Online users

Follower

Tuesday, June 8, 2010

Si tikus kecil.RIP.

Mati juga kau wahai si tikus kecil. Moga kau tenang di sana.

Nak dekat winter ni, memang normal kalau rumah hang dimasuki segala jenis haiwan. Dorang mencari heater juga sebab tak tahan sejuk. Bunyi macam nonsense kan? Entiti ini dipercayai sudah lama berada di dalam rumah ini.

Penemuan pertama ialah di toilet ketika aku sedang enak melawas. Suddenly entiti ini muncul dari celah kabinet dan bersembunyi di belakang shower curtain. Woh. Terbantut aktiviti melawas aku. Aku mana berani dengan tikus ni. Silap haribulan,dinding toilet tu pun aku boleh panjat kalau dah cuak sangat.Aku tak bagitahu housemate yang lain takut dorang cuak nak masuk toilet.

Dah jemu duduk toilet, dia berkampung kat bilik Nik pula. Dia suka Nik kot.Hahaha.Agak dah bosan, dia masuk bilik Neda pula. Dia macam main cuk cak tau tak. Kejap dia lari bilik Nik, kejap bilik Neda. Naughty oh. Tapi, consider ok la sebab dia tak kacau kitorang.

Entah macam mana end up dia masuk dalam bath tub pula. Duduk kat dalam lubang air tu. Nampak haluih ja. Nik ingat katak puru. Disiramnya air kat badan si kecil ni. Terus menggigil kesejukan.Lenjun satu badan. Hahaha. Kesian. Nak katok pun tak berani. Tak sampai hati. Last-last kami ambil racun tikus (warna hijau) dan letak dalam bath tub dengan harapan dia akan makan. Yes. Dia makan dan akhirnya selepas beberapa hari, si kecil ini menghembuskan nafasnya yang terakhir. Damailah kau disana wahai si kecil.

Sampai sekarang si kecil ada dalam bath tub.Kami tak berani nak angkat. Geli. Lagi satu sebab beracun. Kang tak pasal-pasal tuan rumah pun kiok juga. Tunggu orang Uni Hall datang ambil.

12 comments:

sI tEDI said...

pelbagai jenis haiwan/

kau boleh buat income dr situ.

jadikan mini zoo.
kenakan caj untuk masuk.

la la la

ayie said...

comelnye tikus tu!! haha.. bg mkn kt kucing..

[z@ck] said...

si tedi..
haa..kalaulah haiwan boleh bercakap, dah lama aku kenakan charge untuk masuk rumah aku.

ayie..
weyh..tak boleh.ada racun.kang kiok juga kucing orang lain.

Eazy Izzuddin said...

rip akhirnya...
=D

I_Hate_Lolipop said...

sian...dia nak tumpang umah kau je kot for winter...RIP. sob sob

Whoopz said...

Ni entry wat gwa sedih.. Meleleh air mata.. Air hidung gwa..

mimi mimi said...

weh pirah, tok ak kata, kalu nk bunoh tikus, elok katok smpai mati..xseksa sgt..huuu lg 1, jgn rendam dlm air or jemur tgh panaih...xbaik, sbb seksa dia.. wallahuhalam..hehe

Mawar_berduri said...

huhu...semoga si kecil damai disana..


"tu la lain kali jangan main tut cak dalam umah orang " ...

Softtouch [Hanim] said...

RIP tikus..xpe bunuh sbb haiwan perosak yg boleh memudaratkan kesihatan kita...

black_mel said...

kesian tikus tu...sob3...dia pun nak rehat2 jgk..

Dee said...

kecik eh tikus tu..kalo kak dee dh menjerit2 n pjt kerusi n x moh turun2..camana tuh..

Secret Drifter said...

wow tikus tu, sorry to say... ini tikus hutan n bukan tikus hitam yg famous tu !!!!

sbb bulu dia brown n bukan hitam atau kelabu mcm kat Malaysia ni..

mmg la tikus ni mengganggu

u duk mana eh ??? hutan or bandar or pingiran bandar ??

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger