Online users

Follower

Saturday, August 28, 2010

Tak pernah terlintas nak jadi cikgu.


Its funny how you avoid from being somebody that you are actually now. Tak pernah terlintas di fikiran aku nak jadi cikgu. Masa zaman sekolah rendah dulu, aku nak jadi polis.Ini semua influence Gerak Khas. Tengok Abby Abadi berlakon tangkas dan smart. Terus tulis cita-cita dalam buku biodata nak jadi polis. Lepas tu tengok pula Majalah 3, teringin pula nak jadi pengacara tv.Hahaha.Lawak-lawak. Time tu, Azalina Redzuan tengah popular.Sanggup kot aku pakai heels arwah mama kononnya nak depict diri as wanita bekerjaya la kan.Buat-buat baca skrip tengok depan seolah-olah ada kamera yang tengah rakam aku bercakap.Gila tinggi imaginasi aku dulu.

Dah besar sikit, aku tengok Pak Lang aku buka Shell.Dia inspire aku untuk jadi ahli perniagaan pula.Ye lah.Buka Shell bukan pakai modal sikit.Kira time ni dah mula fikir pasal duit. Nak kerja yang gaji tinggi ja.Nak pula time kat MRSM aku join kelab PUM. Lagi la berkobar-kobar nak jadi bussinesswoman. Tapi bila fikir balik, banyak risiko nak jadi ahli perniagaan ni.Kena berani ambil risiko dan berani tanggung kerugian.Aku tak sanggup.Maka ubah lagi cita-cita.Nak jadi doktor pula.Sebab gaji tinggi.Hahaha.See..dari kecil lagi dah mata duitan der.

Tapi result SPM tak memihak untuk aku masuk bidang medic.Atee, dah semua subjek Sains direct dapat B.Ada hati nak masuk medic.Tu yang tiba-tiba boleh masuk bidang perguruan.Tak sengaja tertengok iklan program ni kat paper.So, dengan bersungguh-sungguhnya isi borang dan prepare untuk interview. Yang boleh berkobar-kobar sebab program oversea.Hehehe.

Kenangan ketika melakukan Teaching experience di Thorndon School.Tiba-tiba rindu kat budak-budak ni.Alahai.

Alhamdulillah, diterima masuk dan lihatlah sekarang.Dah jejak kaki kat NZ dah pun.Rasa macam kejap je masa berlalu.Dulu duk ketaq-ketaq lutut nak mai oversea.La ni cemuih dah duduk sini.Rasa nak balik Malaysia cepat.Walaupun cikgu bukanlah my dream job, aku tetap akan buat yang terbaik untuk anak-anak murid aku.This is what I choose and I should do my best.

Tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat.Apa yang kita ada, kita hargai selagi boleh.

Our last day there with Ms. N.

18 comments:

Fina Sophie said...

i like this entry =)

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

kita serupa~


lalalala~

[z@ck] said...

Fina Sophie..
=)

LORD ZARA..
hahaha..hang ptutnya jadi ahli kimia kan? hehehe

Fatin Aliyya said...

yup, fatin pn mcm tue tp bl memikirkn jdk cikgu ni marketable so y not.akak firah, we r da chosen one for dis profession.

chayok2.:)

[z@ck] said...

Fatin Aliyya..
yeah..dah tersurat jadi cikgu..nak tak nak, kena harungi juga..dah separuh jalan dah pun =P

rinaDOrina said...

x pernah nak jd cikgu sbb saya ni jenis...sekali ajar saya nak orang yg diajar tu faham...kalau x habis kene marah...adik slalu kena..:D

Danial Ikhwan Jaafar said...

rezeki =)
best plak tengok gambar berinteraksi dengan budak2. hahah ayat skema plak =P

ana ayesha said...

zack u mmg insan yg tinggi sama tinggi ngan minah salleh tu......

munira said...

true :) gotta love what we gott :D

Amieynna Amin said...

baru beberapa ari tidak singgah.. sudah salin kulit.. header comel!!!

sama2.. dulu bile tgk gerak khas nak jd polis, tgk citer pasal lawyer, nak jd loyer..

akhirnya.... jd ler tukang kira duit org..

miss noera said...

bahaha.yg tv presenter tu pon pernah once be my cita2.ntah hape2. janji glemer sudah.haha.oh oh now kne jadi ckgu. even nt the choice, we still have to be good to students. so, chaiyok miss zack! ;))

eDdY said...

best entry nih...
samer la ngan aq..
kalo kira2 dari kecik..ntah braper banyak citer2 dok ada...
last2 sangkut kat engineering..hehe

Mohd Adziim said...

ah...aku nk jdi cikgu..ajar English tpi msuk bdang kesihatan jgk.
X nmpk plak iklan yg ko nmpk tu. haha.

Othman Juliana said...

exactly dear!

sis pulak, from corporate world-bleh terjun ke bidang mengajar ni! though cuma temp (masih cuak sbb takut depa x bleh score). mcm mana pun, sis percaya setiap 'road tour' yang diberi adalah yang terbaik utk kita. insyaAllah.

and thank you zack for your idea that day (ABM). nanti kita chat lagi and tunjuk ajar dari zack amatlah sis hargai. tq!!

sizuka[Izzati] said...

errr ak ph dlu tpikir nk jd cikgu sbb ak admire cikgu ak.boleh?kakakaka~

[z@ck] said...

rinaDOrina..
actually saya dengan adik-adik saya pun garang...tapi dgn anak orang lain insya-Allah tak garang.hehehe

Danial Ikhwan Jaafar..
cabaran juga nak communicate dgn dorang sebab kita lidah melayu.cakap english pun ada bunyi melayunya =)

ana ayesha..
hahahah.. =P

munira..
yup =)

Amieynna Amin..
tukang kira duit orang pun kaya juga.masyuk tuh!

miss noera..
hehehe..thanks..u too =)

eDdy..
engineering tu ok pa..

Mohd Adziim..
ada..iklan kat newspaper.

Othman Juliana..
hahaha..no worries sis..lgipun kalau tak dicurah idea tu, sia2 ja belajar tinggi2 ni..

sizuka [izzati]..
ko biar btol? hahahaha

♥naematulsaadahismail♥ said...

Tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat.Apa yang kita ada, kita hargai selagi boleh.

saya setuju dengan yang tu.. sebabnya Allah tu Maha tahu apa yg terbaek untuk hambaNya. selamat menjadi warga pendidik ;)

zikeryhassan said...

aku pun tak pernah terfikir nak jadi cikgu.

orang ingat jadi cikgu ni senang kaan. tapi hakikatnya, kalau kita salah mendidik kita yang kena didik balik

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger