Online users

Follower

Friday, June 18, 2010

The way they learn.


Nak cerita lagi pasal school observation semalam.

Kali ini aku nak cerita pasal cara dorang belajar pula.Budak-budak kat sini kalau nak belajar duduk atas lantai.Cikgu ja yang duduk atas kerusi.Lepas tu ada satu white board kecil untuk cikgu nak tulis apa-apa.Rasanya ini untuk level rendah ja kot.Sebab aku observe budak kecik.Maybe level lain guna cara lain.

Dalam kelas ni, ada 3 orang cikgu.Yang mengajar sorang.Lagi dua orang pantau kelas.Macam associate teaching kot.

Budak sini dah terlatih untuk angkat tangan setiap kali nak jawab soalan dan dorang jenis yang tak takut nak bagi opinion.Kalau dengar opinion dorang, ada yang diluar batasan.I mean tak masuk akal la.Tapi cikgu still value their opinion which is good.Nak tergelak juga aku bila ada budak yang cakap it is not okay to drop rubbish because it will strangle the duck's neck.Secara dasarnya memang tak masuk akal.Bila kita fikir balik, betul juga.Kalau itik tu makan sampah, memang boleh mati.Tercekik dan mati..Ha.Lebih kurang la.

Canggih.Umuq 5 tahun dah pandai guna komputer.Bukan untuk game ye tapi untuk language game.Tabik tabik.

Setiap kali cikgu nak move on to next activity, cikgu akan tepuk tangan berirama (er..macam tepuk pengakap tu) dan letak tangan atas kepala macam banduan.Budak-budak tu pun akan buat dan kelas serta merta jadi senyap.Ha.Itu pun satu benda baru bagi aku.It's like a transition cue.

Mereka pun mengutamakan kebersihan juga.Sebelum makan, kena basuh tangan.Siap ada hand foam lagi. Beratur tunggu giliran ye anak-anak..*Kelip-kelip mata*

Dah.Panjang pula aku membebel.

7 comments:

r-mean said...

berbeza ckit ngan malaysia..

Att Ashburn said...

bila ade unknown vocabs, diorg tunjuk thumbs... sort of listening detective..sgt interaktif

Izzatul Ismail said...

best dpt mengajar budak2 yg comel macam dorg ni :)

LALA said...

sbb tu bila masuk high school dorg x rasa inferior sgt. dr kecik dh latih jd berani. kan.

YamMy said...

wah.. berbezanya.
kt boleh belajar sesuatu dengan sistem dorang ni...
bagus2..

a.z.n.e.e said...

mcm montessori jer?? malaysian pun getting move on it.. kalo montessori mmg mcm gini..

neesa_jun said...

thanks for sharing zack!...seronok baca entry neh.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger