasal charge ni, tak apa la. Pak n Save ni ibarat macam Tesco kat Malaysia. Besaq nak mampuih.

Lagi satu favourite store kami ialah Asian Market. Kat sini la kami dapat belacan, asam keping, daun kari, serai dan segala macam mak nenek barang dari Malaysia.Syurga.Kek Apollo pun ada. Tuan kedai ni orang Cina. Memang puas hati la dengan barang depa ni. Semuanya ada. Harga boleh diconsider reasonable juga la. Orang Kiwi pun ramai yang mai beli barang kat sini.

Dua2 tempat ini memang jauh dari rumah kami. Kalau naik bas, sorang kena bayar NZD 3 sebab dah masuk zon lain. Dua kali juga tukar bas. Tapi, kalau pergi 4 orang, disyorkan buat group day tripper. Sangat jimat. Just bayar NZD 15 untuk 4 orang dan ampa boleh naik bas berjuta kali dalam tempoh 24 jam tanpa perlu bayar dah. Just simpan resit group day tripper tu dan tunjuk kat driver bas setiap kali ampa naik bas. Ingat. Within 24 hours saja.

Nah.Amik. Tak pernah shopping banyak macam ini. Psst..Half lagi dah masuk peti ais. Hahaha.

12 comments:

Softtouch [Hanim] said...

wa banyaknya membeli...lg2 asignment dah abis kan...borong sakanlah yer..nnti dah masak2 semua tu snap lah pic nk tgk jgk ape hasilnya dr membeli tu...he he he

Peri PiA said...

wahh sakan,best3

kat sana ade tesco,carefour x?ehehe

sekarang kat hypermarket selangor hari sabtu xbg plastik..kalo nak byr 20sen

'AQILAH said...

waaa boleh memasak sedap2 la lepas ni..:)

Lee said...

haha. baguihnya pi beli belacan asam apa semua... semangat org msia nih! :P

Asiah Termizi said...

shopong sakan.. beli belacan banyak2 hahaha

Asiah Termizi said...

eh shoping* huehue

Whoopz said...

Belacan pun ada? Bleh la wat sambal belacan..

LORD ZARA 札拉 said...

pergh~~

gila banyak wei~~

Izzatul Ismail said...

kalau dah name pompuan shopping memng tak hengat ;p

HonEyBuNNy said...

Waduh...sakan nya shopping...ehheh

AcanCapik said...

ala, 5 sen je pun. kat sini 20sen tau. hohoho... ok what, leh bawak paper/plastic bag yg stylo mylo. huhu...

fikri FAUZI said...

sakan shopping 'D

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger