"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat"
Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang cepat melatah.Pantang nampak video pelik sikit, mulalah nak buat macam-macam spekulasi.Publish kat FB, minta share ramai-ramai. Baru-baru ni kes 24 jam dosa di FB. Aku faham niat tukang buat video tu baik.Nak berdakwah.Cuma cara kau salah la beb. Mana boleh kau nak aibkan orang sesuka hati dalam video kau. At least kalau kau nak tunjuk yang pakai short sleeve dan tudung tu tak menepati ciri-ciri muslimah sebenar, perlu ke kau ambil gambar perempuan bertudung dan bershort sleeve dari FB dan letak dalam video kau? Konon authentic material la kan. Mana boleh der.Itu mencabul hak asasi manusia namanya tu.
Ada banyak lagi cara nak berdakwah. Patutnya kau ganti gambar tu dengan karikatur comel-comel. Lukis la sendiri dengan paint ke apa.Barulah tak menyinggung mana-mana pihak.Bila kau buat video main tempek je muka perempuan yang belum pasti kau kenal sepenuhnya, itu menaikkan kemarahan orang sekeliling beb.Even kau censored kan kat bahagian muka, still orang boleh cam dari susuk badan dan cara pemakaian.Even muka aku tak ada, aku boleh faham perasaan individu yang teraniaya dalam tu.Kesian dorang weyh.Tak pasal-pasal kena terjah dengan kawan-kawan, 'Eh,muka hang ada la dalam video tu' dsb. Glamour sekejap. Ini sedikit sebanyak mengubah persepsi orang terhadap individu tu.Maybe dia jadi bahan bualan orang ramai, maybe orang pandang pelik dia lepas ni. Macam tu la.
Aku just melahirkan apa yang aku rasa. Video tu tak sepatutnya dikeluarkan tanpa permission individu yang terlibat. Niat kau memang baik der. Memang tak dapat dinafikan. Cuma cara kau agak kurang sesuai.Maybe lepas ni boleh consider dalam-dalam before nak publish video yang melibatkan orang lain. Ini juga peringatan buat gadis diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk di upload di FB. Elakkanlah publish gambar yang boleh bawa bahan kontroversi.
Serius pula entry aku this time. Huhuhu. Mana yang tak kena, bolehlah nak cakap rileks. Cuba kita letak diri kita dalam video tu. Apa yang korang rasa? Sakit kan?
12 comments:
ramai org terover
bahaya kan macam ni
bahaya bila orang main suka hati amik camtu je~
caption2 tak boleh blah plak tu~
jee sokong 100%
aq rase langkah terbaek..xyah la letak gambar2 camtu da dlm fb masing2..
nnt ader lagi org amik wat video..
samer2 la igt mengingati...
rilek kak zack, rilek
tarik nafas dalam2, hembus
haaaaaaah
dah rasa lega!??
;P
haa.. kan dia blurkan part mata???
Latest entry di:
Kek beluberi free~!
Men suck!!!
Keyword 18SX
mutoi2.. sgt setuju.. tah kite sedar o x, ad org len yg sukati dok gunakan gmbar kita.. nk dakwah biarlh berhikmah.. at least mtk permission ke.. kang xdela terkejut tgk gmbar sendiri.. huhu..
i like ur statement : Ini juga peringatan buat gadis diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk di upload di FB.
joegrimjow..
yup.kalau panggil extremist, agak2 sesuai tak? teet
LORD ZARA..
huhu..tu la pasal.kesian yg jadi mangsa dalam tu.huhuhu
jee yunus..
thanks =)
eDdy..
betul..aku pun tgh nak cleankan album FB yang berpotensi untuk dijadahkan
Judiene..
hey adik judiene..berani you panggi l i akak? gggrrr
PinQib..
even dia blur kan mata, still kita boleh cam orang tu.tambah pula yang selalu on FB 24 jam ni.memang senang nak cam sapa orang tu.setakat blur mata tak cukup.
Ismi Huda..
minta permission memang tak lepas la nak masuk dalam video kan.that's why pakai ambil macam tu ja.
ana ayesha..
=)
kena hati2 kat alam maya ni,dah byk bahaya
terkesima,blog wajah baru..z@ck buat dgn org yg same ade kat entry dulu2 tu?RM20 tu
or buat sendiri ni,mane tau dah terel make up blog,ehehe
haa tu lah psl shag hbs delete pictures dlm facebook. satu sebab, takut yg dia ckp tu. satu lg sebab dia lah! dgn suka nya amik gambar org kat facebook tayang kt satu dunia. hesh.
2 maruah jatuh sekali gus cmtu. hmph.
dari sudut positif pulak...
terima kasih krn tuan pembuat video mengingatkan kpd hamba Allah yg lupa...
Wallahua'lam..
Post a Comment