Online users

Follower

Tuesday, May 18, 2010

Wellington bus

Keadaan Welly pada pukul 5.20 petang hari ini. Kalau tak pakai jam, memang ingat dah pukul 8 malam. Sebenarnya nak tunjuk bus awam kat sini. Ha. Inilah bas yang banyak berjasa kepada penduduk Welly.

Sistem bas dekat sini sangat sistematik. Disetiap hentian bas, akan ada satu tiang yang menempatkan jadual bas. Kiranya kita boleh bajet la bas yang kita nak naik tu akan sampai pukul berapa. Selalunya bas akan sampai on time. Tapi ada juga bas yang lambat sampai. Depends on time dan hari juga kot. Kalau weekdays, memang agak lambat sikit sebab every pit stop dia akan berhenti ambil orang balik office. Kebanyakkan yang kerja office akan naik bas untuk balik rumah. Tak macam Malaysia, selagi boleh, nak naik kereta sendiri. Macam mana tak jam? Hahahaha.Tiket pula kira ikut zon. Selalu kalau pusing dalam town ni just kena bayar NZD 1.50. Tak kira la dekat ke jauh tempat yang hang nak turun, fare tetap sama melainkan kalau hang dah masuk zon lain.Cara beli tiket kat sini lebih kurang macam kat Malaysia. Canggih sikit ja. Sini touch skrin. Lagi satu ada tempat letak duit syiling. Kiranya takkan berlaku sebarang physical contact antara hang dengan driver. Just letak ja duit hang dalam tempat letak tu, then ambil tiket.Lagi satu, kalau yang memang hari-hari naik bas tu, boleh beli Snapper card. Lagi jimat dan mudah.Just tag kad tu kat pengimbas skrin sebelum naik dan turus bas.Harga snapper card NZD 10.Itu tak termasuk kredit dalam tu lagi. Depends la nak top up berapa pun.

Berusaha aku google image nak tampal kat sini. Ha. Ini gambaran kasar macam mana nak tag on snapper card kat mesin tu.

Ha. Lepas ni aku cerita pula keropok kegemaran aku kat sini ye. Hihi.

5 comments:

shazika said...

owh..
mcm tu sistem bas dia

LORD ZARA 札拉 said...

mak aii~

petang ke wei?!

T___T

[s][u][e][h][a][n][n] said...

camtu xde r masalah transport kat sana..senang jer :p

Att Ashburn said...

bus kt stafford slalu lmbt!

Solehah said...

lebih kurang kl ja sistem bas dia. naik then masukkan duit dlm tmpt tepi driver pastu ambik tiket..yg snapper card macam touch n go..kat bas rapid pun ada pakai touch n go jugak..tp bab masa tu memang tak sama la..selalu ja lewat..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger